Tuesday, February 14, 2023

HADIS IKUT KHULAFA AL-RASYIDIN

Contoh perbahasan ilal hadis.

Hadis ini:

عن العرباض بن سارية رضي الله عنه، قال: وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة وجلت منها القلوب، وذرفت منها العيون، فقلنا يا رسول الله؛ كأنها موعظة مودع، فأوصِنا، قال: «أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة، وإن تأمر عليكم عبد، وإنه من يعش منكم فسيرى اختلافاً كثيراً؛ فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين، عضوا عليها بالنواجذ، وإياكم ومحدثات الأمور، فإن كل بدعة ضلالة».

Rasulullah memberi pesanan yang sehingga gementar hati dan bergenang air mata. Sahabat kata, cara baginda nabi pesanan macam pesanan terakhir. Sahabat minta Nabi bagi pesanan. Nabi pun kata: 'Aku berwasiat supaya taqwa kepada Allah, dengar dan taat, walaupun yang bagi arahan itu seseorang hamba. Kalau kamu umur panjang, kamu akan lihat perbezaan ketara. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnah aku dan sunnah khulafa Rashidin mahdiyin. Gigit dengan gigi geraham. Hindari perkara baru, kerana setiap bid'ah adalah sesat".

Hadis ini ada dalam Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah, hakim dalam mustadrak dan Ahmad.

Ia dinilai saheh. 

Namun, ada pengkaji hadis menolak hadis ini dengan alasan, hadis ini ada kecacatan yang tersembunyi (ilal):

Pertama : 
Hadis ini bermuara dari seorang sahabat sahaja, iaitu irbad bin Sariyah. 

Persoalannya, dalam hadis ini dinyatakan bahawa Nabi sampaikan pesanan itu di hadapan sahabat yang ramai, tetapi kenapa hanya seorang sahaja yang riwayatkan?

Kedua:
Dalam hadis ini, dipesan agar ikut sunnah Nabi dan sunnah khilafah rashidah. 

Persoalannya, kenapa tidak disertakan juga pesanan agar ikut al-Quran. Ini kerana,

A. Bukankah al-Quran adalah perkara induk yang perlu diikut? Sedangkan, sunnah Nabi sebagai menjelaskan al-Quran sahaja.

B. Bukankah dalam banyak hadis, pasti akan dinyatakan suruhan ikut al-Quran terlebih dahulu, seperti dalam hadis muslim - riwayat Jabir bahawa Nabi saw kata: "sebaik-baik perkataan adalah kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad", dan hadis daripada Ibn Mas'ud dalam riwayat al-Bukhari dalam matan yang hampir sama. Juga hadis lain yang nabi kata: aku tinggalkan kamu perkara yang kamu pegang dengan kuat, kamu tidak akan sesat - kitabullah...."

Ketiga:
Dinyatakan ikut khalifah yang rashidah.

Persoalannya, 
A.siapakah yang dimaksudkan dengan khalifah rashidah itu? Tidak dinyatakan dalam hadis secara jelas. Adapun merujuk kepada 4 orang, itu tafsiran bukan dari sumber Nas yang jelas.

B. Sumber agama adalah wahyu. Yang dapat wahyu hanya nabi. Sedangkan, selain dari Nabi, itu bukan bersumberkan wahyu. Ia tidak lebih sekadar ijtihad yang kemungkinan benar dan salah. Bukankah, dengan menganggap khalifah sebagai rujukan, menjadikan sumber islam sudah datang dari bukan wahyu? 

C. Pandangan selain wahyu, kemungkinan benar dan kemungkinan salah. Jika disuruh ikut kepada khalifah, itu membuka ruang untuk ikut dari sesuatu yang salah?

Keempat:
Dalam hadis ini, dinyatakan pesanan agar taqwa kepada Allah, dengar dan taat.

Persoalannya, pesanan dengar dan taat, tanpa disertai dengan tujuan Makruf dan baik, bukankah akan membuka ruangan untuk dimanipulasi oleh pemimpin zalim untuk terus melakukan kezaliman dengan alasan hadis ini? 

Sepertimana yang kita tahu, kezaliman adalah perkara yang diharamkan dalam Islam.

Kelima:
Dalam hadis ini dinyatakan taat itu perlu, walaupun kepada hamba.

Persoalannya, bagaimana nak ikut hamba, sedangkan sifat bagi hamba adalah dia mengikut tuannya. 

Kita ketahui bahawa nabi saw berusaha hapuskan perhambaan, kerana perhambaan adalah lambang kasta manusia. Islam mengajar, semua manusia adalah sama.

Jadi, adakah masuk akal bahawa nabi yang punyai akhlak tinggi dan melawan perhambaan boleh menggunakan perkataan yang membuka ruang kekastaan?

Dengan sebab itu, Dr Sa'id Hawa dan Dr Abdul 'Aid al-Ru'ud -pensyarah kuliah syariah di Universiti Mu'tah- mendakwa bahawa hadis ini adalah palsu dengan sengaja disandarkan kepada Sahabat bernama irbad - direka oleh orang di era khalifah umawi yang tidak bertanggungjawab agar taat kepada pemerintahan umawi.

No comments:

Post a Comment

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

  IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI   وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:   إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...