Tuesday, May 9, 2023

imam Malik ahli ra'y.

Abu Zur'ah al-Razi (m. 264 H) salah seorang hafiz dan pakar hadith terhebat dalam sejarah. Beliau bercerita bagaimana memulakan pengajian dalam hadith dan fiqh.

"Perkara pertama yang aku hafal adalah hadith Malik. Selepas aku hafal dan kuasai, aku beralih kepada hadith al-Thawri, Syu'bah dan lain-lain. Selepas aku mencapai kemuncak dalam hafalan hadith, aku beralih kepada ra'y (fiqh) Malik, al-Thawri, dan al-Awza'i. Aku turut menulis buku-buku al-Syafii." (al-Intiqa karya Ibn 'Abd al-Bar).

Kata Dr. Umar 

Belajar ra'y (pandangan hukum) adalah peringkat tinggi dalam kurikulum ilmu hadith. Tidak sempurna ilmu seorang muhadith sebelum dia menguasai perbahsan fiqh mengikut manhaj fuqaha.

Ahli hadith yang sempurna turut selalu merujuk kepada fuqaha.

No comments:

Post a Comment

BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA?

  BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA? Sebelum ini admin sudah dedahkan bagaimana Jabatan Mufti Negeri Sembilan se...