Showing posts with label USUL HADIS. Show all posts
Showing posts with label USUL HADIS. Show all posts

Friday, August 23, 2024

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

 

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

 

وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:

 إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيلَيْنِ إِمَّا قَطْعِيٌّ وَإِمَّا غَيْرُ قَطْعِيٍّ،

فَالْقَطْعِيَّانِ لَا يُمْكِنُ أَنْ يَتَعَارَضَا حَتَّى نُرَجِّحَ أَحَدَهُمَا عَلَى الْآخَرِ،

 وَإِذَا تَعَارَضَ ظَنِّيٌّ مِنْ كُلٍّ مِنْهُمَا مَعَ قَطْعِيٍّ وَجَبَ تَرْجِيحُ الْقَطْعِيِّ مُطْلَقًا،

وَإِذَا تَعَارَضَ ظَنِّيٌّ مَعَ ظَنِّيٍّ مِنْ كُلٍّ مِنْهَا رَجَّحْنَا الْمَنْقُولَ عَلَى الْمَعْقُولِ؛

لِأَنَّ مَا نُدْرِكُهُ بِغَلَبَةِ الظَّنِّ مِنْ كَلَامِ اللهِ وَرَسُولِهِ أَوْلَى بِالِاتِّبَاعِ مِمَّا نُدْرِكُهُ بِغَلَبَةِ الظَّنِّ مِنْ نَظَرِيَّاتِنَا الْعَقْلِيَّةِ الَّتِي يَكْثُرُ فِيهَا الْخَطَأُ جِدًّا

 

Rujukan:1/ 211

الكتاب: تفسير القرآن الحكيم (تفسير المنار)

المؤلف: محمد رشيد بن علي رضا بن محمد شمس الدين بن محمد بهاء الدين بن منلا علي خليفة القلموني الحسيني (المتوفى: 1354هـ)

الناشر: الهيئة المصرية العامة للكتاب

سنة النشر: 1990 م

عدد الأجزاء: 12 جزءا

Saturday, January 21, 2023

WAJIB AMAL HADIS AHAD BAGI MEREKA YANG ANGGAP IA SAHIH

 WAJIB AMAL HADIS AHAD BAGI MEREKA YANG ANGGAP IA SAHIH

 

Rashid Redha kata: 


Setengah hadis ahad ia adalah hujah hanya di sisi orang yang tenang hatinya terhadap kesabitan hadis tersebut; ia tidak menjadi hujah bagi orang lain (iaitu orang yang pada dirinya, hadis itu tidak sahih). Dengan sebab itu, tidak ada sahabat menulis semua hadis yang mereka dengar, mereka mendakwa bahawa mereka ikut al-Quran dan sunnah yang menjelaskan al-Quran yang hanya sedikit sahaja hadis yang menjelaskan hadis seperti Sahifah Ali yang merangkumi beberapa hukum seperti Diyat, merdeka tawanan perang, mekah dan Madinah sebagia tanah haram. Imam malik tidak suka terhadap dua khalifah, iaitu al-Mansur dan al-Rashid yang menyuruh rakyat beramal dengan kitab muwatta’. 

وَأَقُولُ: مَعْنَى هَذَا أَنَّ بَعْضَ أَحَادِيثِ الْآحَادِ تَكُونُ حُجَّةً عَلَى مَنْ ثَبَتَتْ عِنْدَهُ وَاطْمَأَنَّ قَلْبُهُ بِهَا، وَلَا تَكُونُ حُجَّةً عَلَى غَيْرِهِ يَلْزَمُهُ الْعَمَلُ بِهَا، وَلِذَلِكَ لَمْ يَكُنِ الصَّحَابَةُ - رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ - يَكْتُبُونَ جَمِيعَ مَا سَمِعُوا مِنَ الْأَحَادِيثِ، وَيَدْعُونَ إِلَيْهَا مَعَ دَعْوَتِهِمْ إِلَى اتِّبَاعِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ بِهِ وَبِالسُّنَّةِ الْعَمَلِيَّةِ الْمُتَّبَعَةِ الْمُبَيِّنَةِ لَهُ إِلَّا قَلِيلًا مِنْ بَيَانِ السُّنَّةِ، كَصَحِيفَةِ عَلِيٍّ - كَرَّمَ اللهُ وَجْهَهُ - الْمُشْتَمِلَةِ عَلَى بَعْضِ الْأَحْكَامِ: كَالدِّيَةِ، وَفِكَاكِ الْأَسِيرِ، وَتَحْرِيمِ الْمَدِينَةِ كَمَكَّةَ، وَلَمْ يَرْضَ الْإِمَامُ مَالِكٌ مِنَ الْخَلِيفَتَيْنِ: الْمَنْصُورِ، وَالرَّشِيدِ أَنْ يَحْمِلَا النَّاسَ عَلَى الْعَمَلِ بِكُتُبِهِ حَتَّى (الْمُوَطَّأِ)

 

Hadis ahad itu wajib diamalkan bagi orang yang siqah dengannya secara riwayat dan dilalah. Bagi mereka yang siqah dengan riwayat hadis ahad dan faham sesuatu darinya, maka hendaklah dia amalkannya. Tetapi, ia tidak menjadi pensyariatan bersifat umum.

 وَإِنَّمَا يَجِبُ الْعَمَلُ بِأَحَادِيثِ الْآحَادِ عَلَى مَنْ وَثِقَ بِهَا: رِوَايَةً، وَدَلَالَةً، وَعَلَى مَنْ وَثِقَ بِرِوَايَةِ أَحَدٍ وَفَهْمِهِ لِشَيْءٍ مِنْهَا أَنْ يَأْخُذَهُ عَنْهُ، وَلَكِنْ لَا يَجْعَلُ ذَلِكَ تَشْرِيعًا عَامًّا

 

-   -  Muhammad Rashid bin Ali Redha bin Syams al-Din bin Muhammad Baha’ al-Din al-Qalmuni al-Husaini (1354H), tafsir al-Quran al-Hakim (Tafsir al-Manar), (al-Haiah al-Misriyyah al-Ammah lil al-Kitab, 1990), jld.1, hlm.116

Sunday, January 15, 2023

Kaedah al Dhahabi dalam menjelaskan seseorang perawi

 Kaedah al Dhahabi dalam menjelaskan seseorang perawi


Salah satu cara al Dhahabi menentukan perawi itu boleh diterima walaupun dituduh tadlis. Beliau akan pastikan siapa yabg dituduh tersebut sebagai contoh :

قوله في ترجمة الإمام المحدث سفيان بن عيينة الهلالي : قال علي بن المديني : كان سفيان لا يماد يقول : حدثنا الزهري قلت : إبن عينة معروف بالتدليس لكنه لا يدليس إلا عن ثقة

Kenyataan ini membawa maksud seseorang perawi itu walaupun dituduh tadlis namun jika ia datang dari seorang perawi yang dinilai thiqah maka periwayatannya boleh diterima.


- Kitab al naqd al hadithi 'inda al Dhahabi fi kitabihi tarikh al islam, Dar al Gurb al Islami, hlm. 78.




Sunday, November 20, 2022

HADIS AHAD DARI SAHABAT TIDAK FAQIH

HADIS AHAD DARI SAHABAT TIDAK FAQIH

 

Dalam Mazhab Hanafi, sesuatu riwayat hadis yang sahih yang sanadnya bersambung serta perawinya siqah; tidak semestinya hadis boleh dibuat hujah.

 

Mereka teliti terlebih dahulu, siapa sahabat yang riwayatkan hadis tersebut. Jika sahabat itu yang terkenal dengan kefaqihan dan ijtihad, maka hadis mereka terus diterima tanpa sebarang bantahan.

 

namun, jika sahabat yang riwayatkan hadis itu tidak terkenal sebagai faqih, seperti Abu Hurairah dan Anas bin malik, mereka tidak terus terima hadis tersebut. Sebaliknya, mereka letakkan syarat: perlu selaras dengan qiyas. Jika selaras, baru diterima. Jika tidak selaras, maka hadis itu tidak boleh dijadikan hujah.

 

Ini pendapat ulama-ulama usul fiqh dalam Mazhab Hanafi seperti al-Surakhsi, al-Bazdawi, al-Nasafi, Abu Bakar al-Jassas dan sebagainya.

 

Adapun pendapat Abdul Aziz al-Bukhari, al-Dabusi, Ibn Malak dll, mereka sependapat dengan metode Usul mazhab Syafie yang anggap, hadis yang sahih sanad tidak perlu dilihat dari sudut darjat seseoranhg sahabat sebagai faqih atau tidak.

 

apatah lagi, Ibn Malak membantah dakwaan bahawa Abu Hurairah adalah sahabat yang tidak faqih.

 

- kitab Manhaj al-Hanafiyyah Fi Naqd al-Hadis, Dr. Kailani Muhammad Khalifah, hlm. 263-265




Thursday, October 20, 2022

PERBEZAAN MUHADDISIN DAN FUQAHA' DALAM MELIHAT HADIS

PERBEZAAN MUHADDISIN DAN FUQAHA' DALAM MELIHAT HADIS 

فقہاء کا اصل مقصد حدیث شریف سے مسئلہ کا استنباط ہوتا ہے، اس مقصد کے لیے اتنی بات کا معلوم ہوجانا کافی ھے،  کہ فلان حدیث کا متن تواتر یا خبر مشہور یا خبر واحد سے ثابت ہے، اب یہ حدیث کتنی اور کون کون سی سندوں اور طرق سے مروی ہے؟

 

ان تفصیلات سے فقہاء کی کوئی غرض براہ راست وابستہ نہیں، اس لیے وہ اس سے بحث نہیں کرتے، جبکہ محدثین سند و متن دونوں سے بحث کرتے ہیں، کیونکہ ان کا مقصود ہی احادیث کے متن و اسانید کو جمع کرنا ہے، اس لیے احادیث  کے شمار کرنے میں فقہاء (اصولیین) اور محدثين کا طریقہ مختلف ہے

Dalam melihat hadis, tujuan ahli fiqh adalah untuk istinbat hukum. Tercapai tujuan ini, itu sudah memadai; iaitu, apabila dapat dipastikan matan hadis itu mutawatir, atau hadis masyhur atau hadis ahad;

 

Adapun untuk dipastikan berapa dan jenis sanad dan jalur-jalur periwayatan. Perincian sebegini bukan pemerhatian ahli fiqh. Ekoran itu, hal sebegini tidak menjadi perbahasan mereka.

 

Sementara Ulama hadis pula, sanad dan matan; kedua-duanya adalah perbahasan mereka. Hal ini kerana, tujuan mereka adalah menghimpunkan sanad dan matan hadis.

 

Dengan itu, kita dapati bahawa ada perbezaan pendekatan fuqaha' dan muhaddis.

 

-      Hadharat Maulana Mufti Mujammad Rafi’e Osmani Sahab, Dars-e-muslim, (karachi, Idarah al-Ma’arif, 2012), jld 1, hlm 262-263

Monday, September 12, 2022

HADIS AHAD YANG BERTEMBUNG DENGAN HADIS MASYHUR.

 HADIS AHAD YANG BERTEMBUNG DENGAN HADIS MASYHUR.

 

Saya simpulkan ada beberapa perkara penting;

 

A. Definisi hadis masyhur antara HANAFI dan SYAFIE yang ada perbezaan pemaknaan.

 

B. Status Hadis masyhur yang difahami Hanafi sebagai Qatie, sedangkan ia Zanni dalam pemahaman Syafie

 

C. Apabila ia Qatie, Hanafi meletakkan dilalahnya setahap al-Quran dan hadis Mutawatir. Ini berbeza dengan Syafie yang sedari awal letak di bawah kategori Zanni.

 

Sumber: Rif’at Fawzi Abd al-Muttalib, Tawsiq al-Sunnah fi al-Qarn al-Sani al-Hijri, (Mesir, Maktabah al-Khanji, 1981), cetakan pertama, hlm 228-229





HADIS SAHIH BERTEMBUNG DENGAN AMAL AHLI MADINAH

 HADIS SAHIH BERTEMBUNG DENGAN AMAL AHLI MADINAH

 

Dalam metode mazhab Maliki, sesuatu hadith Ahad yang sahih, jika bertembung dengan amal ahli Madinah, maka hadith ahad yang sahih itu tidak boleh dijadikan sandaran hujah.

 

Maliki beranggapan bahawa penduduk Madinah adalah orang yang paling rapat dengan nabi. Justeru sesuatu amalan yang sabit dalam Hadith hendaklah selaras dengan amal ahli Madinah. Jika bertembung, hadis Ahad (walaupun sahih sanad) tersebut wajar diragui.

 

Dengan sebab itu, terdapat beberapa amalan yang terkenal dalam mazhab Syafie, hanbali dan Hanafi, tetapi ia dianggap sebagai tidak ada dalam mazhab Maliki. Contohnya puasa 6 di bulan Syawal—semua ulama menganggap ia sebagai sunat, tetapi Maliki menganggap ia sebagai makruh.

 

Dalam kitab ini, Dr Rifaat Fauzi mendatangkan kritikan Syafie terhadap pendekatan mazhab Maliki dalam hal ini.

 

Beliau menjelaskan juga bahawa, selain al-Syafi'i, di sana terdapat ulama lain turut sama mengkritik, seperti IMAM AL-LAIS BIN SA'AD yang sezaman dengan Imam Malik malah mereka pernah bertemu, dan IMAM IBNUL QAYYIM melalui kitab beliau I'LAM AL-MUWAQIIN dan IBN HAZM dalam kitab AL-IHKAM. Tidak kurang juga murid Imam Malik dan juga imam Abu Hanifah, iaitu imam MUHAMMAD BIN HASAN AL-SYAIBANI.

 

Antara kritikan yang dilakukan adalah seperti berikut;

 

(a)                Menolak dakwaan Imam Malik bahawa berlaku ijmak dalam kalangan ahli Madinah. Syafie menjelaskan bahawa ijmak yang diiktiraf adalah kesepakatan ulama yang berlaku di seluruh negara, bukan dibataskan kepada penduduk Madinah sahaja.

 

(b)                al-Lais menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang amal ahli Madinah bercanggah dengan amalan sahabat yang berada di luar Madinah.

 

Antara contohnya, Ahli Madinah menjamakkan sembahyang maghrib dan isyak pada waktu malam yang hujan, sedangkan sahabat yang berada di Iraq, syam dan Mesir tidak melakukannya.

 

Malahan Umar bin Abdul Aziz juga tidak melakukan amalan tersebut.

 

(c)                 Hujah Syafie lagi, apabila sesuatu hadis Ahad itu telah berjaya dibuktikan bahawa ia adalah sahih dan sanadnya terdiri daripada para siqah, maka itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa hadis itu boleh dijadikan sebagai sandaran.

 

(d)               Syafie turut berhujah bahawa susunan dalam pengambilan sumber hukum adalah bermula dari Al-Quran, kemudian hadis, kemudian ijmak dan qias.

 

Jika Maliki melihat hadis dengan diikat faktor amal ahli Madinah, susunan itu sudah songsang. Yang sepatutnya dari atas ke bawah, sudah jadi dari bawah ke atas.

 

Sumber: Rif’at Fawzi Abd al-Muttalib, Tawsiq al-Sunnah fi al-Qarn al-Sani al-Hijri, (Mesir, Maktabah al-Khanji, 1981), cetakan pertama, hlm 281-282




Monday, September 5, 2022

TIDAK SAHIH BUKHARI MUSLIM, TIDAK BERMAKNA HADIS DOIF

 Kata al-Baihaqi dalam kitab al-Madkhal:

 

وقد بقيت الأحاديث الصحاج لم يخرجاها, وليس في تركهما اياها دليل على ضعفها

Hadis-hadis sahih ada yang tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim. Mereka tinggalkan tidak menjadikan hadis itu doif.

Monday, August 15, 2022

SYAFIE KATA: MEMBERITAHU KEPADA KAMI SEORANG SIQAH

oleh: Dr. Umar Muhammad


Persoalan ini sering ditanyakan kepada saya, iaitu siapakah perawi yang dimaksudkan oleh Imam al-Syafii dalam ucapan beliau "seorang thiqah memberitahu saya (أخبرنا الثقة)" dalam buku-bukunya?

 

Jawapan untuk persoalan ini pernah saya muatkan dalam buku saya yang bertajuk Fiqh Hadith Imam al-Syafii. Berikut adalah ringkasannya:

 

1. Beberapa pendapat telah diajukan untuk menjelaskan maksud al-Syafii di sini. Satu pendapat mengatakan bahawa perawi yang dimaksud adalah Yahya bin Hassan. Ada juga yang mengatakan: Ahmad bin Hanbal. Dan beberapa pendapat lainnya.

 

2. Sesetengah ulama mengkaitkan maksud al-Syafii di sini dengan perawi yang berada di atasnya. Jika al-Syāfi‘ī meriwayatkan daripada seseorang daripada Al-Laith bin Sa'ad, maka orang yang dimaksud itu ialah Yaḥyā bin Ḥassān.

 

Jika beliau meriwayatkan daripada al-Awzā‘ī, maka orang itu ialah 'Amr bin Abī Salamah.

 

Jika daripada Ibn Abī Dhi'b, maka orang itu ialah Muhammad bin Muslim bin Abī Fudayk.

 

Jika daripada Ibn Jurayj, maka beliau ialah Muslim bin Khālid.

 

Jika dari Ṣālih Mawlā Taw’amah dan Usāmah bin Zayd, maka beliau adalah Ibn Abī Yaḥyā.

 

Jika daripada Ḥumayd dan Yūnus bin 'Ubayd, maka beliau ialah Ismā‘īl bin 'Ulayyah.

 

Jika daripada Ma'mar, maka beliau dalah Muṭarrif bin Māzin.

 

Jika daripada al-Zuhrī, maka beliau ialah Sufyān bin 'Uyaynah. (Tadrib al-Rawi).

 

3. Kaedah di atas memang teliti namun sukar dibuktikan. Secara amnya, kita tidak dapat memastikan maksud al-Syāfi‘ī melainkan jika beliau menyebutkan secara jelas nama tokoh tersebut dalam tempat yang lain, atau hadith berkenaan diriwayatkan secara tafarrud oleh tokoh tertentu sahaja.

 

4. Oleh yang demikian, ulama yang paling menguasai pemikiran al-Syafii, iaitu Imam al-Bayhaqi, mengatakan bahawa perawi yang dimaksud al-Syafii dapat dikenalpasti pada sesetengah tempat, namun pada sesetengah yang tempat lain tidak diketahui melainkan dengan sangkaan yang tiada bukti (إلا بظن غير مقرون بعلم).

 

5. Tāj al-Dīn al-Subki dalam Tabaqat al-Syafiiyah berkata: "Apabila membaca kitab Musnad al-Syāfi‘ī bersama Syeikh kami Abū ‘Abdillah al-Ḥāfiẓ (yakni al-Dhahabī), aku selalu menanyakan perkara ini kepada beliau. Sesetengah hadith dapat dipastikan bahawa ia adalah riwayat Yaḥyā bin Ḥassān, sebagaimana yang selalu dimaksudkan. Sebahagian yang lain, dapat dipastikan riwayat Ibn Abī Yaḥyā. Namun banyak juga hadith lain yang tidak dapat dipastikan maksudnya."

 

6. Menurut saya, pandangan al-Bayhaqi, al-Subki, dan al-Dhahabi ini lebih kuat kerana dibina di atas istiqra.

Saturday, August 13, 2022

PERAWI YANG TALQIN

PERAWI YANG TALQIN

 

A.                  Dia baca hadis-hadis kepada guru dengan hadis-hadis tersebut luar dari pengetahuan guru, tetapi dia dakwa bahawa hadis itu dari guru terbabit. TALQIN SYAFAHI.

 

B.                  Dia baca hadis-hadis dalam kitab yang ada padanya; atau secara hafazan dihadapan guru terbabit, walhal hadis-hadis itu luar dari pengetauan syaikh. Ini disebut TALQIN AL-KITAB.

 

 

HUKUM PERAWI TALQIN

 

IBN HAZM:

riwayatnya perlu ditolak.

 

JUMHUR:

Jika guru mengakuinya, maka hadis itu dianggap bersambung sanad. Jika guru menafikan, maka dianggap terputus sanad. Jika tidak jelas, maka dianggap doif kecuali ada penguat.

 

Jika guru itu nyanyok, maka itu ditolak.

 

PUNCA TALQIN

 

a.                  Nak uji hafazan guru.

b.                  Nak dapat banyak hadis tanpa perlu cari ramai guru.

c.                   Guru itu tertimpa buta, atau terlupa, atau nyanyok (Guru mengaku hadisnya, walhal bukan hadisnya).

 

Sunday, April 24, 2022

SIGHAH TAMRID JIKA DIGUNAKAN AL-BUKHARI

 

SIGHAH TAMRID JIKA DIGUNAKAN AL-BUKHARI

 

Ada orang kata, jika al-Bukhari guna SIGHAH TAMRIDH, itu bermakna hadis itu doif disebabkan seseorang perawi itu tidak ikut syarat al-Bukhari

 

Ibn Hajar berpendapat, itu dakwaan yang tidak tepat. Hal ini kerana, tidak semestinya al-Bukhari tidak berhujah dengan hadis yang kadangkala tidak ikut syaratnya. Cuma, menggunakan syaratnya, itu adalah syarat yang paling tinggi untuk dia buat hujah.

 

Yang sebenarnya, sighah tamridh pada al-Bukhari tidak dikhususkan bahawa hadis itu doif. kadangkala al-Bukhari guna juga sighah tamridh pada hadis sahih.

 

Hal ini berbeza dengan penggunakan sighah jazam yang ia tidak digunakan kecuali pada yang sahih sahaja.

 

Lihat kitab:

 

وَإِنَّمَا ذَكَرَهُ الْبُخَارِيُّ بِصِيغَةِ التَّمْرِيضِ لِأَنَّ أَبَا نَضْرَةَ لَيْسَ عَلَى شَرْطِهِ لِضَعْفٍ فِيهِ وَهَذَا عِنْدِي لَيْسَ بِصَوَابٍ لِأَنَّهُ لَا يَلْزَمُ مِنْ كَوْنِهِ عَلَى غَيْرِ شَرْطِهِ أَنَّهُ لَا يَصْلُحُ عِنْدَهُ لِلِاحْتِجَاجِ بِهِ بَلْ قَدْ يَكُونُ صَالِحًا لِلِاحْتِجَاجِ بِهِ عِنْدَهُ وَلَيْسَ هُوَ عَلَى شَرْطِ صَحِيحِهِ الَّذِي هُوَ أَعْلَى شُرُوطِ الصِّحَّةِ وَالْحَقُّ أَنَّ هَذِهِ الصِّيغَةَ لَا تَخْتَصُّ بِالضَّعِيفِ بَلْ قَدْ تُسْتَعْمَلُ فِي الصَّحِيحِ أَيْضًا بِخِلَافِ صِيغَةِ الْجَزْمِ فَإِنَّهَا لَا تُسْتَعْمَلُ إِلَّا فِي الصَّحِيح -فتح الباري, ج 2, ص205

 

Tuesday, April 12, 2022

MAKNA PERAWI SODUQ

MAKNA PERAWI SODUQ

 

TAHAP

 

Ia ta’dil yang di tahap:

 

a.      Ibn abi Hatim : martabat kedua. (ahmad syakir)

b.      Al-zahabi : martabat ketiga.

c.       Ibn hajar : tahap keempat.

d.      Al-Sakhawi : tahap kelima.

 

DIBUAT HUJAH?

 

1.      IBN ABI HATIM – hadis riwayatnya boleh ditulis, tetapi masih perlu diteliti lagi untuk dijadikan hujah.

 

2.      IBN AL-SOLAH – perlu diuji tahap dhabitnya. Ini juga pendapat AL-NAWAWI, IRAQI, SAKHAWI DAN SAYUTI.

 

3.      ZAHABI DAN IBN HAJAR – tahap saduq:

a.      Siqah hujah

b.      Sabat hafiz

c.       Siqah

d.      Saduq.

 

4.  Kalau bertembung antara perawi siqah dengan saduq, maka hendaklah didahulukan siqah, dan saduq dianggap syaz. Kita akan dengar ungkapan : ( والشاذ راويه ثقة أو صدوق ).

  

5.      Metode IBN ABI HATIM

a.      Kalau ungkapan الصدوق في روايته ، الورع في دينه ، الثبت الذي يهم أحياناً ، وقد قبله الجهابذة النقاد ، فهذا يحتج بحديثه أيضاً

                                                              i.      Dia letak bawah martabat ketiga:

                                                             ii.      Boleh dijadikan hujah lagi.

 

b.      Kalau ungkapan الصدوق الورع المغفل ، الغالب عليه الوهم والخطأ والسهو والغلط ، فهذا يكتب من حديثه الترغيب والترهيب والزهد والآداب ، ولا يحتج بحديثه في الحلال والحرام

                                                              i.      Martabat keempat.

                                                             ii.      Tidak boleh dibuat hujah dalam halal – haram.

iii. Tetapi diterima dalam kerangka fadhail

SAHIH SANAD, TIDAK SEMESTINYA SAHIH MATAN

 SAHIH SANAD, TIDAK SEMESTINYA SAHIH MATAN

 

لا يلزمُ منْ كونِ رجالِ الإسنادِ منْ رجالِ الصحيحِ أنْ يكونَ الحديثُ الواردُ به صحيحًا؛ لاحتمالِ أنْ يكونَ فيه شذوذٌ أو علةٌ.

 

“tidak semestinya rijal hadis yang saheh bahawa hadis itu saheh, kerana kemungkinan pada hadis tersebut ada syaz dan illat”

 

النكت على مقدمة ابن الصلاح، ١: ٢٧٤.

HADIS DAKWAAN UBAIDILLAH MURTAD DARI HADIS IBN LAHI'AH

 HADIS DAKWAAN UBAIDILLAH MURTAD DARI HADIS IBN LAHI'AH


Dia ini ada pertikaian sikit. Dia tidak diangkat tinggi oleh ulama hadis. Dia lemah ingatan. Tp tidak ketara sangat. Sebab tu, hadis jika ada dia, hadis itu hasan.

 

Jika ada ulama hadis besar seperti Malik, al-Sauri, al-Lais bin Sa’ad dan Syu’bah ambil riwayat ibn Lahi’ah pun, itu sekadar mutabaah, atau iktibar atau syawahid, dan tidak berkaitan dengan aqidah dan hukum.

 

Muslim ambil hadisnya sekadar mutaba’ah sahaja.

 

Bukhari tidak ambil riwayat Ibn La’iah kecuali akan disertakan riwayat lain yang disebut perawi yang saheh.

 

Jika hadis dia bercanggah dengan hadis yang lebih saheh, sudah pasti hadis tu tidak boleh diterima. Contohnya, riwayat Ibn Lahi’ah ada menyatakan Ubaidillah bin Jahsy murtad. Ia bercanggah:

 

Satu: Ubaidillah ini orang terlibat perang badar.

 

Dua: Waktu dikatakan Ubaidillah murtad itu, ketika itu Abu Sufyan berjumpa dengan Heraklius. Abu Sufyan cakap sendiri bahawa pengikut Nabi tidak ada yang murtad.

 

 

NAK KUATKAN HADIS MARFU’ YANG DOIF

 NAK KUATKAN HADIS MARFU’ YANG DOIF


Hadis marfu’ yang doif, boleh dikuatkan dengan wujud sumber saheh dari amalan para salaf soleh yang mengamalkan amalan ibadat yang diambil dari hadis marfu’ yang doif tersebut.

 

Contohnya, dalam hal solat sunat Tasbih, al-Baihaqi ada kata:

 

وكان عبد الله بن المبارك يفعلها وتداولها الصالحون بعضهم عن بعض وفيه تقوية للحديث المرفوع

"Dan adalah Abdullah bin al-Mubarak ia mengamalkannya dan ia disebarkan oleh orang-orang soleh kepada satu sama lain dan padanya menguatkan bahawa hadith tersebut adalah marfu'".

[Dalam as-Sunan al-Kubra]

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

  IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI   وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:   إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...