Wednesday, July 6, 2022

SURAH AL-BAQARAH 177

SURAH AL-BAQARAH, AYAT 177

 

لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ (177)

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 176

AYAT 177

 

Ahli kitab berpecah kerana mereka mengabaikan kandungan kitab yang telah Allah turunkan kepada mereka.

 

 

Antara sebab mereka berpecah juga, apabila mereka tidak dapat hayati hakikat ajaran agama.

 

[1] Imam al-Qurtubi menukilkan beberapa komentar ulama berkaitan sebab turun ayat ini;

 

A.                                   Menurut Qatadah, ayat ini asalnya diturunkan berkait dengan seseorang lelaki telah mengkaji Nabi Muhammad berkenaan dengan al-Bir. Selalu turun ayat ini.

 

B.                                   Seorang lelaki telah mengucap syahadat, namun dia telah mati sebelum dia menunaikan kefarduan agama; apakah dia masuk ke syurga atau tidak? Ekoran soalan itu menyebabkan Allah turunkan ayat ini.

 

C.                                   Berkata al-Rabi' dan Qatadah, ayat ini ditujukan kepada orang Yahudi dan nasrani. Hal ini kerana mereka berbeza dalam hal kiblat.  Bagi orang Yahudi, kiblat mereka ke arah barat sedangkan nasrani ke arah Timur. Lalu apabila Allah menurunkan ayat 142 Surah al-Baqarah, yang menyebut berkenaan dengan pemalingan kiblat dari Baitul Maqdis kea rah Baitullah al-Haram, mereka mempersoalkan hal itu. Mereka menyatakan kelebihan yang ada pada kiblat masing-masing. Dengan itu, Allah turunkan ayat ini.

 

Komentar (C) ini juga dikemukakan oleh Ibnu Asyur dalam kitab tafsir beliau.

 

[2] Ibnu kathir membawakan satu riwayat bahawa Abu Zar al-Ghiffari ada bertanya kepada nabi berkenaan iman. Baginda terus membacakan ayat ini. Dia bertanya lagi, Baginda tetap menjawab dengan soalan yang sama. Dia bertanya lagi untuk kali ketiga, Baginda terus berkata;

 

إذا عملت حسنة أحبها قلبك ، وإذا عملت سيئة أبغضها قلبك

“Apabila kamu beramal sesuatu kebaikan yang hati kamu suka, Dan apabila kamu beramal kejahatan yang hati kamu benci”

 

Walaubagaimanapun hadis ini terputus Sanad (منقطع) kerana yang mengambil hadis ini dari Abu Zar adalah mujahid, sedangkan mujahid tidak pernah berjumpa dengan Abu Zar.

 

[3] Ayat ini perlu digandingkan dengan ayat 142 sebelum ini:

سَیَقُولُ ٱلسُّفَهَاۤءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمۡ عَن قِبۡلَتِهِمُ ٱلَّتِی كَانُوا۟ عَلَیۡهَاۚ قُل لِّلَّهِ ٱلۡمَشۡرِقُ وَٱلۡمَغۡرِبُۚ یَهۡدِی مَن یَشَاۤءُ إِلَىٰ صِرَ ٰطࣲ مُّسۡتَقِیمࣲ

 

Bermakna dari sudut konteks ayat, ia berkaitan dengan orang ahlul kitab yang tidak mahu menghadap ke arah Baitullah al-Haram semasa menunaikan solat. Sebaliknya, yahudi tetap bertegas dengan mengadap arah barat dan Nasrani bertegas mengadap ke arah timur.

 

Ketegasan itu, dijawab oleh Allah dalam ayat ini bahawa bukan isu kiblat itu adalah mengadap timur atau barat, bahkan ke arah Baitullah al-Haram. Yang paling utama adalah keimanan mengikut cara yang sebenar.

 

[4] keimanan yang sebenar adalah sepertimana aturan Allah, iaitu beriman kepada lima perkara:

1.      Beriman dengan Allah.

2.      Beriman dengan Hari kiamat

3.      Beriman dengan malaikat.

4.      Beriman dengan kitab

5.      Beriman dengan para Nabi.

 

[5] Beriman adalah amalan hati. Apabila sudah ada iman dalam hati, sudah pasti akan ada komitment dari sudut amalan perbuatan. Dalam ayat ini, Allah nyatakan implikasi keimanan itu pasti akan lima ketaatan berikut;

 

1.                  Memberi sedekah kepada orang yang memerlukan, iaitu mereka terdiri dari kalangan;

a.      Kaum kerabat

b.      Anak-anak yatim.

c.       Orang miskin.

d.      Ibn Sabil.

e.      Orang yang meminta ketika terlalu memerlukan bantuan.

f.        Hamba yang perlu dimerdekakan.

2.                  Mendirikan solat.

3.                  Memberi zakat.

4.                  Tunaikan janji apabila berjanji.

5.                  Sabar ketika ditimpa kefakiran, penyakit dan perang.

 

[6] tuhan menjelaskan, orang yang boleh tunaikan 10 perkara di atas adalah kalangan yang benar dalam melakukan AL-BIR. Hakikatnya, merekalah orang yang bertaqwa.

 

لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

 

[1] Perkataan البر menurut Ar-Razi bermaksud himpunan segala ketaatan. Dengan sebab itu kita akan berjumpa perkataan بر الوالدين yang mana perkataan tersebut mengandungi maksud melakukan sebarang perkara yang baik untuk ibu bapa; perkataan ini juga didapati mengandungi maksud kebaikan yang lawan bagi الفجار. Firman Allah;

إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ (13) وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ (14) - الأنفطار

 

Juga digunakan dalam pemaknaan yang lawan bagi makna dosa. Firman Allah;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (2) - المائدة

 

TAHIR IBN ASYUR pula mendefinisikan البر adalah keluasan sifat Ihsan dan bersangatan mencapai keredhaan dan kebaikan yang sempurna.

 

IBNU KATSIR menukilkan perkataan MUJAHID yang berkata bahawa al-Bir adalah kebaikan yang berakar di dalam hati sehingga melahirkan ketaatan kepada Allah.

 

Beliau turut dinukilkan perkataan AL-DHAHHAQ yang menyatakan bahawa al-Bir dan Taqwa adalah menunaikan kefarduan dengan mengikut syarat dan rukunnya.

 

[2] Ayat ini menjadi dalil bahawa arah kiblat yang kita mengadap, bukan di situ Tuhan bersemayam. Dengan sebab itu, dalam ayat ini mengatakan, bukan satu kebajikan menghadap ke timur dan barat.

 

Namun begitu, menghadap arah kiblat dituntut kerana ia adalah perintah dari Allah. Ia ditunaikan ekoran keimanan kepada Allah yang ada di dalam hati.

 

Apabila sudah ada keimanan di dalam hati, apa saja yang diperintahkan oleh Allah pasti akan ditunaikan. Kalau Tuhan menyuruh kita menghadap ke arah Timur, pasti kita akan tunaikan. Demikian juga jika tuhan menyuruh kita menghadap ke arah barat. Apatah lagi, kita diperintah menghadap ke arah Baitullah al-Haram.

 

Dengan sebab itu, kalau kita menghadap ke arah Baitullah al-haram, namun keimanan tidak berada di dalam hati, tindakan itu dianggap sebagai sia-sia; tidak mendapat sebarang balasan pahala.

 

وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ

 

[1] Tahir Ibn Asyur menyatakan mengadap ke arah timur atau barat serta arah Baitullah al-haram dia adalah HUKUM WASAIL, yang sudah pasti yang lebih penting daripada WASAIL adalah MAQASID.

 

Dengan sebab itu tuhan menganggap, perkara yang paling penting adalah bukan mengadap ke timur dan barat kerana ia sekadar wasail sahaja.

 

[2] Ayat ini menjadi dalil bahawa ketaatan perlu diikat dengan faktor keimanan. Mungkin kita boleh menunaikan solat serta dalam keadaan mengadap arah kiblat, tetapi solat kita dianggap sebagai tidak ada nilai disisi Allah, jika kita tunaikan itu dalam keadaan kita belum lagi beriman secara benar.

 

[3] Dalam ayat ini membuktikan bahawa cara beriman itu hendaklah dalam bentuk yang benar. Dengan sebab itu, ayat ini tidak membataskan keimanan itu hanya kepada Allah sahaja. Bahkan turut disertakan dengan beriman dengan hari akhirat, malaikat, kitab dan para Nabi.

 

Dari ayat ini dapat difahami, jika Iman itu tidak berasaskan kepada cara yang betul dan benar, maka keimanan itu dianggap sebagai tidak sah.

 

[4] Tuhan menyebut beriman dengan Allah, hari akhirat, malaikat, kitab dan para Nabi; semua ini adalah perkara yang telah diimani oleh orang Yahudi dan nasrani. Hal ini bersesuaian dengan konteks ayat, yang asalnya diturunkan adalah untuk menyebut berkenaan dengan sikap mereka dalam beragama. Iaitu apabila mereka mendakwa bahawa ajaran mereka yang sebenar mengikut ajaran Nabi Ibrahim.

 

[5] Lima perkara keimnanan yang dinyatakan dalam ayat ini adalah seperti berikut;

 

PERTAMA: BERIMAN KEPADA ALLAH

 

Dari sudut beriman dengan Allah, perbezaan antara islam dan ahli kitab adalah mereka mendakwa bahawa Allah mempunyai anak (Yahudi mengatakan uzair anak Allah, nasrani mengatakan Isa anak Allah), yang hakikat kepercayaan sebegini bukan diajar oleh Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mengajar konsep Allah itu sama sepertimana diajar oleh Nabi Muhammad.

 

KEDUA: BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

 

Dari sudut beriman dengan hari akhirat, mereka mengatakan bahawa kalangan yang masuk dalam syurga hanya mereka sahaja. Hal ini disebut oleh Allah didalam Al Quran;

وَقَالُوا لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (111) – البقرة

 

Begitu juga, mereka anggap bahawa kalangan mereka hanya disentuh api neraka hanya sebentar sahaja. Firman Allah:

وَقَالُوا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّامًا مَعْدُودَةً قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدًا فَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ عَهْدَهُ أَمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ (80) - البقرة

 

KETIGA: BERIMAN DENGAN MALAIKAT

 

Dari sudut beriman dengan malaikat, mereka bermusuh dengan malaikat Jibril. Hal ini disebut oleh Allah dalam al-Quran;

قُلْ مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِجِبْرِيلَ فَإِنَّهُ نَزَّلَهُ عَلَى قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللَّهِ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ (97) مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ (98) - البقرة

 

KEEMPAT: BERIMAN DENGAN KITAB

 

Dari sudut beriman dengan kitab, mereka hanya beriman separuh dan kufur separuh kandungan yang lain. Hal ini disebut oleh Allah dalam al-Quran;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (85) - البقرة

 

KELIMA: BERIMAN DENGAN PARA NABI

 

Dari sudut beriman dengan para nabi, mereka adalah kalangan yang membunuh para nabi. Hal ini disebut oleh Allah dalam al-Quran;

وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (61) - البقرة

 

Mereka juga beriman dengan Nabi, hanya pada nabi-nabi yang terpilih sahaja. Hari ini berbeza dengan Islam yang menyeru agar mengimani semua para nabi. Firman Allah:

قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (136) - البقرة

 

وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ

 

[1] Setelah Allah menyebut 5 perkara melibatkan keimanan dia berkaitan dengan amalan hati, maka tuhan menyebut pula 5 perkara berkenaan dengan amalan perbuatan pula.

 

 

[2] Apabila ada keimanan yang sebenar, sudah pasti ada komitmen dari sudut amalan perbuatan. Amalan perbuatan yang paling utama adalah menjaga hubungan manusia sesama manusia.

 

Tuhan mulakan dengan tajuk sedekah kerana ia adalah sesuatu yang melibatkan harta. Dan harta itu pula antara perkara yang cukup disukai oleh hawa nafsu manusia.

 

Apabila bersedekah, hakikatnya manusia melakukan kebaikan sesama mereka. Di situ sudah ada konsep HABL AL-NAS (menjaga pertalian sesame manusia)

 

PERTAMA: SEDEKAH DENGAN HARTA YANG KITA SAYANG

 

[1] Ayat ini mengaitkan BERSEDEKAH dengan حبه, iaitu rasa cinta kepada harta terbabit.

 

Ini menggambarkan bahawa, apabila manusia itu bersedekah dari sesuatu yang dia sayang, ia sudah pasti satu perkara yang amat susah dilakukan. Ini sudah pasti sudah ada unsur perlawanan terhadap hawa nafsu.

 

Namun dalam pada kesayangan kepada hartanya begitu kuat, dia tetap mampu bersedekah juga. Itu menandakan tahap keimanannya kepada Allah amat kuat.

 

Hal ini turut dinyatakan oleh Allah di dalam ayat yang lain;

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ (92) – ال عمران

 

Dalam hadis bahawa Nabi ada bersabda:

 

عن أَبُي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا؟ قَالَ: «أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الفَقْرَ، وَتَأْمُلُ الغِنَى، وَلاَ تُمْهِلُ حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الحُلْقُومَ، قُلْتَ لِفُلاَنٍ كَذَا، وَلِفُلاَنٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلاَنٍ» - البخاري, 1419

Abu Hurairah berkata: "Seorang lelali datang kepada Nabi saw dan berkata: "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?". Baginda menjawab: "Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kedekut, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu tangguhkannya hingga ketika nyawamu berada di halkummu. Lalu kamu berkat:, si fulan begitu dan si fulan begitu, walhal harta itu milik si fulan”.

 

[2] Dari sudut harta, ahlul kitab itu; usahkan memberikan harta yang sayang kepada orang lain, bahkan cara mendapat penghasilan pun dengan cara yang tidak halal; iaitu apabila mereka mendapat penghasilan itu melalui bayaran ekoran penyelewengan yang telah mereka lakukan terhadap agama.

 

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ (79) – البقرة

 

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (174) - البقرة

 

ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ

 

Dalam ayat ini memberitahu kalangan yang layak diberikan sedekah kepada mereka.

 

PERTAMA: KAUM KERABAT

 

[1] Dalam ayat ini, Tuhan mulakan memberi sedekah kepada ahli keluarga. Untuk mengetahui rahsianya, mungkin boleh kita lihat di dalam satu hadis bahawa Nabi bersabda;

عَنْ سَلْمَانَ بْنِ عَامِرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ الصَّدَقَةَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ، وَعَلَى ذِي الرَّحِمِ اثْنَتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ» - النسائي, 2582

“Sedekah kepada orang miskin adalah semata-mata sedekah. Tetapi kepada keluarga terdekat, dia ada dua; sedekah dan menghubungkan silaturrahim”

 

Demikian juga hadis berikut;

 

عَنْ زَيْنَبَ، امْرَأَةِ عَبْدِ اللهِ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَصَدَّقْنَ، يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ، وَلَوْ مِنْ حُلِيِّكُنَّ» قَالَتْ: فَرَجَعْتُ إِلَى عَبْدِ اللهِ فَقُلْتُ: إِنَّكَ رَجُلٌ خَفِيفُ ذَاتِ الْيَدِ، وَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَمَرَنَا بِالصَّدَقَةِ، فَأْتِهِ فَاسْأَلْهُ، فَإِنْ كَانَ ذَلِكَ يَجْزِي عَنِّي وَإِلَّا صَرَفْتُهَا إِلَى غَيْرِكُمْ، قَالَتْ: فَقَالَ لِي عَبْدُ اللهِ: بَلِ ائْتِيهِ أَنْتِ، قَالَتْ: فَانْطَلَقْتُ، فَإِذَا امْرَأَةٌ مِنَ الْأَنْصَارِ بِبَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَاجَتِي حَاجَتُهَا، قَالَتْ: وَكَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أُلْقِيَتْ عَلَيْهِ الْمَهَابَةُ، قَالَتْ: فَخَرَجَ عَلَيْنَا بِلَالٌ فَقُلْنَا لَهُ: ائْتِ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْبِرْهُ أَنَّ امْرَأَتَيْنِ بِالْبَابِ تَسْأَلَانِكَ: أَتُجْزِئُ الصَّدَقَةُ عَنْهُمَا، عَلَى أَزْوَاجِهِمَا، وَعَلَى أَيْتَامٍ فِي حُجُورِهِمَا؟ وَلَا تُخْبِرْهُ مَنْ نَحْنُ، قَالَتْ: فَدَخَلَ بِلَالٌ عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ هُمَا؟» فَقَالَ: امْرَأَةٌ مِنَ الْأَنْصَارِ وَزَيْنَبُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَيُّ الزَّيَانِبِ؟» قَالَ: امْرَأَةُ عَبْدِ اللهِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَهُمَا أَجْرَانِ: أَجْرُ الْقَرَابَةِ، وَأَجْرُ الصَّدَقَةِ " – مسلم, 1000

Daripada Zainab, isteri kepada Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: bersabda, "Bersedekahlah wahai kaum wanita! Bersedekahlah sekalipun dengan perhiasanmu".

 

Zainab berkata: Mendengar sabda Rasulullah saw itu, aku punpulang menemui Abdullah -suamiku- seraya berkata kepadanya: "kamu adalah seorang lelaki miskin. Rasulullah saw memerintahkan kepada kami (kaum wanita) agar bersedekah. Pergilah berjumpa baginda dan tanyakan bolehkah jika aku bersedekah kepada keluarga? Jika tidak, akan aku pindahkan kepada yang lain". Abdullah menjawab: "Sebaiknya kamu yang berjumpa baginda". Aku pun pergi.

 

Di pintu rumah Rasulullah saw, aku dapati wanita Ansar turut ada yang mereka mempunyai maksud sama denganku. Sebagaimana biasa, orang ramai yang ingin bertemu Rasulullah saw selalu diliputi rasa gentar. Kebetulan Bilal keluar berjumpa kami. Kata kami kepada Bilal: "Tolonglah kamu sampaikan kepada Rasulullah saw, bahawa dua wanita sedang berdiri di pintu hendak bertanya: “Apakah dianggap cukup, jikalau kami berdua bersedekah kepada suami kami masing-masing dan kepada anak-anak yatim yang berada dalam pemeliharaan kami? Dan sekali-kali jangan kamu beritahu siapa kami'"

 

Bilal pun masuk bertanya kepada Rasulullah saw, tetapi baginda bertanya balik: "Siapa kedua wanita itu?"

 

Bilal menjawab: "Seorang wanita Ansar bersama-sama dengan Zainab"

 

Baginda bertanya: "Zainab yang mana?" Bilal menjawab: "Zainab  isteri Abdullah".

 

Rasulullah pun bersabda: "Masing-masing mereka mendapat dua pahala; pahala hubungkan kerabat dan pahala kerana sedekah."

 

[2] Syaikh SYA'RAWI menukilkan bahawa sebilangan ulama mengatakan, yang dimaksuddkan kaum kerabat dalam ayat ini merujuk kepada kaum kerabat Nabi Muhammad. Mereka perlu diberikan sedekah kerana mereka tidak ada hak untuk mendapat zakat.

 

KEDUA: ANAK-ANAK YATIM

 

[1] Selepas menyebut memberi sedekah kepada kaum keluarga, Tuhan menyebut golongan yang perlu diberi sedekah adalah anak-anak yatim. Hal ini kerana, kesusahan yang tertimpa kepada anak yatim mungkin saja boleh tertimpa kepada orang miskin. Namun kemungkinan orang miskin itu mempunyai tempat bergantung, sedangkan anak yatim tidak lagi mempunyai ibu dan bapa untuk mereka bergantung.

 

[2] Melihat kepentingan menjaga kebajikan anak yatim sehinggakan Allah menganggap pendusta agama bagi kalangan yang menindas anak yatim. Firman Allah:

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (1) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ (2) – الماعون

 

KETIGA: IBN SABIL

 

[1] Selepas menyebut berkenaan anak yatim, tuhan menyebut golongan yang perlu diberikan sedekah adalah IBNU SABIL.

 

Perkataan IBN SABIL, Buya Hamka menterjemahkan ia sebagai "anak perjalanan".

 

Tidak diketahui pentafsiran yang paling tepat terhadap pemaknaan bagi maksud "anak perjalanan".

 

A.                  Ibnu Abi Hatim mentafsirkan makna anak perjalanan ialah tetamu yang singgah menumpang bermalam ke rumah orang Islam. Pentafsiran yang sama dikemukan oleh ibnu jarir sepertimana yang dinukilkan oleh mujahid.

 

B.                  Ibnu Katsir menafsirkan maksud dengan anak permusafiran adalah;

a.      orang yang bermusafir yang mana dalam permusafirannya itu dia kehabisan bekalan dan pembelanjaan, maka diberikan kepada mereka wang untuk mereka boleh sampai ke negara mereka.

b.      Orang yang mahu bermusafir dalam melakukan ketaatan, lalu diberikan kepada mereka perbelanjaan dan kewangan untuk mereka pergi dan pulang.

 

C.                  Syaikh Sya'rawi pula memaknakan anak perjalanan adalah orang yang tidak ada tempat berteduh kecuali di jalanan itu.

 

KEEMPAT: ORANG YANG MEMINTA

[1] Selepas menyebut berkenaan dengan anak perjalanan, Tuhan menyebut antara kalangan yang perlu diberikan sedekah adalah orang-orang yang meminta.

 

[2] Buya Hamka menyatakan, orang yang meminta dalam konteks ayat bukanlah orang yang meminta ketika tidak ada keperluan seperti orang yang malas yang tetap mahu meminta derma. Hal ini kerana di dalam hadis bahawa Nabi ada berkata bahawa tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah. Dalam hadis—daripada Hakim bin Hizam bahawa nabi saw bersabda:

عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اليَدُ العُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اليَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ، وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ»  - البخاري, 1427

"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka mulailah (memberi) kepada orang yang menjadi tanggungjawabmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup. Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”.

 

Apatah lagi orang yang meminta-minta dalam keadaan dia ada kemampuan untuk mencari wang, tindakan sebegitu boleh menjatuhkan maruah dirinya.

 

Justeru, yang dimaksudkan orang yang meminta di dalam ayat ini adalah orang yang terlalu terdesak, sehinggakan dia tidak tahu lagi cara untuk mendapat wang kecuali dengan cara meminta.

 

KELIMA: HAMBA YANG PERLU DIMERDEKAKAN

 

[1] Golongan kelima yang perlu diberikan sedekah seperti yang disebutkan dalam ayat ini adalah hamba yang perlu dimerdekakan.

 

Menurut Buya Hamka, hamba adalah golongan mangsa keadaan. Apabila mereka terlibat dalam satu peperangan yang melibatkan kekuasaan politik, mereka yang kalah akan ditawan. Lalu mereka dijadikan sebagai hamba.

 

Memandangkan Islam adalah agama yang berdiri di atas asas kasih sayang, makanya golongan yang menjadi mangsa keadaan ini perlu diselamatkan. Antara cara untuk menyelamatkan mereka adalah, Al-Quran menyuruh agar diberikan sedekah kepada mereka untuk mereka dimerdekakan.

 

وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ

 

KEDUA: MENUNAIKAN SOLAT

 

[1] Setelah hubungan sesama manusia dapat ditunaikan, Tuhan pun menyebut berkenaan dengan mendirikan solat.

 

Dalam ayat menggunakan perkataan MENDIRIKAN SOLAT, bukan menunaikan solat. BUYA HAMKA mengatakan, ia mengandungi maksud bahawa dia menunaikan solat itu dengan jiwa raganya; iaitu hasil daripada keimanan yang ada di dalam hatinya.

 

Apabila solat ditunaikan dengan jiwa raga, sudah pasti solat yang dikerjakan itu adalah solat yang berkualiti; solat yang ditunaikan itu dengan khusyuk serta ikhlas. Serta solat itu termasuk di dalam maksud firman Allah;

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ (45) – العنكبوت

 

KETIGA: TUNAI ZAKAT

 

[1] Dalam ayat ini, disebutkan mendirikan solat, kemudian disertaikan sama dengan menyebut menunaikan zakat. Solat dan zakat di dalam banyak ayat Al-Quran sering disebut secara beriringan.

 

Menurut Buya Hamka, hal ini kerana solat adalah tanda kepatuhan kepada Tuhan, sedangkan zakat adalah lambang kasih sayang dalam masyarakat.

 

[2] Ayat sebelum ini sudah dijelaskan berkebajikan, iaitu bersedekah kepada lima kalangan manusia. Justeru apa pentingnya disebut berkenaan dengan menunaikan zakat, sedangkan kandungannya adalah sama sahaja?

 

Jawabnya ialah ayat sebelum ini menjelaskan tentang pemberian sedekah berbentuk sukarela. Ekoran itu dikaitkan dengan حبه, iaitu bersedekah dengan harta yang dia sayangi.

 

Adapun perkataan menunaikan zakat dalam ayat ini, ia melibatkan kepada zakat yang wajib. Sama ada sayang ataupun tidak, ia tetap wajib ditunaikan.

 

وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا

 

KEEMPAT: TUNAIKAN JANJI

 

[1] Setelah tuhan menyebut berkenaan zakat, antara perkara penting dalam agama adalah menunaikan janji apabila berjanji.

 

Dalam hadis, tidak tunaikan janji antara salah satu ciri-ciri orang munafiq. Sabda nabi saw:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ" – البخاري, 33

“Tanda munafiq itu tiga; apabila bercakap, dia berbohong; apabila dia berjanji, dia menyalahi janji; apabila dia diberikan Amanah, dia khianat”

 

[2] Ahli kitab adalah golongan yang tidak menunaikan janji. Hal ini disebut oleh Allah dalam al-Quran;

وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ (40) - البقرة

 

وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ

 

KELIMA: SABAR DENGAN UJIAN

 

[1] Perkataan البأساء والضراء adalah dua kata yang memberi makna ujian, tetapi perbezaannya adalah seperti berikut:

A. Perkataan البأساء adalah ujian berbentuk kesusahan dan kefakiran.

B. Perkataan الضراء adalah ujian berbentuk ditimpa penyakit.

 

Dalam ayat ini, tuhan sebut yang ketiga, iaitu حين البأس yang bermaksud ketika perang tercetus.

 

[2] Tuhan kaitkan orang yang sabar itu kepada tiga hal ini kerana, ia mempunyai kaitan dengan apa yang telah disebut di atas.

 

Dalam perkataan lain, orang yang tidak mempunyai wang, mereka tetap pergi berperang. Orang yang mempunyai wang, mereka menginfakkan harta mereka untuk berperang.

 

Demikian juga jika mereka tertimpa sebarang penyakit. Itu bukan alasan untuk mereka tidak berkhidmat dalam berhadapan dengan perang.

 

أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ (177)

 

[1] Dalam beragama, antara perkara penting adalah beragama secara benar. Hal ini kerana, ada manusia itu tidak beragama secara benar, seperti beramal agama menerusi amalan bid’ah; atau menunaikan amalan agama secara tidak ikhlas dan sebagainya.

 

Ayat ini, Allah menjelaskan sifat beragama yang sebenar. Iaitu, jika mereka dapat melaksanakan kandungan ayat ini, itulah tandanya mereka benar-benar beriman.

 

[3] Tuhan kuatkan lagi; apabila mereka benar dalam beragama, itulah tandanya mereka sebenar-benar orang bertaqwa.

 

PENGAJARAN

 

[1] Islam mengajar bahawa sebarang tindakan itu tidak boleh dibataskan pada amalan perbuatan sahaja, tetapi perlu disertakan dengan amalan hati.

 

[2] Apabila sudah ada keimanan di dalam hati, sudah pasti akan melahirkan amalan berbentuk perbuatan. Dalam perkataan yang lain, apabila ada keimanan, pasti akan ada komitmen.

 

[3] Seorang sahabat nabi yang bernama Abu talhah, apabila dia mendengar ayat ini, dia sedekahkan kebunnya kerana kebun itu adalah antara harta yang paling dia sayang.

 

[4] Menjadi amalan Abdullah bin Umar, aku bila dia menyayangi sesuatu harganya, pasti harta tersebut akan disedekahkan. Selepas dia bersedekah dia akan membaca firman Allah;

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ (92) – ال عمران

 


SURAH AL-BAQARAH 176


 SURAH BAQARAH, AYAT 176

 

 ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ نَزَّلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِي الْكِتَابِ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ (176)

“(Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah)”

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 176

AYAT 175

 

Al-Kitab itu adalah benar. Tidak patut didiamkan dan tidak disampaikan.

 

Azab dahsyat diberikan kepada orang alim yang menyembunyikan kandungan al-Kitab.

 

 

PENJELASAN AYAT

 

[1] Allah menjelaskan asas dan punca sebenar mereka kena azab adalah bermula dari berpecah.

 

Manusia berpecah berpunca dari tidak mengetahui kebenaran. Manusia tidak tahu kebenaran berpunca dari orang Alim yang tidak jujur dengan pengetahuannya, sama ada dia selewengkan kebenaran atau sembunyikan kebenaran itu.

 

[2] Secara tidak langsung, tersirat makna bahawa kerosakan di dunia seperti peperangan; antara faktornya adalah tidak tahu cerita sebenar.  Antara faktornya adalah, apabila orang yang tahu tidak mahu memberitahu.

 

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ نَزَّلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ

 

Apa sahaja yang tuhan turunkan berbentuk kitab yang membawa kebenaran, sama ada al-Quran, taurat, Injil dan sebagainya; semua ini tidak boleh disembunyikan.

 

LUGHAH

 

Perkataan ذلك بأن—perkataan باء itu adalah سببية yang memberi maksud, ayat ini menjelaskan sebab dan punca atau TA’LIL mereka kena azab begitu dahsyat.

 

وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِي الْكِتَابِ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ (176)

 

[1] Orang-orang alim ahli kitab adalah punca perpecahan, kerana mereka menyembunyikan kandungan al-Kitab yang sebenar.

 

Kalau mereka jujur dengan ilmu mereka, sudah pasti perpecahan antara Islam dan yahudi/Nasrani tidak berlaku.

 

[2] Dari konteks ayat, difahami bahawa maksud ikhtilaf dalam ayat bukan ikhtilaf yang melibatkan penafsiran terhadap al-Kitab, tetapi ikhtilaf yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah berkenaan maklumat kebenaran yang disembunyikan menyebabkan manusia berpecah (Ikhtilaf); iaitu kelompok yang ikut Islam dan kelompok kekal dalam ajaran ahli kitab.

 

Menurut Usaimin, termasuk IKHTILAF yang dimaksudkan ayat adalah berpunca dari takwil-takwil yang batil sehingga jauh dari maksud yang dikehendaki oleh Allah.

 

LUGHAH

 

[1] Perkataan شقيق diterjemahkan sebagai BERPECAH. Asal maknanya adalah pisah yang bermula dari satu menjadi dua. Dalam hadis, digunakan perkataan شق yang dikaitkan dengan pelepah tamar; bermaksud membelah satu pelepah tamar sehingga menjadi dua belah.

 

Dalam hadis—daripada Ibn Abbas:

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ، فَقَالَ: «إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِ، وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ» ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً، فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ، فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا؟ قَالَ: «لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا» - البخاري, 218

 

[2] Asal makna بعيد adalah jauh. Namun, dalam ayat digabungkan perkataan شقاق بعيد yang diterjemah harfiyyah—perselisihan yang jauh.

 

Hal ini bermaksud, perselisihan mereka tidak dapat didekatkan lagi—gambaran perselisihan yang amat ketara.

 

PENGAJARAN

 

 

[1] Kekhilafan berlaku ini banyak factor. Antaranya adalah (a) dalam menafsirkan sesuatu kandungan ayat. (b) berlaku usaha sembunyikan kebenaran. (c) kalau dalam tradisi islam, sesuatu status hadis itu berbeza pendapat ulama dalam menentukan statusnya. Dalam Ayat ini, dijelaskan manusia berpecah yang amat ketara apabila ada pihak yang menyembunyikan kebenaran.

 

[2] Dari sini, perlu dibezakan antara dua perkara; (a) hakikat kebenaran. (b) penafsiran manusia terhadap kebenaran.

 

Manusia perlu meraikan dalam hal melibatkan penafsiran terhadap kebenaran, tetapi bertegas pada hakikat kebenaran.

 

Dalam erti kata lain, manusia perlu bertegas berkenaan ayat al-Quran. Tetapi, hormati perbezaan penafsiran manusia terhadap al-Quran.

 

Sunday, May 8, 2022

TABARRUK DENGAN ORANG SOLEH

 TABARRUK DENGAN ORANG SOLEH

 

Khilaf dalam kalangan ulama berkenaan tabarruk dengan orang soleh.

 

PERTAMA: HARUS TABARRUK DENGAN ORANG SOLEH

 

Antara yang mengatakan itu adalah IMAM AL-NAWAWI dalam SYARAH MUSLIM, IBN HAJAR AL-ASQALANI dalam AL-FATH dan AL-SYAWKANI.

 

Ibn Hibban berkata dalam kitab sahih beliau:

 

ذِكْرُ إِبَاحَةِ التَّبَرُّكِ بِوَضُوءٍ الصَّالِحِينَ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ إِذَا كَانُوا مُتَّبِعِينَ لَسُنَنِ الْمُصْطَفَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دُونَ أَهْلِ الْبِدَعِ مِنْهُمْ

“Menyebut harus tabarruk dengan wuduk orang soleh dari kalangan ahli ilmu—iaitu, jika mereka mengikut sunnah-sunnah Nabi saw, bukan ahli Bid’ah dari kalangan mereka”

 

Berkata ibn al-Battal dalam Syarah Sahih al-bukhari:

 

قال المهلب: وفيه التبرك بمصلى الصالحين ومساجد الفاضلين. وفيه: أنه من دُعى من الصالحين إلى شىء يتبرك به منه، فله أن يجيب إذا أمن الفتنة من العجب

“Berkata al-Muhallab: Pada hadis ini (dalil keizinan) tabarruk dengan tempat solat orang soleh dan masjid-masjid orang-orang yang ada kelebihan. Padanya juga, jika diajak oleh orang soleh kepada sesuatu yang dia bertabarruk dengannya, maka dia sahut ajakkan tersebut, iaitu jika tidak menimbulkan sebarang fitnah.

 

Kata imam al-Nawawi dalam syarah Muslim:

 

ففيه التَّبَرُّكِ بِآثَارِ الصَّالِحِينَ وَفِيهِ زِيَارَةُ الْعُلَمَاءِ وَالْفُضَلَاءِ وَالْكُبَرَاءِ أَتْبَاعِهِمْ وَتَبْرِيكِهِمْ إِيَّاهُمْ

“Padanya (hadis keizinan) Tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh. Pada hadis ini juga, keizinan ziarah ulama dan orang yang ada kelebihan dan tabarruk kepada pengikut mereka”

 

Di tempat lain, dia kata lagi:

 

فَفِيهِ التَّبَرُّكُ بِآثَارِ الصَّالِحِينَ وَاسْتِعْمَالِ فَضْلِ طَهُورِهِمْ وَطَعَامِهِمْ وَشَرَابِهِمْ وَلِبَاسِهِمْ

“Pada hadis ini keizinan tabarruk dengan kesan-kesan orang soleh dan mengginakan lebihan bersuci, makanan, minuman dan pakaian mereka”

 

DALIL:

[a] Hadis ke-50 dan ke-52 ini merupakan antara dalil bahawa ada konsep tabarruk dengan orang soleh.

 

[b] Kemuliaan seperti Nabi, al-Quran turut berikan kepada selain Nabi, termasuk orang soleh. Firman Allah:

 

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا (69) – النساء

 

[c] Itban bin Malik mengambil tabarruk dari tempat Nabi berdiri menunaikan solat. Dalam hadis—daripada Mahmud bin al-rabi’ al-Ansari berkata:

 

أَنَّ عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ وَهُوَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ شَهِدَ بَدْرًا مِنَ الأَنْصَارِ أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَنْكَرْتُ بَصَرِي، وَأَنَا أُصَلِّي لِقَوْمِي فَإِذَا كَانَتِ الأَمْطَارُ سَالَ الوَادِي الَّذِي بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ، لَمْ أَسْتَطِعْ أَنْ آتِيَ مَسْجِدَهُمْ فَأُصَلِّيَ بِهِمْ، وَوَدِدْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَّكَ تَأْتِينِي فَتُصَلِّيَ فِي بَيْتِي، فَأَتَّخِذَهُ مُصَلًّى، قَالَ: فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «سَأَفْعَلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ» قَالَ عِتْبَانُ: فَغَدَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ حِينَ ارْتَفَعَ النَّهَارُ، فَاسْتَأْذَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَذِنْتُ لَهُ، فَلَمْ يَجْلِسْ حَتَّى دَخَلَ البَيْتَ، ثُمَّ قَالَ: «أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ» قَالَ: فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى نَاحِيَةٍ مِنَ البَيْتِ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَبَّرَ، فَقُمْنَا فَصَفَّنَا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّم

Bahawa 'Itban bin Malik seorang sahabat Rasulullah saw yang pernah ikut perang Badar dari kalangan Ansar. Dia menemui Rasulullah saw seraya berkata: "Wahai Rasulullah, pandanganku sudah buruk sedang aku ini sering memimpin solat kaumku. Apabila turun hujan, maka air membanjiri lembah yang menghalangi antara aku dan mereka, sehingga aku tidak mampu pergi ke masjid untuk memimpin solat. Aku menginginkan engkau mengunjungi aku lalu solat di rumahku yang akan aku jadikan sebagai tempat solat"

 

Mahmud berkata: "Kemudian Rasulullah saw bersabda kepadanya, "Aku akan lakukan insya Allah."

 

'Itban berkata: "Maka berangkatlah Rasulullah saw dan Abu Bakar ketika siang hari, baginda lalu meminta izin lalu aku mengizinkannya, dan baginda tidak duduk hingga baginda masuk ke dalam rumah. Kemudian baginda bersabda: "Mana tempat di rumahmu yang kau inginkan untuk aku pimpin solat”

 

Maka aku tunjukkan tempat di sisi rumah. Nabi saw lalu berdiri dan takbir” (al-Bukhari, hadis no: 425)

 

[d] Ibn Umar bertabarruk dengan tempat-tempat yang baginda tunaikan solat:

 

قال المؤلف: إنما كان يصلى ابن عمر فى المواضع التى صلى فيها النبى على وجه التبرك بتلك الأمكنة، والرغبة فى فضلها

Berkata al-Bukhari: Ibn Umar selalu menunaikan solat di tepat-tempat yang Nabi saw menunaikan solat di situ atas bentuk tabarruk pada tempat terbabit dan berharap kepada kelebihan tempat tersebut”

 

[e] Ben Bayyah kata, tabarruk dengan orang soleh adalah di bawah maksud SAYANG SESEORANG KERANA ALLAH.

 

Dalam hadis—daripada Anas bin Malik berkata:

 

أَنَّ رَجُلًا كَانَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرَّ بِهِ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي لَأُحِبُّ هَذَا، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَعْلَمْتَهُ؟» قَالَ: لَا، قَالَ: «أَعْلِمْهُ» قَالَ: فَلَحِقَهُ، فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللَّهِ، فَقَالَ: أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ – ابو داود[1], 5125

"Seorang lelaki berada di sisi Nabi saw, lalu ada seseorang lagi melintasi di depan baginda. Lelaki itu lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku menyukai orang ini. "Nabi saw lalu bersabda kepadanya: "Apakah kamu telah memberitahunya" Ia menjawab: "Belum." Baginda pun bersabda: "Beritahukanlah ia" Anas berkata: "Lelaki itu kemudian menyusulnya dan berkata: "Sesungguhnya aku suka kepadamu kerana Allah." Orang itu balik berkata: "Engkau akan dicintai oleh Dzat yang kamu menyukai aku kerana-Nya."

 

 

Dalam hadis—daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

 

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الإِمَامُ العَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي المَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ، أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ " – البخاري[2], 660

"Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada tuhannya, seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka tidak bertemu kecuali kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata: 'Aku takut kepada Allah', dan seorang yang bersedekah dengan sembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, serta seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri hingga kedua matanya basah kerana menangis”

 

[f] Tabiin cium tangan Anas kerana tabarruk:

 

وَقَدْ كَانَ ثَابِتٌ البُنَانِيُّ إِذَا رَأَى أَنَسَ بنَ مَالِكٍ أَخَذَ يَدَهُ، فَقَبَّلَهَا، وَيَقُوْلُ: يَدٌ مَسَّتْ يَدَ رَسُوْلِ اللهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- الذهبي, السير, جر5, ص 9

“Sabit al-Banani, apabila dia nampak Anas bin Malik, dia pegang tangannya dan dia akan ciumnya. Dia berkata: Tangan yang pernah menyentuh tangan Nabi saw”

 

KEDUA: TABARRUK HANYA DENGAN NABI SAW SAHAJA

 

[a] Semua hadis-hadis yang menyebut berkenaan tabarruk dengan nabi saw.

 

[b] Umar tidak cium batu hajar al-Aswad kecuali ada bukti Nabi saw buat.

 

أَنَّهُ جَاءَ إِلَى الحَجَرِ الأَسْوَدِ فَقَبَّلَهُ، فَقَالَ: «إِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ، لاَ تَضُرُّ وَلاَ تَنْفَعُ، وَلَوْلاَ أَنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ» - البخاري[3], 1597

“Saidina Umar datang kepada Hajar al-Aswad, lalu dia ciumnya. Dia pun berkata: Aku tahu bahawa kamu adalah batu yang tidak memudharatkan dan tidak boleh memberi manfaat. Kalau tidak kerana aku nampak Nabi saw cium kamu, pasti aku tidak akan cium kamu”

 

[c] Tidak ada satu pun dalil bahawa tabarruk berlaku sesame sahabat. Adapun Kisah yang dinukilkan oleh al-Zahabi bahawa Sabit al-Banani cium tangan Anas bin malik, kisah itu tidak terdapat sanad.

 

[d] al-Zahabi bawakan riwayat bahawa Ibn Umar tidak suka orang sentuh kubur Nabi:

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يكرَهُ مَسَّ قَبْرِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – السير[4], ج 10, ص 71

“Ibn Umar tidak suka sentuh kubur Nabi saw”

 

Di tempat lain, AL-ZAHABI berkata:

 

قُلْتُ: كَرِهَ ذَلِكَ لأَنَّهُ رَآهُ إِسَاءَةَ أَدَبٍ، وَقَدْ سُئِلَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ عَنْ مَسِّ الْقَبْرِ النَّبَوِيِّ وَتَقْبِيلِهِ، فَلَمْ يَرَ بِذَلِكَ بَأْسًا، رَوَاهُ عَنْهُ وَلَدُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَحْمَدَ – معجم الشيوخ الكبير, ج 1, ص 73

Aku (al-Zahabi) kata: Ibn Umar tidak suka itu kerana dia dapatinya buruk adab. Imam Ahmad pernah ditanya berkenaan sentuh dan cium kubur Nabi, dia anggap ia tidak mengapa. Hal ini diriwayatkan oleh anaknya, Abdullah bin Ahmad”

 

[e] Implikasi terhadap keizinan tabarruk kepada selain nabi akan membawa kepada konsep taksub kepada yang tidak maksum, serta membuka ruang-ruang syirik.



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا الْمُبَارَكُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ بُنْدَارٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَابِسِ بْنِ رَبِيعَةَ، عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

[4] SANAD:

قَرَأْتُ عَلَى أَحْمَدَ بنِ عَبْدِ المُنْعِمِ المُعَمَّرِ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ مُحَمَّدِ بنِ أَحْمَدَ، أَخْبَرَنَا أَبُو عَلِيٍّ الحَدَّادُ حُضُوْراً، أَخْبَرَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بنُ عَاصِمٍ، حَدَّثَنَا أَبو أُسَامَةَ، عَنْ عُبَيْدُ اللهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

  IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI   وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:   إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...