KALIMAH AHLI BAIT DALAM QURAN BERMAKSUD ISTERI
Dalam
al-Quran, tidak pernah kata ahli bait merujuk kepada empat orang yang
dimaksudkan oleh syiah; iaitu Hasan, hussin, Fatimah dan Ali.
Tetapi,
semuanya merujuk kepada isteri.
Contohnya:
Satu:
ISTERI NABI IBRAHIM, SARAH.
قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ
اللَّهِ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ
حَمِيدٌ مَجِيدٌ (73) – هود
Ungkapan
عليكم – guna ungkapan jamak muzakkar.
Dua : ISTERI KEPADA IMRAN (BAPA KEPADA NABI MUSA)
وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ الْمَرَاضِعَ
مِنْ قَبْلُ فَقَالَتْ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُ لَكُمْ
وَهُمْ لَهُ نَاصِحُونَ (12) - القصص
Kalimah
يكفلون guna jamak muzakkar Salim, walhal AHLI
BAIT dalam ayat merujuk kepada perempuan, iaitu mak nabi musa.
TIGA:
ISTERI NABI MUSA.
وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَى (9) إِذْ
رَأَى نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَعَلِّي
آتِيكُمْ مِنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى (10) – طه
Ungkapan امكثوا – digunakan jamak muzakkar, walhal ia merujuk kepada isteri
nabi musa.
Dari
ini jelas bahawa aqidah syiah adalah BATIL, apabila menyatakan bahawa rujukan
agama islam adalah ahli bait. Lebih batil, apabila anggap mereka boleh mendapat
wahyu..
Berkenaan
penggunaan kalimah wahyu dalam al-Quran, saya pernah tulis panjang lebar suatu
masa dahulu. Bahkan ada dalam buku saya bertajuk “membunuh atas nama agama”.
Namun,
saya biarkan dulu dengan hujah ini untuk nak tengok jawapan puak2 batil syiah
jawab.
No comments:
Post a Comment