Sunday, February 27, 2022

HUKUM BUAT TANDAS DALAM RUMAH

 HUKUM BUAT TANDAS DALAM RUMAH

 

Tidak salah membuat tandas dalam rumah. Hal ini melihat kepada hadis Ibn Umar bahawa dia Nabi saw sedang Qadha’ Hajat itu ketika nabi di rumah Hafsah.

 

 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ: لَقَدْ ارْتَقَيْتُ عَلَى ظَهْرِ الْبَيْتِ، «فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى لَبِنَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لِحَاجَتِهِ»

Daripada Abdullah bin Umar: “Sesungguhnya aku pernah panjat bumbung rumah.  Aku pun nampak Rasulullah saw di atas dua batu bata menghadap Baitulmaqdis sedang qadha’ hajat” (Abu Daud, hadis no: 12)

 

Andai ada mengatakan tidak boleh, mereka melihat kepada hadis bahawa syaitan berhimpun di tempat najis. Hal ini merujuk kepada hadis berikut:

 

عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ، فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمُ الْخَلَاءَ فَلْيَقُلْ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Daripada Zaid bin Arqam, daripada Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya ini adalah tempat yang kerumun (oleh syaitan). Apabila seseorang kamu masuk ke tempat qadha’ hajat, maka hendaklah dia membaca doa: Aku minta berlindung dengan Allah dari Syaitan jantan dan syaitan betina” (Abu Daud, hadis no: 6)

 

Apabila diteliti dari sudut manat hadis ini, syaitan suka berkerumun bukan bukan kerana ia semata-mata tandas, tetapi kerumun kerana tempat itu ada najis. Dalam erti kata lain, syaitan suka di tempat ada najis yang masih belum dibersihkan.

 

Dalam hadis ada disebut bahawa seorang Muslimat pada zaman Nabi bernama Hamnah binti Jahsy bahawa dia bertanya kepada nabi saw berkenaan darahnya yang selalu keluar. Nabi saw berkata:

إِنَّمَا هِيَ رَكْضَةٌ مِنَ الشَّيْطَانِ

“Darah itu adalah adalah tekanan dari syaitan” (Tarmizi, hadis no: 128)

 

Dalam komentar al-Sun’ani dalam kitab “Subul al-Salam”:

معناه أن الشيطان قد وجد سبيلا إلى التلبيس عليها في أمر دينها وطهرها وصلاتها حتى أنساها عادتها

“maknanya, syaitan mendapati jalan untuk menganggu pada urusan agamanya, kebersihan dan solatnya hingga dia boleh lupa dari hal kebiasaanya”

 

Ia memberi maksud bahawa maksud dengan syaitan suka berhimpun dan berkerumun itu, apabila tempat itu dibiarkan najis tanpa dibuang atau dibersihkan.

 

Justeru, apabila dibandingkan dengan tandas yang ada pada hari ini, ia tidak boleh disamakan dengan kandungan hadis bahawa syaitan yang berkerumun dan berhimpun. Hal ini kerana, konsep tandas pada hari ini tidak sama dengan dahulu; apabila selesai qadha’ hajat, dipam dan flush sehingga najis masuk dalam lubang tandas. Dalam erti kata lain, dilarang itu kerana factor kotoran. Konteks tandas kita yang sentiasa bersih, tidak termasuk dalam larangan hadis.

 

No comments:

Post a Comment

BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA?

  BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA? Sebelum ini admin sudah dedahkan bagaimana Jabatan Mufti Negeri Sembilan se...