Hubungan mesra Hanbali dan Asy'ari
Abu al-Fadl 'Abd al-Wahid bin 'Abd al-'Aziz al-Tamimi adalah seorang ulama Hanbali yang terkenal di Baghdad. Ayah beliau dan ahli keluarganya yang lain rapat dengan Imam Abu Bakr al-Baqillani yang berakidah Asy'ari. Mereka turut cenderung kepada akidah al-Asy'ari.
Apabila al-Baqillani meninggal dunia, al-Tamimi menyuruh seseorang menyeru: "Inilah pembela Sunnah dan Imam kaum muslimin!" Beliau turut berziarah ke kubur al-Baqillani setiap Jumaat.
Mengulas perkara ini, al-Dhahabi dalam Tarikh al-Islam berkata:
"Ini tidak lain adalah kecintaan besar yang terjalin antara seorang Asy'ari dengan seorang Hanbali. Keluarga Tamimi dikenali agak menyimpang daripada tareqah Ahmad sepertimana penyimpangan Ibn 'Aqil, Ibn al-Jawzi, Ibn al-Zaghuni, dan lain-lain. Abu Ya'la dan lain-lain berlebihan dalam sisi yang lain."
Maksud al-Dhahabi (wallahu a'lam): Mazhab Ahmad adalah tafwid. al-Tamimi cenderung kepada takwil dan Abu Ya'la melampau dalam ithbat makna zahir.
Abd al-Wahid al-Tamimi memiliki sebuah kitab yang merumuskan akidah Imam Ahmad bertajuk I'tiqad al-Imam al-Munabbal https://archive.org/details/i3tiqadahmad
No comments:
Post a Comment