AZAN DI TELINGA BUDAK BARU LAHIR
Tidak berlaku pertikaian berkenaan azan di telinga
kanak-kanak baru dilahirkan. Hal ini kerana, hadis berkenaan itu adalah sahih.
Dalam hadis—daripada Abu Rafi’ berkata:
رَأَيْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ
بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ»
“Aku lihat Rasulullah saw melaungkan azan dengan azan solat pada
telinga al-Hasan bin Ali ketika Fatimah melahirkannya” (Abu Daud, hadis no:
5105)
Namun, berlaku perbincangan dalam kalangan ulama
berkenaan iqamat di telinga kiri kanak-kanak yang baru dilahirkan. Hal ini
disebabkan oleh hadis tersebut dinilai doif.
Daripada Ibn Abbas berkata:
أن النبي
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أذَّن في أُذن الحسن بن علي يوم وُلِدَ، فأذَن في
أُذنه اليمنى وأقام في أُذنه اليسرى
“Nabi saw melaungkan
azan pada telinga al-Hasan bin ‘Ali dan iqamat pada telinga kirinya”
(al-Baihaqi, Syu’ab al-Iman, hadis no: 8255)
Imam al-Baihaqi semasa
meriwayatkan hadis ini, beliau sendiri menyebut bahawa sanad hadis ini doif.
Syuaib al-Arnaut dalam
tahqiq Musnad Ahmad menyatakan bahawa dalam
sanad hadis ini ada perawi bernama AL-HASAN BIN UMAR BIN SAIF AL-SADUSI yang
matruk (ditinggalkan atau tidak boleh diguna pakai riwayatnya).
Walaubagaimana pun, Ibn Quddamah menyatakan bahawa
amalan iqamat di telinga kiri bagi kanak-kanak yang baru dilahirkan itu
dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz. Riwayat itu turut ada dalam Musannaf Ibn
Abi Syaibah (hadis no: 7985)
Dari sini, dapat
disimpulkan seperti berikut:
a.
Amalan yang sahih adalah
hanya azan sahaja pada telinga bayi yang baru dilahirkan.
b.
Amalan iqamat di telinga
kiri bayi, ia tidak sunnah, tetapi tidak salah untuk diamalkan.
TIDAK AZAN, BAYI
DIGANGGU SYAITAN
Ada dakwaan mengatakan
bahawa azan dan iqamat di telinga bayi bertujuan untuk hindari dari syaitan
yang bernama Ummu Sibyan.
Perbahasannya adalah
seperti berikut:
Pertama, sandaran
kepercayaan ini adalah dari hadis berikut;
عَنِ
الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: "مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى،
وَأَقَامَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى رُفِعَتْ عَنْهُ أُمُّ الصَّبِيَّاتِ"
Daripada
al-Husain bin ‘Ali bahawa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang dilahirkan
baginya anak, lalu dia azankan pada telinganya kanan dan iqamat pada telinganya
yang kiri, dia diselamat darinya syaitaan Ummu Sibyah” (al-baihaqi, Syu’ab
al-Iman, hadis no: 8254)
Hadis
ini dianggap palsu. Menurut Syuaib Arnaut dalam Tahqiq musnad Ahmad, hadis ini
ada masalah berikut:
a.
Ada
dua orang perawi yang tertohmah sebagai pemalsu hadis, iaitu Yahya bin al-‘Ala
dan Marwan bin Salim
b.
Ada
perawi doif bernama Jubarah bin Mughallis.
Kedua, Ummu Sibyan bukan
konsep yang datang dari agama, tetapi kepercayaan arab Yaman kuno.
Ketiga, ada dakwa bahawa Ummu Sibyan adalah
adalah Qarin.
Dijawab
bahawa Qarin dalam hadis itu kepada semua, bukan budak kecil sahaja.
Dalam
hadis—daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Nabi saw bersabda:
«مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ، إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ
مِنَ الْجِنِّ» قَالُوا: وَإِيَّاكَ؟ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ: «وَإِيَّايَ،
إِلَّا أَنَّ اللهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ، فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا
بِخَيْرٍ»
“tidaklah seseorang dari kalangan kamu kecuali dia
telah diwakili qarinnya dari kalangan jin. Sahabat bertanya: apakah terhadap
kamu juga punyai qarin? Jawab nabi: terhadap aku juga. Cuma, Allah telah
membantu aku yang qarin itu memeluk islam. Dia tidak menyuruh aku kecuali
kebaikan sahaja” (muslim, hadis no: 2814)
No comments:
Post a Comment