kita biasa dengar orang berkata bahawa pembentukan negara yang baik, negara yang tidak rasuah, negara yang melaksanakan undang-undang Islam, mereka sandarkan kepada firman Allah:
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
“(Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun ”
sebenarnya, kalimah baldah بلدة tidak tepat dirujuk kepada negara atau negeri. Ia lebih merujuk kepada kawasan yang ada tanah, sama ada ia subur atau tidak subur.
Dalilnya:
a. Cuba perhatikan pada firman Allah:
لِنُحْيِيَ بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا وَنُسْقِيَهُ مِمَّا خَلَقْنَا أَنْعَامًا وَأَنَاسِيَّ كَثِيرًا
“agar Kami menghidupkan dengan air itu negeri (tanah) yang mati, dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebagian besar dari makhluk Kami, binatang-binatang ternak dan manusia yang banyak”
dalam ayat ini merujuk kepada kawasan atau penempatan yang tanahnya asalnya mati, kemudian dihidupkan balik oleh Allah.
b. Cuba perhatikan pada firman Allah:
وَالَّذِي نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَنْشَرْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا كَذَلِكَ تُخْرَجُونَ
“Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur) .”
Dengan sebab itu, negara yang baik dengan tidak rasuah, akauntabiliti dan sebagainya; tidak tepat dijadikan sandaran dengan merujuk kepada ayat ini.
Ayat ini sebenarnya merujuk kepada kawasan penempatan yang tanahnya subur dan boleh menghasilkan tumbuhan dan tanaman.
Untuk jelas lagi maksudnya, cuba perhatikan ayat ini secara penuh:
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
“Sesungguhnya bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): "Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun ”
Wallahu 'Alam.
No comments:
Post a Comment