Monday, April 10, 2023

BEN AL-BAR AQIDAH ASYA'IRAH

Setiap pelajar hadith mesti mengenal Imam Abu 'Umar Ibn 'Abd al-Bar (m. 463 H). Beliau seorang hafiz terbesar di dunia Islam bahagian barat sepertimana al-Khatib al-Baghdadi hafiz dunia Islam bahagian timur.
Menurut al-Subki, Imam Ibn 'Abd al-Bar seorang ahli hadith bermazhab Asy'ari. Saya tidak berani menyokong pandangan ini kerana al-Dhahabi mengatakan bahawa pandangan Ibn ‘Abd al-Bar dalam perkara akidah berada di atas mazhab Salaf dan beliau tidak menyukai perbahasan ilmu kalam.
Namun begitu, semasa menulis buku 40 Hadith Sifat saya melihat fenomena menarik. Ibn 'Abd al-Bar tidak selalu menetapkan makna hakikat bagi setiap hadith sifat. Sebaliknya, beliau beberapa kali mentafsirkan hadith-hadith tersebut secara majaz. 
Berkenaan hadith "Allah tertawa", Ibn 'Abd al-Bar mengatakan bahawa maknanya adalah Allah merahmati dan menyambut dengan rahmat. Beliau turut mengatakan ini sebuah majaz.
Makna "Allah malu" menurut beliau adalah Allah mengampuni hamba. Makna "Allah bosan " menurut beliau adalah Allah memutuskan ganjaran amal. Dan banyak lagi.
Saya yakin semua pentafsiran ini bukan kerana beliau berakidah Asy'ari. Sebaliknya, memang beginilah manhaj ahli hadith dalam berinteraksi dengan hadith sifat.

No comments:

Post a Comment

BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA?

  BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA? Sebelum ini admin sudah dedahkan bagaimana Jabatan Mufti Negeri Sembilan se...