Wednesday, May 24, 2023

baca selawat bila terlupa

Berselawat ketika lupa sesuatu perkara?

1. Menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, apabila kita terlupa sesuatu perkara, maka dikatakan bahawa untuk mengingat balik, kita perlu berselawat kepada nabi.

2. Amalan sebegini sebenarnya berasaskan kepada dua hadis, yang kedua-dua hadis ini mempunyai kritikan besar daripada sudut sanad.

3. Hadis pertama, daripada Anas bin Malik bahawa Nabi saw bersabda: apabila kamu lupa sesuatu perkara, maka berselawatlah kamu kepadaku, semoga kamu akan ingat (perkara yang kamu lupa itu) insya Allah".

4. Hadis ini, dari sudut Sanad ada dua problem;

Pertama : perawi bernama Ubaidillah bin Abdullah al-I'tki. Al-Bukhari menilai dia sebagai seorang yang mungkar. Al-Baihaqi kata bahawa dia tidak boleh dibuat hujah.

Kedua : Sa'dan bin Ubadah al-Qidahi. Ibn 'Adi menyatakan bahawa dia tidak dikenali.

Kesimpulan : al-Sakhawi mengatakan bahawa hadis ini doif.

5. Hadis kedua, daripada Osman bin Abi Harb bahawa Nabi berkata: Barangsiapa yang mahu bercerita sesuatu hadis, lalu dia lupa, maka hendaklah dia berselawat kepadaku"

6. Masalah pada Sanad hadis ini adalah, ada seorang perawi yang bernama al-Rabi' bin Badar al-Tamimi. Kebanyakan ulamak mengatakan bahawa dia dhaif jiddan. Ada sebilangan yang lain mengatakan bahawa dia matruk. Abu Hatim kata, dia Wahi al-Hadis. 

7. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa ketika kita lupa dengan membaca selawat kepada nabi untuk nak bagi ingat balik adalah amalan yang disandarkan kepada hadis yang tidak kuat.

8. Amalan yang sabit didalam Al-Quran, apabila lupa maka sebutlah dan ingatlah kepada Allah. Firman Allah;

 وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ 
 Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; 

-Surah Al-Kahf, Ayah 24

9. Dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa lupa ada kaitan dengan syaitan. Firman Allah;
ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَأَنسَىٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُوْلَٰٓئِكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَٰنِ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

-Surah Al-Mujadila, Ayah 19

10. Seperti mana kita tahu bahawa untuk menghalau syaitan adalah dengan membaca اعوذ بالله من الشيطان الرجيم atau disebut sebagai الاستعاذه 

11. Apabila sandaran kepada amalan ini daripada Hadis yang lemah, apakah membaca selawat ketika kita lupa sesuatu perkara adalah dilarang?

12. Mengingat kembali perkara yang lupa bukan ibadah khususiah. Dengan itu, membaca selawat kepada nabi ketika kita lupa sesuatu perkara, tidak boleh dianggap sebagai sesuatu larangan. 

13. Namun begitu, jika ada seseorang melakukan amalan tersebut, jangan sekali-kali disandarkan amalan itu kepada Nabi Muhammad. ini kerana, sandaran amalan ini daripada riwayat yang lemah yang tidak boleh dipertanggungjawabkan.

Wallahu 'Alam

No comments:

Post a Comment

BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA?

  BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA? Sebelum ini admin sudah dedahkan bagaimana Jabatan Mufti Negeri Sembilan se...