TABARRUK DENGAN ORANG SOLEH
Khilaf
dalam kalangan ulama berkenaan tabarruk dengan orang soleh.
PERTAMA:
HARUS TABARRUK DENGAN ORANG SOLEH
Antara
yang mengatakan itu adalah IMAM AL-NAWAWI dalam SYARAH MUSLIM, IBN HAJAR
AL-ASQALANI dalam AL-FATH dan AL-SYAWKANI.
Ibn Hibban berkata dalam kitab sahih beliau:
ذِكْرُ
إِبَاحَةِ التَّبَرُّكِ بِوَضُوءٍ الصَّالِحِينَ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ إِذَا
كَانُوا مُتَّبِعِينَ لَسُنَنِ الْمُصْطَفَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
دُونَ أَهْلِ الْبِدَعِ مِنْهُمْ
“Menyebut harus tabarruk dengan wuduk orang soleh dari
kalangan ahli ilmu—iaitu, jika mereka mengikut sunnah-sunnah Nabi saw, bukan
ahli Bid’ah dari kalangan mereka”
Berkata ibn al-Battal dalam Syarah Sahih al-bukhari:
قال المهلب:
وفيه التبرك بمصلى الصالحين ومساجد الفاضلين. وفيه: أنه من دُعى من الصالحين إلى
شىء يتبرك به منه، فله أن يجيب إذا أمن الفتنة من العجب
“Berkata al-Muhallab: Pada hadis ini (dalil keizinan)
tabarruk dengan tempat solat orang soleh dan masjid-masjid orang-orang yang ada
kelebihan. Padanya juga, jika diajak oleh orang soleh kepada sesuatu yang dia
bertabarruk dengannya, maka dia sahut ajakkan tersebut, iaitu jika tidak
menimbulkan sebarang fitnah.
Kata imam al-Nawawi dalam syarah Muslim:
ففيه
التَّبَرُّكِ بِآثَارِ الصَّالِحِينَ وَفِيهِ زِيَارَةُ الْعُلَمَاءِ
وَالْفُضَلَاءِ وَالْكُبَرَاءِ أَتْبَاعِهِمْ وَتَبْرِيكِهِمْ إِيَّاهُمْ
“Padanya (hadis keizinan) Tabarruk dengan kesan-kesan orang
soleh. Pada hadis ini juga, keizinan ziarah ulama dan orang yang ada kelebihan dan
tabarruk kepada pengikut mereka”
Di tempat lain, dia kata lagi:
فَفِيهِ
التَّبَرُّكُ بِآثَارِ الصَّالِحِينَ وَاسْتِعْمَالِ فَضْلِ طَهُورِهِمْ
وَطَعَامِهِمْ وَشَرَابِهِمْ وَلِبَاسِهِمْ
“Pada
hadis ini keizinan tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh dan mengginakan
lebihan bersuci, makanan, minuman dan pakaian mereka”
DALIL:
[a]
Hadis ke-50 dan ke-52 ini merupakan antara dalil bahawa ada konsep tabarruk
dengan orang soleh.
[b]
Kemuliaan seperti Nabi, al-Quran turut berikan kepada selain Nabi, termasuk
orang soleh. Firman Allah:
وَمَنْ يُطِعِ
اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ
أُولَئِكَ رَفِيقًا (69) – النساء
[c] Itban bin Malik mengambil tabarruk dari tempat Nabi berdiri
menunaikan solat. Dalam hadis—daripada Mahmud bin al-rabi’ al-Ansari berkata:
أَنَّ
عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ وَهُوَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ شَهِدَ بَدْرًا مِنَ الأَنْصَارِ أَنَّهُ أَتَى
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَدْ أَنْكَرْتُ بَصَرِي، وَأَنَا أُصَلِّي لِقَوْمِي فَإِذَا كَانَتِ الأَمْطَارُ
سَالَ الوَادِي الَّذِي بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ، لَمْ أَسْتَطِعْ أَنْ آتِيَ
مَسْجِدَهُمْ فَأُصَلِّيَ بِهِمْ، وَوَدِدْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَّكَ
تَأْتِينِي فَتُصَلِّيَ فِي بَيْتِي، فَأَتَّخِذَهُ مُصَلًّى، قَالَ: فَقَالَ لَهُ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «سَأَفْعَلُ إِنْ شَاءَ
اللَّهُ» قَالَ عِتْبَانُ: فَغَدَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ حِينَ ارْتَفَعَ النَّهَارُ، فَاسْتَأْذَنَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَذِنْتُ لَهُ، فَلَمْ يَجْلِسْ حَتَّى
دَخَلَ البَيْتَ، ثُمَّ قَالَ: «أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ»
قَالَ: فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى نَاحِيَةٍ مِنَ البَيْتِ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَبَّرَ، فَقُمْنَا فَصَفَّنَا فَصَلَّى
رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّم
Bahawa
'Itban bin Malik seorang sahabat Rasulullah saw yang pernah ikut perang Badar
dari kalangan Ansar. Dia menemui Rasulullah saw seraya berkata: "Wahai
Rasulullah, pandanganku sudah buruk sedang aku ini sering memimpin solat
kaumku. Apabila turun hujan, maka air membanjiri lembah yang menghalangi antara
aku dan mereka, sehingga aku tidak mampu pergi ke masjid untuk memimpin solat.
Aku menginginkan engkau mengunjungi aku lalu solat di rumahku yang akan aku
jadikan sebagai tempat solat"
Mahmud
berkata: "Kemudian Rasulullah saw bersabda kepadanya, "Aku akan
lakukan insya Allah."
'Itban
berkata: "Maka berangkatlah Rasulullah saw dan Abu Bakar ketika siang
hari, baginda lalu meminta izin lalu aku mengizinkannya, dan baginda tidak
duduk hingga baginda masuk ke dalam rumah. Kemudian baginda bersabda:
"Mana tempat di rumahmu yang kau inginkan untuk aku pimpin solat”
Maka
aku tunjukkan tempat di sisi rumah. Nabi saw lalu berdiri dan takbir”
(al-Bukhari, hadis no: 425)
[d] Ibn Umar bertabarruk dengan tempat-tempat yang
baginda tunaikan solat:
قال المؤلف:
إنما كان يصلى ابن عمر فى المواضع التى صلى فيها النبى على وجه التبرك بتلك
الأمكنة، والرغبة فى فضلها
Berkata
al-Bukhari: Ibn Umar selalu menunaikan solat di tepat-tempat yang Nabi saw
menunaikan solat di situ atas bentuk tabarruk pada tempat terbabit dan berharap
kepada kelebihan tempat tersebut”
[e] Ben Bayyah kata, tabarruk dengan orang soleh adalah di bawah
maksud SAYANG SESEORANG KERANA ALLAH.
Dalam hadis—daripada Anas bin Malik berkata:
أَنَّ رَجُلًا
كَانَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرَّ بِهِ رَجُلٌ
فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي لَأُحِبُّ هَذَا، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَعْلَمْتَهُ؟» قَالَ: لَا، قَالَ:
«أَعْلِمْهُ» قَالَ: فَلَحِقَهُ، فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللَّهِ، فَقَالَ:
أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ – ابو داود[1],
5125
"Seorang lelaki berada di sisi Nabi saw, lalu ada
seseorang lagi melintasi di depan baginda. Lelaki itu lalu berkata: "Wahai
Rasulullah, sesungguhnya aku menyukai orang ini. "Nabi saw lalu bersabda
kepadanya: "Apakah kamu telah memberitahunya" Ia menjawab:
"Belum." Baginda pun bersabda: "Beritahukanlah ia" Anas
berkata: "Lelaki itu kemudian menyusulnya dan berkata: "Sesungguhnya
aku suka kepadamu kerana Allah." Orang itu balik berkata: "Engkau
akan dicintai oleh Dzat yang kamu menyukai aku kerana-Nya."
Dalam hadis—daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:
سَبْعَةٌ
يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الإِمَامُ
العَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ
فِي المَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ
وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ،
فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ، أَخْفَى حَتَّى لاَ
تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا
فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ " – البخاري[2],
660
"Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan
Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; pemimpin yang adil,
seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada tuhannya, seorang
lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai
kerana Allah; mereka tidak bertemu kecuali kerana Allah dan berpisah kerana
Allah, seorang lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi
cantik lalu dia berkata: 'Aku takut kepada Allah', dan seorang yang bersedekah
dengan sembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh
tangan kanannya, serta seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan
mengasingkan diri hingga kedua matanya basah kerana menangis”
[f] Tabiin cium tangan Anas kerana tabarruk:
وَقَدْ كَانَ
ثَابِتٌ البُنَانِيُّ إِذَا رَأَى أَنَسَ بنَ مَالِكٍ أَخَذَ يَدَهُ،
فَقَبَّلَهَا، وَيَقُوْلُ: يَدٌ مَسَّتْ يَدَ رَسُوْلِ اللهِ -صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- الذهبي, السير, جر5, ص 9
“Sabit al-Banani,
apabila dia nampak Anas bin Malik, dia pegang tangannya dan dia akan ciumnya.
Dia berkata: Tangan yang pernah menyentuh tangan Nabi saw”
KEDUA:
TABARRUK HANYA DENGAN NABI SAW SAHAJA
[a]
Semua hadis-hadis yang menyebut berkenaan tabarruk dengan nabi saw.
[b]
Umar tidak
cium batu hajar al-Aswad kecuali ada bukti Nabi saw buat.
أَنَّهُ جَاءَ
إِلَى الحَجَرِ الأَسْوَدِ فَقَبَّلَهُ، فَقَالَ: «إِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ
حَجَرٌ، لاَ تَضُرُّ وَلاَ تَنْفَعُ، وَلَوْلاَ أَنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ» - البخاري[3],
1597
“Saidina Umar datang kepada Hajar al-Aswad, lalu dia ciumnya.
Dia pun berkata: Aku tahu bahawa kamu adalah batu yang tidak memudharatkan dan
tidak boleh memberi manfaat. Kalau tidak kerana aku nampak Nabi saw cium kamu,
pasti aku tidak akan cium kamu”
[c]
Tidak ada satu pun dalil bahawa tabarruk berlaku sesame sahabat. Adapun Kisah yang
dinukilkan oleh al-Zahabi bahawa Sabit al-Banani cium tangan Anas bin malik,
kisah itu tidak terdapat sanad.
[d]
al-Zahabi bawakan riwayat bahawa Ibn Umar tidak suka orang sentuh kubur Nabi:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ
أَنَّهُ كَانَ يكرَهُ مَسَّ قَبْرِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
– السير[4], ج
10, ص 71
“Ibn Umar tidak suka sentuh kubur Nabi saw”
Di tempat lain, AL-ZAHABI berkata:
قُلْتُ: كَرِهَ
ذَلِكَ لأَنَّهُ رَآهُ إِسَاءَةَ أَدَبٍ، وَقَدْ سُئِلَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ
عَنْ مَسِّ الْقَبْرِ النَّبَوِيِّ وَتَقْبِيلِهِ، فَلَمْ يَرَ بِذَلِكَ بَأْسًا،
رَوَاهُ عَنْهُ وَلَدُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَحْمَدَ – معجم الشيوخ الكبير,
ج 1, ص 73
Aku
(al-Zahabi) kata: Ibn Umar tidak suka itu kerana dia dapatinya buruk adab. Imam
Ahmad pernah ditanya berkenaan sentuh dan cium kubur Nabi, dia anggap ia tidak
mengapa. Hal ini diriwayatkan oleh anaknya, Abdullah bin Ahmad”
[e]
Implikasi terhadap keizinan tabarruk kepada selain nabi akan membawa kepada
konsep taksub kepada yang tidak maksum, serta membuka ruang-ruang syirik.
[1] SANAD:
حَدَّثَنَا مُسْلِمُ
بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا الْمُبَارَكُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ
الْبُنَانِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
[2] SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ بَشَّارٍ بُنْدَارٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ،
قَالَ: حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ،
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
[3] SANAD:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ كَثِيرٍ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ
عَابِسِ بْنِ رَبِيعَةَ، عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
[4] SANAD:
قَرَأْتُ عَلَى
أَحْمَدَ بنِ عَبْدِ المُنْعِمِ المُعَمَّرِ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ مُحَمَّدِ بنِ
أَحْمَدَ، أَخْبَرَنَا أَبُو عَلِيٍّ الحَدَّادُ حُضُوْراً، أَخْبَرَنَا أَبُو
نُعَيْمٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بنُ
عَاصِمٍ، حَدَّثَنَا أَبو أُسَامَةَ، عَنْ عُبَيْدُ اللهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ
ابْنِ عُمَرَ