IMAM MAHDI
Dalam satu video, al-Qaradawi ada berbicara berkenaan dengan kedatangan imam Mahdi.
Di akhir kesimpulan, al-Qaradawi berkata: aku tidak percaya dengan kedatangan imam Mahdi secara hakikatnya, kerana aku tidak dapati hadis-hadis yang dapat memberi aku berpuas hati (terhadap konsep kedatangan Mahdi). Boleh dengar dalam Video seperti dibawah;
Walaubagaimanapun, secara dasar bahawa dalam kalangan ulama, konsep kedatangan Imam Mahdi ini adalah seperti berikut;
PERTAMA: PASTI AKAN HADIR
Ini adalah pendapat majoriti ulama ahli al-Sunnah wa al-Jamaah, serta ijmak dalam kalangan ulama syiah.
Kata Ibn Taimiyyah:
إن الأحاديث التي يُحتج بها على خروج المهدي أحاديث صحيحة، رواها أبو داود، والترمذي، وأحمد، وغيرهم، من حديث ابن مسعود وغيره – منهاج السنة, 8\254
“Sesungguhnya hadis-hadis yang dibuat hujah bahawa keluar imam Mahdi adalah hadis-hadis yang sahih—meriwayatkan semua hadis itu adalah Abu Daud, al-Tarmizi, Ahmad dan sebagainya; ia hadis Ibn Mas’ud dan seumpamanya.
Kata Ibn al-Qayyim:
وهذه الأحاديث وإن كان في إسنادها بعض الضعف والغرابة، فهي مما يقوي بعضها بعضاً، وتُشد بعضها ببعض – المنار المنيف, 152
Hadis-hadis ini, walaupun pada sanadnya setengah doif dan Gharib, namun setengahnya menguatkan terhadap setengah yang lain; saling mengukuhkan setengah terhadap setengah yang lain.
DALIL
SATU: DARIPADA ABDULLAH:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ العَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي» - الترمذي, 2230
Rasulullah saw bersabda: Dunia tidak akan pergi kecuali seseorang lelaki dari kalangan ahli bait aku akan memiliki arab; namanya sama dengan namaku”
KOMENTAR:
ALBANI kata, hadis ini HASAN SAHIH. ARNAUT kata, sanadnya hasan sahaja.
Ini bermakna, hadis ini tidak sampai darjat sahih. Apabila diteliti, didapati hadis ini ada perawi bernama ‘ASIM BIN ABI AL-NUJUD atau nama sebenarnya ‘ASIM BIN BAHDALAH.
ABU JA’FAR kata, hafalannya buruk. AL-NASAIE kata, dia tidak mengapa. Pada ketika yang lain pula kata, dia tidak hafiz. ISMAIL BIN ULAYYAH kata, hafalannya buruk seakan-akan setiap mereka yang namanya ‘ASIM pasti buruk hafalannya. AL-DARAQUTNI kata, hafalannya ada sesuatu yang tidak kena. ZUHAIR BIN HARB kata, dia seorang Muhdtarib. ABDUL RAHMAN BIN YUSUF BIN KHARRASH kata, pada hadisnya ada kemungkaran. AL-WAQIDI kata, dia siqah tetapi banyak silap pada hadisnya. YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN kata, aku tidak dapati orang bernama ‘ASIM kecuali aku akan dapati hafalannya buruk. YAHYA BIN MAIN kata, dia siqah dan tidak mengapa. Pada riwayat lain pula kata, dia tidak kuat. YA’QUB BIN SUFYAN AL-FASWI kata, pada hadisnya ada idhtirab, namun dia siqah.
DUA: DARIPADA ABU SA’ID AL-KHUDRI:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْمَهْدِيُّ مِنِّي، أَجْلَى الْجَبْهَةِ، أَقْنَى الْأَنْفِ، يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا، كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا، يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ» - ابو داود, 4285
Rasulullah saw bersabda: Al-Mahdi dari kalanganku, dahinya luas dan hindungnya mancung. Dia memenuhkan dunia dengan keadilan sepertimana bumi ini dipenuhi dengan kezaliman. Dia berada di bumi selama 7 tahun”
KOMENTAR:
ALBANI kata, hadisnya sekadar hasan sahaja.
Apabila diteliti dari sudut sanad, didapati adalah seperti berikut;
a. ada perawi bernama IMRAN AL-QATTAN, iaitu ABU AL-‘AWWAM IMRAN BIN DAWAR AL-QATTAN AL-BASRI. AL-MUNZIR kata, dia dianggap siqah oleh AFFAN BIN MUSLIM, bahkan dipuji oleh YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN. Namun, dianggap DOIF oleh YAHYA BIN MAIN dan AL-NASAIE. (Aun al-Ma’bud).
b. Ada perawi bernama SAHL BIN TAMAM BIN BUZAI’. Ubbad kata, dia seorang soduq yang buat silap. (Ubbad, Syarah Sunan Abi Daud)
c. ABU NADHRAH, iaitu AL-MUNZIR BIN MALIK BIN QAT’AH. Dia siqah dan merupakan rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namun pelik sedikit, apabila imam al-Bukhari hanya riwayatkan dia secara ta’liq sahaja. (Ubbad, Syarah Sunan Abi Daud)
TIGA: DARIPADA UMMU SALAMAH:
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي، مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ» - ابو داود, 4284
Rasulullah saw bersabda: al-Mahdi dari ahli keluargaku, dari anak Fatimah”
KOMENTAR:
walaupun dianggap sahih ALBANI, tetapi ada perawi:
a. ABU AL-MALIH AL-HASAN BIN UMAR, walaupun ia adalah rijal Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah, tetapi ia tidak dikeluarkan oleh AL-BUKHARI dalam sahihnya—sekadar dalam al-Adab al-Mufrad sahaja.
b. ZIYAD BIN BAYAN, walaupun rijal Abu Daud dan al-Nasaie, tetapi dia sekadar SODUQ sahaja
c. ALI BIN NUFAIL dia dikeluarkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah, tetapi dia tahap pertengahan sahaja, iaitu sekadar tidak mengapa dan soduq sahaja (Ubbad, Syarah Sunan Abi Daud)
EMPAT: DARIPADA ALI;
عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ، يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ» - ابن ماجة, 4085
Rasulullah saw bersabda: al-Mahdi dari kalanganku—ahli bait; Allah membaikkannya pada waktu malam”
KOMENTAR:
Dalam sanad hadis ini ada perawi bernama IBRAHIM BIN MUHAMMAD BIN AL-HANAFIYYAH, yang Muhammad Fu’ad Abdul Baqi kata, dalam Zawaid al-Bukhari menyebut bahawa dia ini perlu diteliti lagi. Bahkan ARNAUT menyatatakan hadis ini doif disebabkan IBRAHIM tidak disiqahkan oleh sekian ramai ulama kecuali AL-IJLI dan IBN HIBBAN yang terkenal dengan TASAHUL sahaja.
PENDAPAT KEDUA: TIDAK SEMESTINYA HADIR
Ini pendapat sebilangan ulama ahli al-Sunnah wa al-Jamaah, antaranya adalah al-Qaradawi, Rashid Redha dan Ibn Khaldun.
Ibn Khaldun kata:
هذه جملة الأحاديث الّتي خرّجها الأئمّة في شأن المهديّ وخروجه آخر الزّمان، وهي كما رأيت لم يخلص منها من النّقد إلّا القليل والأقلّ منه – مقدمة, 401
Sejumlah hadis-hadis yang telah para imam keluarkan yang berkaitan dengan al-Mahdi dan keluarnya dia pada akhir zaman; ia sepertimana yang kamu nampak tidak sunyi dari sebarang kritikkan kecuali sedikit, bahkan amat sedikit dari itu"
Rashid Redha berkata:
وأما التعارض في أحاديث المهدي فهو أقوى وأظهر، والجمع بين الروايات فيه أعسر، والمنكرون لها أكثر، والشبهة فيها أظهر، ولذلك لم يعتد الشيخان بشيء من رواياتها في صحيحيهما – تفسير المنار, 9\416
Adapun pertembungan antara hadis-hadis berkenaan al-Mahdi, ia amat kuat dan amat jelas. amat susah untuk dihimpunkan semua riwayat. Mereka yang ingkarinya amat banyak. Kesamarannya amat nyata. Dengan sebab itu, bukhari dan muslim tidak mengambil riwayatnya dalam kitab sahih mereka”.
DALIL:
a. Konsep al-Mahdi bukan perkara agama yang pasti. Dalam perkataan lain, ia terbuka kepada zanni al-Subut dan al-Dilalah, bukan qatie al-subut dan al-dilalah. Makanya, ia terbuka kepada pentafsiran. Justeru, tidak salah untuk diimani dan tidak salah juga untuk tidak diimani. al-Qaradawi menyatakan bahawa ia bukan perkara dalam agama secara pasti.
b. Hadis-hadis yang berkaitan dengan Imam Mahdi terbuka kepada kritikan sanad.
Wallahu 'Alam.
No comments:
Post a Comment