Sunday, March 6, 2022

HUKUM MANDI TELANJANG

 HUKUM MANDI TELANJANG

 

Secara dasarnya, sebarang tindakan yang boleh menyebabkan orang nampak aurat, maka hukumnya adalah haram.

 

Namun, jika didapati sesuatu tempat yang boleh terhindar dari aurat kelihatan, sama ada secara yakin atau secara zann yang kuat, maka berlaku khilaf dalam kalangan ulama berkenaan mandi dalam keadaan telanjang.

 

Al-Imam al-Syaukani dan Imam al-nawawi antara ulama yang pernah memfatwakan bahawa hukum mandi telanjang di tempat yang terselamat dari kelihatan aurat adalah harus.

 

Antara dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

 

Pertama, hadis bahawa Nabi Musa mandi telanjang. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw ada bersabda:

 

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ يَغْتَسِلُونَ عُرَاةً، يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، وَكَانَ مُوسَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْتَسِلُ وَحْدَهُ، فَقَالُوا: وَاللَّهِ مَا يَمْنَعُ مُوسَى أَنْ يَغْتَسِلَ مَعَنَا إِلَّا أَنَّهُ آدَرُ، فَذَهَبَ مَرَّةً يَغْتَسِلُ، فَوَضَعَ ثَوْبَهُ عَلَى حَجَرٍ، فَفَرَّ الحَجَرُ بِثَوْبِهِ، فَخَرَجَ مُوسَى فِي إِثْرِهِ، يَقُولُ: ثَوْبِي يَا حَجَرُ، حَتَّى نَظَرَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ إِلَى مُوسَى، فَقَالُوا: وَاللَّهِ مَا بِمُوسَى مِنْ بَأْسٍ، وَأَخَذَ ثَوْبَهُ، فَطَفِقَ بِالحَجَرِ ضَرْبًا

“"kebiasaan kalangan Bani Israil jika mandi bahawa mereka mandi dengan telanjang, hingga sebagian melihat sebagian yang lainnya. Sedangkan Nabi Musa lebih suka mandi sendirian. Maka mereka pun berkata: "Demi Allah, tidak ada menghalangi Musa untuk mandi bersama kita kecuali kerana dia adalah seorang lelaki yang kemaluannya kena hernia. Lalu pada suatu ketika bahawa Musa pergi mandi dan meletakkan pakaiannya pada sebuah batu, lalu batu tersebut lari dengan membawa pakaiannya. Maka Musa lari mengejar batu tersebut sambil berkata: “Wahai batu, kembalikan pakaianku!”, sehingga ramai Bani Israil melihat Musa. Mereka lalu berkata: “Demi Allah, pada diri Musa tidak ada yang ganjil”. Musa kemudian mengambil pakaiannya dan memukul batu tersebut dengan satu pukulan” (al-Bukhari, hadis no: 278 | muslim, hadis no: 339)

 

Kedua, hadis bahawa Nabi Ayub mandi telanjang. Daripada Abu Hurairah bahawa nabi saw berkata:

 

بَيْنَا أَيُّوبُ يَغْتَسِلُ عُرْيَانًا، فَخَرَّ عَلَيْهِ جَرَادٌ مِنْ ذَهَبٍ، فَجَعَلَ أَيُّوبُ يَحْتَثِي فِي ثَوْبِهِ، فَنَادَاهُ رَبُّهُ: يَا أَيُّوبُ، أَلَمْ أَكُنْ أَغْنَيْتُكَ عَمَّا تَرَى؟ قَالَ: بَلَى وَعِزَّتِكَ، وَلَكِنْ لاَ غِنَى بِي عَنْ بَرَكَتِكَ

“Tatkala Ayyub mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba muncul belalang dari emas. Lalu Ayyub mengumpulkan dan memasukkannya ke dalam baju. Maka Tuhannya memanggilnya: 'Wahai Ayyub, bukankah aku sudah memberimu kecukupan sebagaimana kau lihat?” Ayyub menjawab, “Benar, dan demi segala kemuliaan-Mu. Tetapi aku tidak pernah merasa puas dari limpahan barakah-Mu” (al-Bukhari, hadis no: 279)

 

Dengan dalil-dalil ini, dalam kitab Nail al-Awtar, al-Imam al-Syaukani berkata:


قَالَ الْحَافِظُ: وَهَذَا إنَّمَا يَأْتِي عَلَى رَأْي مَنْ يَقُولُ: شَرْعُ مَنْ قَبْلَنَا شَرْعٌ لَنَا، وَاَلَّذِي يَظْهَرُ أَنَّ وَجْهَ الدَّلَالَة مِنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَصَّ الْقِصَّتَيْنِ وَلَمْ يَتَعَقَّبْ شَيْئًا مِنْهُمَا فَدَلَّ عَلَى مُوَافَقَتِهِمَا لِشَرْعِنَا، وَإِلَّا فَلَوْ كَانَ فِيهِمَا شَيْءٌ غَيْرَ مُوَافِقٍ لَبَيَّنَهُ

“berkata al-Hafiz: ini adalah pendapat mereka yang menggunakan alasan bahawa syariat nabi dahulu juga adalah syariat kita. Yang jelas dari pendalilan di sini adalah bahawa Nabi saw mengisahkan dua kisah tanpa baginda memberikan sebarang komentar terhadap dua kisah ini. Ini membuktikan bahawa hukum dalam kejadian dua nabi itu adalah sama dengan hukum bagi syariat kita. Jika ia bukan syariat kita, sudah pasti ia sudah dijelaskan oleh nabi”.


Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment

BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA?

  BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA? Sebelum ini admin sudah dedahkan bagaimana Jabatan Mufti Negeri Sembilan se...