Monday, April 3, 2023

TABIIN BUKAN HUJAH AQIDAH

Kita sering menukilkan ucapan ulama tabiin dalam perbahasan akidah terutamanya penetapan sifat Allah. Persoalannya, adakah ucapan mereka hujah? 
Penulis buku Aqwal al-Tabiin fi Masa'il al-Tawhid wa al-Iman* mengatakan bahawa ucapan tabiin bukan hujah melainkan apabila berlaku ijmak. Sekiranya ucapan perorangan sahaja, maka ucapan tersebut bukan hujah. 
Beliau turut mengatakan bahawa buku-buku akidah terdahulu menyebutkan ucapan tabiin hanya sekadar bukti sokongan bukan bukti utama. Hujah dalam perbahasan akidah adalah al-Quran, sunnah, dan ijmak sahaja. Seperti biasa, rujukan utama beliau dalam perkara ini adalah Ibn Taymiyyah.
Percaya atau tidak, Ibn Furak dan al-Bayhaqi berkali-kali sebut perkara ini. Mereka mengatakan bahawa ucapan tabiin bukan hujah dalam penetapan sifat Allah.

*asal buku ini adalah tesis PhD bahagian akidah di Universiti Um al-Qura tahun 1421 H dengan nilai mumtaz.

No comments:

Post a Comment

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

  IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI   وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:   إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...