HADIS DAKWAAN UBAIDILLAH MURTAD DARI HADIS IBN LAHI'AH
Dia
ini ada pertikaian sikit. Dia tidak diangkat tinggi oleh ulama hadis. Dia lemah
ingatan. Tp tidak ketara sangat. Sebab tu, hadis jika ada dia, hadis itu hasan.
Jika
ada ulama hadis besar seperti Malik, al-Sauri, al-Lais bin Sa’ad dan Syu’bah
ambil riwayat ibn Lahi’ah pun, itu sekadar mutabaah, atau iktibar atau
syawahid, dan tidak berkaitan dengan aqidah dan hukum.
Muslim
ambil hadisnya sekadar mutaba’ah sahaja.
Bukhari
tidak ambil riwayat Ibn La’iah kecuali akan disertakan riwayat lain yang
disebut perawi yang saheh.
Jika
hadis dia bercanggah dengan hadis yang lebih saheh, sudah pasti hadis tu tidak
boleh diterima. Contohnya, riwayat Ibn Lahi’ah ada menyatakan Ubaidillah bin
Jahsy murtad. Ia bercanggah:
Satu:
Ubaidillah ini orang terlibat perang badar.
Dua: Waktu dikatakan Ubaidillah murtad itu, ketika itu Abu Sufyan
berjumpa dengan Heraklius. Abu Sufyan cakap sendiri bahawa pengikut Nabi tidak
ada yang murtad.
No comments:
Post a Comment