TADLIS:
Sembunyikan
aib yang ada pada sanad untuk nampakkan sanad itu elok.
Tadlis ada
tiga jenis berikut;
[a] TADLIS
ISNAD: Murid mungkin jumpa dengan guru atau satu zaman, tetapi dia tidak dengar
pun hadis itu dari guru tersebut secara langsung. Dia dengar hadis itu dari
murid kepada guru terbabit, tetapi murid tersebut dia sembunyikan.
[b] TADLIS
AL-SYUYUKH: Murid berjumpa dan mendengar hadis dari guru tersebut, tetapi guru
itu doif/tidak diterima.
Makanya,
dia tidak sebut nama guru itu secara jelas, tetapi dia sebut sifat, atau
gelaran dll—tujuannya untuk nak kelirukan pendengar.
[c] TADLIS
TASWIYYAH: seorang perawi
meriwayatkan hadis dengan menyebut bahawa dia ambil dari seorang perawi siqah,
walhal sebenarnya dia tidak ambil dari perawi terbabit. Tetapi, dia ambil dari
murid kepada perawi terbabit. Dia tidak sebut nama murid itu kerana didapati
murid terbabit adalah doif.
No comments:
Post a Comment