Sunday, February 27, 2022

HUKUM QADHA' HAJAT MENGADAP BAITUL MAQDIS

HUKUM QADHA' HAJAT MENGADAP BAITUL MAQDIS


 Berlaku kekhilafan dalam kalangan ulama berkenaan dengan hukum qadha’ hajat dalam keadaan mengadap Baitul Maqdis.

 

Kekhilafan itu adalah seperti berikut;

 

PERTAMA: SAMA DENGAN HUKUM BAITULLAH AL-HARAM JUGA.

 

Al-‘Azim Abadi menyatakan bahawa hukum haram mengadap arah Baitul Maqdis sama sepertimana hukum mengadap arah Baitullah al-Haram.

 

Selain hadis ini, hujah lain yang dikemukakan adalah bahawa Baitul Maqdis adalah pernah menjadi kiblat bagi umat Islam pada suatu masa dahulu. Justeru, ia wajib diberikan penghormatan sama seperti Baitullah al-haram.

 

KEDUA: HUKUM MAKRUH

 

Dalam pandangan Mazhab Syafie sepertimana dalam kupasan al-Imam al-Nawawi, fatwa haram qadha’ hajat adalah jika mengadap BAITULLAH AL-HARAM.

 

Namun, jika mengadap BAITUL MAQADIS, hukumnya adalah MAKRUH, bukan haram.

 

Hujah mazhab Syafie ini adalah seperti berikut:

 

[a] larangan terhadap Baitullah adalah jelas. Namun, larangan berkaitan dengan Baitul Maqdis tidak jelas.

 

Tidak jelas itu kerana hadis ke-9: iaitu Nabi saw menyuruh agar ke timur atau ke barat, jika didapati hendak qadha’ hajat itu sedang mengadap ke arah BAITULLAH AL-HARAM.

 

Dalam erti kata lain, suruhan hadis terbabit khusus untuk penduduk Madinah sahaja, kerana apabila mereka mengadap arah Baitullah, sudah pasti mereka membelakangkan Baitul maqdis. Oleh yang demikian, jika berada ditempat selain Madinah, tidak timbul suruhan agar berpaling ke timur atau ke barat ketika Qadha’ Hajat.

 

[b] hadis yang menjadi dasar larangan mengadap kepada Baitul Maqdis adalah adalah hadis bab ini yang sudah dijelaskan bahawa statusnya adalah Doif atau mungkar.

 

Justeru, disimpulkan hukum mengadap arah Baitul Maqdis semasa Qadha’ Hajat adalah MAKRUH sahaja, bukan haram  dengan alasan-alasan berikut;

 

[a] hukum asal adalah larangan mengadap arah Baitullah al-haram, sedangkan hukum mengadap Baitul Maqdis adalah hukum tab’iyyah تبعية sahaja, iaitu hukum ikutan.

 

[b] walaupun ia bukan hukum asal, tetapi memandangkan Baitul Maqdis pernah menjadi kiblat umat islam, maka perlu juga diberikan penghormatan.

 

Fatwa Makruh mengadap arah Baitul Maqdis semasa Qadha’ Hajat ini tidak kira dalam bangunan ataupun di padang lapang.

 

No comments:

Post a Comment

BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA?

  BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA? Sebelum ini admin sudah dedahkan bagaimana Jabatan Mufti Negeri Sembilan se...