HADIS SAQALAIN SYIAH ADALAH DOIF
Hadis saqalain ini jadi hujah syiah dalam perkara
aqidah.
PERTAMA : perkara aqidah sifatnya jazam. Justeru, ia
tidak boleh disandarkan dalam keadaan ia ada masalah periwayatan serta
bercanggah dengan al-Quran.
KEDUA : hadis-hadis saqalain bersifat doif, mungkar
dan palsu. Mungkin boleh bawa kat sini tiga matan yang paling popular yang
sering puak-puak syiah kemukakan.
Daripada Ali bin Abi Talib berkata bahawa rasulullah
bersabda:
تركتُ فيكم ما إنْ أخذتُم به لن تضلُّوا: كتابَ الله، سببُه
بيده وسببُه بأيديكم، وأهلَ بَيتي
Hadis ini ada dalam
Ittihaf al-Khirah al-Mahirah karya al-Busiri, ia dikeluarkan Ishaq bin
Rahywaih, dalam kitab al-Matalib al-Aliyah karya Ibn Hajar, Syarh Musykil
al-Atsar karya al-Tahawi.
Dalam hadis ini,
terdapat seorang perawi bernama KATHIR BIN ZAID yang berlaku perselisihan dalam
kalangan ulama statusnya. Imam nasaie kata doif; al-Tabari kata kathir bin zaid
tidak boleh dijadikan hujah; ibn Hibban kata, dia banyak buat silap dalam pada
sedikit dia meriwayatkan hadis; ibn hajar kata dia saduq yang buat silap.
Daripada
Zaid bin al-Arqam:
إنِّي تاركٌ فيكم ما إن تمسَّكتُم به لن تضلُّوا بعدي - أحدُهما
أعظمُ من الآخَر -:كتاب الله، حبْلٌ ممدودٌ من السَّماء إلى الأرض، وعِترتي أهل
بيتي، ولن يتفرَّقَا حتى يرِدَا عليَّ الحوضَ، فانظروا كيف تَخلُفوني فيهما
Hadis ini ada dalam
tarmizi; al-ma’rifah wa al-tarikh; tartib al-Umali.
Dalam hadis ini ada
perawi bernama Ali bin al-Munzir al-Kufi. Walaupun ada yang anggap dia siqah,
tetapi sebilangan hadis jelaskan bahawa dia tidak boleh dijadikan sandaran.
Nasaie kata, dia seorang syiah. Ibn hajar kata, dia Saduq yang tasyayyu’. Ibn
Hibban kata, dia melampau dalam tasyayyu’. Abu Daud kata, dia syiah hangus.
Daripada Jabir bin
Abdullah:
يا أيُّها الناس، إني تركتُ فيكم ما إنْ أخذتُم به لن تضلُّوا:
كتاب الله، وعِترتي أهْلَ بَيتي
Hadis
ini ada dalam kitab Tarmizi, al-Mukjam al-Kabir (tibrani) dan al-Mukjam
al-Awsat (tibrani)
Hadis
ini tidak diriwayatkan daripada Jaafar bin Muhammad kecuali daripada Zaid bin
al-hasan al-Anmathi.
Zaid
bin al-Hasan ini dianggap Abu Hatim sebagai mungkar hadis; al-Zahabi dan Ibn
Hajar menganggap dia doif.
Jadi,
ketiga-tiga hadis saqalain yang kononnya merujuk kepada ahli bait sebagai
sumber hukum adalah bersumberkan sesuatu yang tidak jazam. Apatah lagi, semua
sanad-sanadnya terbuka kepada kritikan sehingga dianggap lemah.
KETIGA
: bercanggah dengan al-Quran.
Tidak
ada satu pun ayat al-Quran yang menyatakan bahawa berpegang teguh dengan ahli
bait dalam berhukum. Semuanya menyuruh agar rujuk al-Quran dan al-Sunnah.
Contohnya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ
تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
(59) - النساء
قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ (32) – ال عمران
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (132) – ال عمران
Jelas,
al-Quran sendiri tidak pernah mengatakan sumber hukum adalah ahli bait, tetapi
hanya dua sahaja, Allah dan Rasul.
No comments:
Post a Comment