FUQAHA’ AL-SAB’AH
Ahli Fiqh tujuh orang ini dikenali juga sebagai Fuqaha’
al-Madinah, iaitu tujuh orang ulama dari kalangan Tabiin yang terkenal dengan
fatwa di Madinah.
Digelar sebagai Fuqaha’ al-Sab’ah kerana mereka
menjadi rujukan Umar bin Abdul Aziz dalam sebarang urusan fiqh semasa beliau
menjadi gabenor di Madinah.
Mereka adalah:
[1] Said’ bin Musayyib
[2] Urwah bin al-Zubair
[3] al-Qasim bin Muhammad.
[4] Kharijah bin Zaid
[5] Abu Bakar bin Abdul Rahman bin haris bin Hisyam
[6] Sulaiman bin Yasar
[7] Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin mas’ud.
Dalam kitab ‘Alam al-Muwaqiin, ibn al-Qayyim
menyatakan:
وكان المفتون بالمدينة من التابعين: ابن المسيب،
وعروة بن الزبير، والقاسم بن محمد، وخارجة بن زيد، وأبا بكر بن عبد الرحمن بن حارث
بن هشام، وسليمان بن يسار، وعبيد الله بن عبد الله بن عتبة بن مسعود، وهؤلاء هم
الفقهاء السبعة
No comments:
Post a Comment