Friday, March 11, 2022

TIDAK SALAH LAMBAT MENJAWAB SALAM

 TIDAK SALAH LAMBAT MENJAWAB SALAM

 

Daripada Al-Muhajir bin Qunfuz:

 

أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَبُولُ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ، فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ حَتَّى تَوَضَّأَ، ثُمَّ اعْتَذَرَ إِلَيْهِ فَقَالَ "إِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَذْكُرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا عَلَى طُهْرٍ أَوْ قَالَ: عَلَى طَهَارَةٍ"

“dia datang berjumpa Nabi yang ketika itu baginda sedang buang air kecil. Dia pun memberi salam kepada Nabi, namun baginda tidak menjawab salamnya hingga berwudhu. Kemudian baginda meminta maaf seraya bersabda: "Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah kecuali dalam keadaan suci” (Abu Daud, hadis no: 17)

 

Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi saw tidak menjawab salam ketika ia disampaikan, tetapi dijawab setelah selesai dari berwuduk.

 

Hal ini bermaksud, hadis ini adalah dalil bahawa menjawab salam memang wajib, tetapi bukan di bawah maksud الواجب علي الفور, tetapi di bawah maksud الواجب علي التراخي.

 

Maksud dengan الواجب علي الفور adalah kewajipan yang wajib dilakukan dengan segera yang tidak boleh ditunaikan di waktu yang lain. Contohnya, kewajipan menunaikan puasa ramadan tidak boleh dilengahkan di bulan lain; kewajipan solat mesti dalam waktunya, tidak boleh dilengahkan ke luar waktu dan sebagainya.

 

Adapun الواجب علي التراخي, ia bermaksud kewajipan yang boleh dilengahkan ke waktu yang lain. Contohnya, kewajipan ibadat haji yang apabila seseorang itu sudah cukup syarat, tidak semestinya dia wajib tunaikan pada tahun tersebut, tetapi boleh sahaja dia tangguhkan ke tahun hadapan.

 

Antara الواجب علي التراخي adalah kewajipan menjawab salam. Tidak dinafikan ia adalah wajib, tetapi ia tidak semestinya dijawab pada saat ia diberi, bahkan boleh ditangguhkan ke waktu yang lebih sesuai.

 

Walaubagaimana pun, al-‘Azim Abadi menjelaskan bahawa menjawab salam ketika sedang berwuduk atau sedang bertayammum bukan sesuatu yang dilarang. Namun, mengambil pendekatan yang lebih afdhal, maka dijawab salam setelah selesai kedua-duanya; kerana ketika itu kita dalam keadaan tidak berhadas.

 

Oleh yang demikian, jika seseorang itu memberi salam ketika kita sedang berwuduk atau tayammum, dan kita bimbang tidak dijawab dengan segera akan menyebabkan dia akan terluput dari bersama kita, maka tidak salah kita menjawab salam ketika kita sedang berwuduk atau sedang bertayammum.

 

No comments:

Post a Comment

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

  IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI   وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:   إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...