RUJUKAN INDUK SYIAH PASAL AHLI BAIT
Kerap sangat syiah dalam
hal ikut ahli bait, merujuk hadis riwayat imam muslim.
Matan hadisnya begini:
أَمَّا بَعْدُ، أَلَا أَيُّهَا النَّاسُ
فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ، وَأَنَا
تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ: أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللهِ فِيهِ الْهُدَى
وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللهِ، وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ " فَحَثَّ عَلَى
كِتَابِ اللهِ وَرَغَّبَ فِيهِ، ثُمَّ قَالَ: «وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ
اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ
اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي» فَقَالَ لَهُ حُصَيْنٌ: وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ؟ يَا زَيْدُ
أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ؟ قَالَ: نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ،
وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ، قَالَ: وَمَنْ هُمْ؟
قَالَ: هُمْ آلُ عَلِيٍّ وَآلُ عَقِيلٍ، وَآلُ جَعْفَرٍ، وَآلُ عَبَّاسٍ قَالَ:
كُلُّ هَؤُلَاءِ حُرِمَ الصَّدَقَةَ؟ قَالَ: نَعَم – مسلم, 2408
Sebenarnya, perbahasan hadis ini betul ke macam syiah
dok goreng?
Jom kita bahas.
Pertama : Secara
dirayah hadis ini, ia ada riwayat yang lain yang ada mempunyai sedikit
perbezaan makna pada menjelaskan berkenaan isteri Nabi sebagai ahli bait. Ini
kerana, hadis ini antara hadis yang diriwayatkan secara makna, bukan secara
lafaz.
Dalam
perkara aqidah, ia perlu dari sumber yang bersifat pasti (qatie), dan tidak boleh terbuka kepada
ihtimal dan penafsiran yang pelbagai.
Kaedah usul pun ada sebut: “apabila berlaku ihtimal,
maka gugur dari istidlal”.
Makanya, menjadikan hadis yang terbuka ihtimal,
seperti wujudnya bukti bahawa hadis ini diriwayatkan secara makna, mempunyai
masalahnya tersendiri yang tidak valid dijadikan sandaran aqidah.
Kedua : dari sudut sanad pula, ia bersifat tidak
konsisten.
Dalam riwayat muslim dan Ahmad, dinyatakan bahawa
semasa Yazid bin Hayyan bertanya kepada Zaid bin Arqam, beliau bersama Hushoin
bin sabrah dan Umar bin Muslim
Dalam riwayat Ibn Abi Syaibah, dinyatakan bahawa Yazid
bersama Hushoin bin Sabrah sahaja, tanpa dinyatakan Umar bin Muslim.
Dalam musnad Abd bin Humaid dan Sunan al-Darimi pula,
hanya disebut Yazid sahaja, tanpa disebut nama dua kawannya.
Tahawi pula meriwayatkan bahawa dalam Yazid bersama
dengan Hushoin bin Uqbah (dalam riwayat lain sebut Hushoin bin Sabrah)
Sebenarnya banyak lagi boleh dikemukakan betapa tidak
konsistennya sanad hadis ini.
Jadi, macam mana dalam riwayat yang tidak konsisten
pun, syiah boleh jadikan sandaran aqidah?
Ketiga : Jika diperhatikan pada matan hadis disebut
begini:
ثُمَّ قَالَ: «وَأَهْلُ بَيْتِي
أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي،
أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي»
Dalam hadis ini, zaid bin arqam berkata : KEMUDIAN
BAGINDA BERKATA.
Disebabkan guna kalimah ثم, justeru berlaku ihtimal
dalam kalangan ulama terhadap permaknaan hadis ini. apakah ia merupakan
gandingan bagi KITABULLAH, ataupun sebenarnya itu adalah satu ungkapan
permulaan ayat yang lain.
Dalam kalangan ulama hadis menjelaskan, ia adalah
ungkapan ayat yang lain, bukan merujuk kepada gandingan dengan kitabullah.
Dengan erti kata lain, maksud nabi itu adalah Nabi berpesan agar jangan terlalu
melebihkan ahli keluarga Nabi, sama ada dari sudut membenci dan mencintai
mereka.
Maka disebabkan itu, nabi saw ulang tiga kali pada
ungkapan:
أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ
بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ
بَيْتِي
Aku berpesan kepada kamu berkenaan Allah berkenaan
ahli Bait.
Bermaksud, kalau kamu melampau sayang kepada ahli
bait, maka kamu kena ingat kepada Allah; kalau terlalu membenci ahli bait, maka
kamu kena ingat kepada Allah.
Bermaksud, kena ambil perhatian bahawa Ahli bait
adalah manusia biasa, yang boleh juga melakukan kesalahan, dan ada juga
tindakan mereka yang betul. Jadi, nilailah sebarang tindakan mereka atas neraca
al-Quran. Jangan terlalu melampau dalam mengagongkan mereka; atau menolak
mereka.
Jelas bahawa hadis ini adalah ihtimal, sedangkan
kaedah usul menyebut: “apabila ada ihtimal, maka tergugur dari istidlal”.
Jadi disini dapat disimpulkan bahawa, hadis ini bukan
dalil bahawa ahli bait sebagai gandingan bagi al-Quran. Maka hujah syiah guna hadis
ini, kononnya perlu ikut ahli bait, hakikatnya bercanggah dengan pemaknaan bagi
hadis.
Keempat : syiah membataskan ahli bait itu kepada
keluarga Ali, sedangkan kita sedar mereka tidak masukkan para isteri nabi dan
keluarga selain ali sebagai ahli bait.
Hal ini bercanggah dengan hadis ini. sebab, dalam
hadis disebut bahawa ahli bait itu termasuk para isteri Nabi, keluarga Ali,
keluarga Aqil, keluarga Abbas dan keluarga Jaafar.
Kelima : jika syiah anggap bahawa hadis ini menjadi
dalil perlu berpegang teguh dengan ahli bait dengan maksud kepada keluarga Ali.
a.
Bagaimana Saidina Ali boleh berbaiah dengan Abu Bakar?
Jika perlu berpegang teguh, pasti Ali kena paksa Abu Bakar berbaiah dengan dia,
bukan sebaliknya. apakah mungkin Ali melanggar sesuatu pesanan Nabi? Ini tidak
munasabah.
b.
Saidina Husain
dan Saidina Hasan berbaiah dengan Muawiyyah. Jika begitu, bukankah mereka juga
telah melanggar pesanan Nabi? Ini sudah tidak munasabah.
c.
Muhammad bin
Saidina Ali bin Abi Talib, atau dikenali sebagai Muhammad bin al-hanafiyyah,
iaitu anak saidina Ali dengan isterinya selepas Fatimah yang bernama Khaulah
binti Jaafar al-Hanafiyyah; dia tidak berbai’ah dengan Saidina Ali Zainal
Abidih, bahkan dia berbai’ah dengan Yazid. Bukankah anak saidina Ali sendiri menyanggahi
ahli bait?
d.
Pelik, syiah anggap imam itu dari jalur
Hussin. Kenapa tidak anggap imam itu dari jalur hassan? Apatah lagi, anak saidina Hasan bernama al-Hasan al-Musanna
pernah mengaku kepada imam. Kenapa syiah tidak iktiraf keimaman al-Hasan al-Musanna
dari jalur Saidina Hasan, walhal Hasan adalah abang kepada saidina Hussin?
e.
Al-Hasan
al-Musanna sendiri pernah menolak keimaman Ali Zainal Abidin. Maksudnya, dia
sendiri tolak konsep berpegang dengan ahli bait.
f.
Walaupun al-hasan al-Musanna mengaku bahawa dia adalah
imam, tetapi sepupunya sendiri, iaitu Ali Zainal Abidin menolak keimaman
al-Hasan al-Musanna. Sebenarnya, siapa imam sebenar?
g.
Zaid bin Ali
Zainal Abidin pula, tidak mahu ikut Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin,
demikian sebaliknya, walhal sama-sama anak kepada Ali Zainal Abidin.
Persoalannya, siapa yang perlu diikut? Apakah masing-masing telah menolak
konsep ittrati?
Dari perbahasan ini, jelas maksud hadis ini bukan lah
bermaksud perlu menjadikan ahli bait sebagai sumber agama. Ini salah satu
kedangkalan syiah ketika mempertahankan konsep aqidah mereka.
No comments:
Post a Comment