Friday, March 24, 2023

HADIS KEFAKIRAN MEMBAWA KEKUFURAN ADALAH DOIF

HADIS KEFAKIRAN MEMBAWA KEKUFURAN ADALAH DOIF

Hadis :

كاد الفقر أن يكون كفرا
"Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran"

Hadis ini ada perawi bernama Yazid al-Raqashi yang dinilai doif oleh ulama hadis.

Dengan sebab itu, Al-Iraqi dan Al-Sakhawi menyatakan bahawa hadis ini lemah.

Dari sudut makna:

1. Kekufuran tidak semestinya berlaku disebabkan kefakiran. Dalam Al-Quran dinyatakan kekufuran berlaku kepada Qarun disebabkan kekayaan.

2. Namun begitu, terdapat ayat Al-Quran yang menjelaskan berkenaan orang zaman Jahiliyyah yang membunuh anak kerana takut kefakiran, iaitu tidak yakin dengan rezeki untuk membesarkan anak. 

Dari sudut itu boleh sahaja ditafsirkan kekufuran dalam hadis dengan maksud:

A. Tidak yakin dengan pemberian rezeki dari Allah.

B. Melakukan dosa membunuh anak. Hal ini kerana, antara maksud kekufuran adalah kufur nikmat, iaitu melakukan dosa besar.

3. Walaubagaimanapun, kekufuran dan kefakiran antara perkara yang nabi minta berlindung dengan Allah. Dalam hadis - daripada Abu Bakrah bahawa Nabi Muhammad ada berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ
"Wahai Allah, sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau dari kekufuran, kefakiran Dan azab kubur" 

(diriwayatkan oleh imam al-Nasa'i dengan sanad yang Hasan, dan Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah menilai hadis ini sebagai Saheh)

Wallahu 'Alam

***

Jemput ke telegram untuk dapatkan perkongsian saya buku-buku PDF dalam bahasa melayu dan arab.

 https://t.me/MaulanaMaqasid

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

  IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI   وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:   إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...