Monday, March 14, 2022

NABI DAN AMALAN PAKAI CINCIN

 SEJARAH NABI PAKAI CINCIN

 

Dalam hadis, didapati nabi saw mula-mula memakai cincin selepas SULH AL-HUDAIBIYYAH, iaitu sebagai RUBBER STAM pada sura-surat rasmi Nabi kepada kerajaan ‘Ajam.

 

Dalam hadis—daripada Anas bin Malik berkata:

لَمَّا أَرَادَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَكْتُبَ إِلَى الرُّومِ، قِيلَ لَهُ: إِنَّهُمْ لاَ يَقْرَءُونَ كِتَابًا إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَخْتُومًا، «فَاتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، فَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِهِ فِي يَدِهِ، وَنَقَشَ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ»

“ketika nabi saw mahu menulis surat kepada Rom, ada orang memberitahu baginda: mereka (orang Rum) tidak akan membaca surat kecuali ada cop rasmi. Makanya, nabi saw pun ambil cincin dari perak, seakan-akan aku nampak putih pada tangan baginda. Terpahat pada cincin itu: Muhammad Rasulullah” (al-Bukhari, hadis no: 2938)

 

Dalam komentar al-Imam al-Sayuti, Nabi Muhammad saw adalah orang Quraish adalah orang pertama pakai cop rasmi dalam urusan surat menyurat.

 

PERMULAAN NABI PAKAI CINCIN

 

Di permulaan, nabi saw memakai cincin emas. Hal ini ditiru oleh sebilangan sahabat nabi. Namun, selepas itu Nabi saw membuang dan menggantikan dengan cincin perak yang terpahat tulisan “Muhammad Rasulullah”; ia sebagai cincin rasmi kerajaan.

 

Dalam hadis—daripada Ibn Umar berkata:

 

 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ، وَجَعَلَ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ، وَنَقَشَ فِيهِ: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، فَاتَّخَذَ النَّاسُ مِثْلَهُ، فَلَمَّا رَآهُمْ قَدِ اتَّخَذُوهَا رَمَى بِهِ وَقَالَ: «لاَ أَلْبَسُهُ أَبَدًا» ثُمَّ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، فَاتَّخَذَ النَّاسُ خَوَاتِيمَ الفِضَّةِ

“Rasulullah saw memakai cincin dari emas atau perak, dan menjadi batu cincin itu ke bahagian tapak tangan, dan terpahat padanya: Muhammad Rasulullah”. Ramai sahabat yang meniru. Ketika nabi saw nampak perkembangan tersebut, nabi saw membuang cincin terbabit dan berkata: “aku tidak pakainya lagi sampai bila-bila”

 

Dalam tambahan Ibn Umar:

 

فَلَبِسَ الخَاتَمَ بَعْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبُو بَكْرٍ، ثُمَّ عُمَرُ، ثُمَّ عُثْمَانُ، حَتَّى وَقَعَ مِنْ عُثْمَانَ فِي بِئْرِ أَرِيسَ

“Selepas Nabi saw, cincin terbabit dipakai oleh Abu Bakar al-Siddiq, kemudian Saidina Umar, kemudian Saidina Osman; sehingga di era Saidina Osman, cincin itu terjatuh dalam telaga Aris” (al-Bukhari, hadis no: 5866)

 

NABI PAKAI CINCIN PADA JARI KECIL

 

Dalam hadis, Nabi saw pakai cincin pada jari kelingking bagi tangan kiri. Dalam hadis—daripada Anas bin Malik:

 

كَانَ خَاتَمُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذِهِ، وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصِرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى

“Nabi saw selalu memakai cincin pada ini”, sambila dia mengisyaratkan jari kelingking di bahagian tangan kanannya” (Muslim, hadis no: 2095)

 

Juga didapati dalam hadis bahawa Nabi saw pakai cincin tangan kanan. Daripada Abdullah bin Umar berkata:

 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اصْطَنَعَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ، وَجَعَلَ فَصَّهُ فِي بَطْنِ كَفِّهِ إِذَا لَبِسَهُ، فَاصْطَنَعَ النَّاسُ خَوَاتِيمَ مِنْ ذَهَبٍ، فَرَقِيَ المِنْبَرَ، فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ، فَقَالَ: «إِنِّي كُنْتُ اصْطَنَعْتُهُ، وَإِنِّي لاَ أَلْبَسُهُ» فَنَبَذَهُ، فَنَبَذَ النَّاسُ قَالَ جُوَيْرِيَةُ: وَلاَ أَحْسِبُهُ إِلَّا قَالَ: فِي يَدِهِ اليُمْنَى

“Nabi saw membuat cincin dari emas dan menjadikan batu cincin itu ke dalam tapak tangan. Ramai sahabat turut sama membuat cincin dari emas. Nabi saw naiki mimbar, baginda memuji Allah lalu berkata: Sesungguhnya aku buat ini dan aku juga tidak akan memakainya lagi”. Baginda pun membuangnya, dan para sahabat turut sama membuangnya. Berkata Juwairiyyah: aku tidak nampak kecuali dia (Ibn Umar) berkata: di tangan baginda yang kanan” (al-Bukhari, hadis no: 5876)

 

BATU CINCIN

 

Cincin yang dipakai Nabi itu, batu cincinnya di arahkan ke tapak tangan. Dalam hadis—daripada Ibn Umar berkata:

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ، وَجَعَلَ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ

“Rasulullah saw memakai cincin dari emas atau perak, baginda jadikan batu cincin itu apa yang terekori tapak tangan baginda” (al-Bukhari, hadis no: (5866

 

Batu cincin yang dipakai oleh Nabi berwarna hitam. Dalam hadis—daripada Anas bin Malik berkata:

 

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَبِسَ خَاتَمَ فِضَّةٍ فِي يَمِينِهِ، فِيهِ فَصٌّ حَبَشِيٌّ كَانَ يَجْعَلُ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ

Rasulullah saw pakai cincin perak pada tangan kanannya. Padanya ada batu habsyi (warna hitam) yang baginda jadikan ia mengiringi tapak tangan” (Muslim, hadis no: 2094)

 

Nabi juga pernah pakai cincin yang batu cincinnya bukan batu, tetapi dari perak. Dalam hadis—daripada Anas bin Malik berkata:

 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ خَاتَمُهُ مِنْ فِضَّةٍ وَكَانَ فَصُّهُ مِنْهُ

“nabi saw memakai cincin dari perak dan batunya pun dari perak” (al-Bukhari, hadis no: 5870)

 

JARI HARAM PAKAI CINCIN

 

Menurut al-Imam al-Nawawi, tidak ada sebarang isu berkenaan larangan jari yang dipakaikan cincin bagi kaum wanita. Namun, larangan itu berlaku jika pemakai itu adalah orang lelaki.

 

Dalam hadis, ada larangan bagi orang lelaki memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk.

 

Saidina Ali ada berkata:

 

 «نَهَانِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ هَذِهِ» ، قَالَ: «فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا»

“Rasulullah saw melarang aku bahawa aku pakai cincin pada dua jadi ini atau ini. Dia berkata: sambil Ali mengisyaratkan pada jari tengah dan jari selanjutnya (jari telunjuk)” (Muslim, hadis no: 2095)

 

Dengan iti. tidak salah pakai cincin di ibu jari (ابهام) dan jari manis (البنصر) sebab tiada larangan dalam nas.

 

TULISAN YANG TERPAHAT PADA CINCIN

 

Dalam hadis yang lepas, sudah disebut bahawa pada cincin Nabi tercatat: MUHAMMAD RASULULLAH. Cincin tersebut hilang pada era Osman bin Affan, iaitu jatuh dalam telaga ARIS.

 

Menurut ceritanya, cincin yang terjatuh itu dicari selama tiga hari, sehingga air dalam telaga pun dibuang. Tetapi tidak jumpa.

 

Selepas itu, Saidina Osman buat cincin baru. Terpahat kat depan itu:

((آمن بالذي خلق فسوَّى))

“Aku beriman dengan tuhan yang mencipta, lalu Dia elokkan ciptaan tersebut”

 

Atau:

 

 ((اللهم أحيني سعيدًا وأمتني شهيدًا))

“Ya Allah, hidupkan aku sebagai orang yang berbahagia dan matikan aku sebagai orang mati syahid”

 

Menurut beberapa riwayat, dikatakan sebelum itu, Saidina Umar sudah ada cincin dia sendiri yang terpahat:

 

كفى بالموت واعظًا

“Memadailah mati sebagai peringatan”

 

PECAT CINCIN YANG ADA TULISAN ZIKIR SEMASA QADHA’ HAJAT

 

Sepertimana dalam perbahasan bahawa hadis bab adalah MUNGKAR, menyebabkan ulama khilaf berkenaan hukum pecat cincin ketika masuk tandas.

 

Dalam majmuk, al-Imam al-Nawawi berkata:

 

اتَّفَقَ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِ تَنْحِيَةِ مَا فِيهِ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى عِنْدَ إرَادَةِ دُخُولِ الْخَلاءِ وَلا تَجِبُ التَّنْحِيَةُ

“Para ashab kami (mazhab syafie) sepakat bahawa disunatkan memecat apa-apa yang padanya ada zikrullah ketika mahu masuk ke tempat qadha’ hajat. tidak wajib memecatnya”

 

Sandaran terhadap hukum makruh itu kerana tiada ada satu nas yang sahih dan sarih melarang hal ini. Justeru, dianggap makruh kerana fitrah manusia itu menghormati apa yang dipercayai sebagai suci seperti al-Quran. Justeru, membawa ke tempat qadha’ hajat boleh dianggap tidak sopan dan bukan pada tempatnya.

 

Apatah lagi, setakat ini semua hadis-hadis yang menyatakan larangan adalah doif.

 

Contohnya, hadis—daripada Abdullah bin Jaafar berkata:

 

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلْبَسُ خَاتَمَهُ فِي يَمِينِهِ وَقَالَ كَانَ يَنْزِعُ خَاتَمَهُ إِذَا أَرَادَ الْجَنَابَةَ

“Nabi saw memakai cincinnya pada tangan kanannya. Berkata: dia sentiasa buka cincinnya itu apabila hendak berjunub”

 

Hadis ini doif kerana ada perawi bernama ABU QATADAH, iaitu ABDULLAH BIN WAQID AL-HARRANI yang al-Imam al-Bukhari bahawa dia mungkar al-Hadis dan Imam Ahmad bin Hanbal kata, “aku rasa dia selalu melakukan tadlis”

 

Juga hadis lain—daripada Anas bin Malik berkata:

 

وَقَالَ السُّيُوطِيُّ فِي مِرْقَاةِ الصُّعُودِ أَخْرَجَهُ الْبَيْهَقِيُّ مِنْ طَرِيقِ يَحْيَى بْنِ الْمُتَوَكِّلِ الْبَصْرِيِّ عَنِ بن جُرَيْجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَبِسَ خَاتَمًا نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ فَكَانَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ وَضَعَهُ

“Nabi saw memakai cincin yang terpahat: Muhammad Rasulullah. Apabila baginda masuk ke tempat Qadha’ hajat, baginda membukanya”

 

Al-Imam al-Sayuti berkata bahawa hadis ini doif. Yang jika diperhatikan, sanad hadis terputus. Hal ini adalah IBN JURAIJ ambil dari AL-ZUHRI walwahl ada seorang perawi yang tergugur, iaitu ZIYAD BIN SA’AD antara mereka.

No comments:

Post a Comment

BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA?

  BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA? Sebelum ini admin sudah dedahkan bagaimana Jabatan Mufti Negeri Sembilan se...