Sunday, March 6, 2022

AURAT MUSLIMAT DI HADAPAN PEREMPUAN NON MUSLIM

 AURAT MUSLIMAT DI HADAPAN PEREMPUAN NON MUSLIM

 

Berlaku kekhilafan dalam pandangan ulama berkenaan hukum aurat muslimat di hadapan perempuan non Muslim.

 

PENDAPAT PERTAMA: AURAT MUSLIMAT WAJIB TUTUP AURAT DI HADAPAN PEREMPUAN NON MUSLIM SAMA SEPERTI DIHADAPAN LELAKI.

 

Ini adalah pendapat Mazhab Syafie, sepertimana yang telah disebut oleh al-Imam al-Nawawi, Zakaria al-Ansari, Ulama dalam Mazhab Hanafi dan Maliki.

 

Hujah mereka adalah melihat kepada firman Allah:

 

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ (31) – النور

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka” (Surah al-Nur, ayat 31)

 

Dalam kupasan mereka, ayat ini menjelaskan berkenaan perempuan yang boleh menampilkan beberapa anggota badannya, seperti kepada suami mereka, kepada bapa mereka, kepada atuk mereka, kepada anak mereka, kepada anak tiri mereka, kepada adik beradik mereka, kepada anak saudara mereka di sebelah adik beradik lelaki dan perempuan.

 

Lalu, dalam ayat ini menyebut نسائهن yang dhomir هن itu kembali kepada المؤمنات. Apabila mereka tafsirkan begitu, maka mereka keizinan itu hanya sesame mukminat sahaja. Adapun terhadap perempuan non Muslim, ia sama sepertimana kaum lelaki.

 

Ini ditambah lagi dengan kisah Saidina Umar pernah melarang perempuan kitabiyat masuk tandas muslimat.

 

PENDAPAT KEDUA: AURAT MUSLIMAT DIHADAPAN PEREMPUAN NON MUSLIM ADALAH SAMA SEPERTI SESAMA MUKMINAT JUGA

 

Ini adalah pendapat Ben Baz. Dalam kupasan beliau adalah seperti berikut;

 

Satu: perbahasan dhomir dan ayat adalah merujuk kepada jenis wanita, bukan agama mereka.

 

Dua: Kalau seseorang perempuan yang asalnya tidak muslim, kemudian memeluk islam, sudah pasti auratnya sama dengan adik beradiknya yang tidak islam juga.

 

Tiga: Ditakwilkan bahawa kisah Saidina Umar itu dalam konteks berhati-hati dengan kafir Harbi yang sentiasa mencari ruang untuk memburukkan Islam.

No comments:

Post a Comment

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

  IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI   وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:   إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...