Ada seorang rakan yang bertanya tentang akidah Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Imam al-Safadi dalam al-Wafi bi al-Wafayat (29:48) menyatakan sebagaimana berikut:
"Beliau bermazhab Syafii dan berakidah Asy'ari. Beliau turut mengajarkan akidah al-Asy'ari kepada anak-anaknya dan mewajibkan mereka mempelajarinya. Beliau turut mendengar hadith dan mengajarkannya kepada anak-anaknya."
No comments:
Post a Comment