Saturday, September 17, 2022
Monday, September 12, 2022
HADIS AHAD YANG BERTEMBUNG DENGAN HADIS MASYHUR.
HADIS AHAD YANG BERTEMBUNG DENGAN HADIS MASYHUR.
Saya simpulkan ada beberapa perkara penting;
A. Definisi hadis masyhur antara HANAFI dan SYAFIE yang ada
perbezaan pemaknaan.
B. Status Hadis
masyhur yang difahami Hanafi sebagai Qatie, sedangkan ia Zanni dalam pemahaman Syafie
C. Apabila ia Qatie, Hanafi meletakkan dilalahnya setahap al-Quran dan hadis
Mutawatir. Ini berbeza dengan Syafie yang sedari awal letak di bawah
kategori Zanni.
Sumber: Rif’at Fawzi Abd al-Muttalib, Tawsiq al-Sunnah fi
al-Qarn al-Sani al-Hijri, (Mesir, Maktabah al-Khanji, 1981), cetakan pertama,
hlm 228-229
HADIS SAHIH BERTEMBUNG DENGAN AMAL AHLI MADINAH
HADIS SAHIH BERTEMBUNG DENGAN AMAL AHLI MADINAH
Dalam metode mazhab Maliki, sesuatu hadith Ahad yang sahih,
jika bertembung dengan amal ahli Madinah, maka hadith ahad yang sahih itu tidak
boleh dijadikan sandaran hujah.
Maliki beranggapan bahawa penduduk Madinah adalah orang yang
paling rapat dengan nabi. Justeru sesuatu amalan yang sabit dalam Hadith
hendaklah selaras dengan amal ahli Madinah. Jika bertembung, hadis Ahad
(walaupun sahih sanad) tersebut wajar diragui.
Dengan sebab itu, terdapat beberapa amalan yang terkenal
dalam mazhab Syafie, hanbali dan Hanafi, tetapi ia dianggap sebagai tidak ada
dalam mazhab Maliki. Contohnya puasa 6 di bulan Syawal—semua ulama menganggap
ia sebagai sunat, tetapi Maliki menganggap ia sebagai makruh.
Dalam kitab ini, Dr Rifaat Fauzi mendatangkan kritikan Syafie
terhadap pendekatan mazhab Maliki dalam hal ini.
Beliau menjelaskan juga bahawa, selain al-Syafi'i, di sana
terdapat ulama lain turut
sama mengkritik, seperti IMAM AL-LAIS BIN SA'AD yang sezaman dengan Imam Malik malah mereka pernah
bertemu, dan IMAM IBNUL QAYYIM
melalui kitab beliau I'LAM AL-MUWAQIIN dan IBN HAZM dalam kitab AL-IHKAM. Tidak kurang juga
murid Imam Malik dan juga imam Abu Hanifah, iaitu imam MUHAMMAD BIN HASAN AL-SYAIBANI.
Antara kritikan yang dilakukan adalah seperti berikut;
(a)
Menolak dakwaan Imam Malik bahawa berlaku ijmak dalam
kalangan ahli Madinah. Syafie
menjelaskan bahawa ijmak yang diiktiraf adalah kesepakatan ulama yang berlaku
di seluruh negara, bukan dibataskan kepada penduduk Madinah sahaja.
(b)
al-Lais menyatakan bahawa
terdapat beberapa perkara yang amal ahli Madinah bercanggah dengan amalan sahabat
yang berada di luar Madinah.
Antara contohnya, Ahli Madinah menjamakkan sembahyang maghrib
dan isyak pada waktu malam yang hujan, sedangkan sahabat yang berada di Iraq,
syam dan Mesir tidak melakukannya.
Malahan Umar bin Abdul Aziz juga tidak melakukan amalan
tersebut.
(c)
Hujah Syafie lagi, apabila sesuatu
hadis Ahad itu telah berjaya dibuktikan bahawa ia adalah sahih dan sanadnya
terdiri daripada para siqah, maka itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa
hadis itu boleh dijadikan sebagai sandaran.
(d)
Syafie turut berhujah bahawa susunan dalam
pengambilan sumber hukum adalah bermula dari Al-Quran, kemudian hadis, kemudian
ijmak dan qias.
Jika Maliki melihat hadis dengan diikat faktor amal ahli
Madinah, susunan itu sudah songsang. Yang sepatutnya dari atas ke bawah, sudah
jadi dari bawah ke atas.
Sumber: Rif’at Fawzi Abd al-Muttalib, Tawsiq al-Sunnah fi
al-Qarn al-Sani al-Hijri, (Mesir, Maktabah al-Khanji, 1981), cetakan pertama,
hlm 281-282
Saturday, September 10, 2022
MENETAPKAN HARGA DARI SUDUT PANDANG SARJANA ISLAM
MENETAPKAN HARGA DARI SUDUT PANDANG SARJANA ISLAM
Ulama
Hanafiyyah, setengah ulama dalam mazhab Maliki dan pandangan ulama muta’akhirin
dalam mazhab Hanbali membenarkan penetapan harga jika tidak penetapan itu boleh
membawa kepada monopoli, walaupun terdapat dalam hadis didapati bahawa Nabi SAW
tidak mahu menetapkan harga barang setelah diminta.
عَنْ أَنَسٍ قَالَ غَلَا السِّعْرُ
عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا يَا
رَسُولَ اللَّهِ سَعِّرْ لَنَا فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُسَعِّرُ
الْقَابِضُ الْبَاسِطُ الرَّزَّاقُ وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَلْقَى رَبِّي
وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَطْلُبُنِي بِمَظْلِمَةٍ فِي دَمٍ وَلَا مَالٍ
“Dari
Anas berkata, telah naik harga barangan pada era Rasulullah SAW, lalu mereka
berkata; Wahai Rasulullah, tetapkan harga barang untuk kami. Lalu Rasulullah
SAW menjawab, Sesungguhnya Allah SWT adalah tuhan yang menetapkan harga,
pemegang, perluas dan pemberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap bahawa Aku
berjumpa dengan Tuhanku tanpa seorang pun dari kalangan kamu menuntut kepadaku dengan
kezaliman pada darah dan harta” (al-Tirmizi, Bab penetapan harga, hadis no:
1235)
Namun
begitu, mengenangkan tidak mahu penafian hak orang ramai dengan monopoli yang
diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW, maka dibenarkan melakukan penetapan harga.
عن مَعْمَرًا قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ احْتَكَرَ فَهُوَ خَاطِئٌ
“Dari
Ma’mar berkata; bersabda Rasulullah SAW, barangsiapa yang monopoli, maka dia
dari kalangan orang yang salah” (Muslim, bab pengharaman monopoli dalam
pemakanan, hadis no: 3012)
Ekoran
itu, Abu Walid al-Baji menyatakan bahawa penetapan harga dari pihak kerajaan
ini adalah untuk menjaga kemaslahatan umum. Dengan maksud, tidak menetapkan
harga itu akan mendatangkan kerosakan kepada rakyat umum. (Abu Walid al-Baji,
al-Muntaqa Syarh al-Muwataa’, jld 3, hlmn 424)
وَمِنْ جِهَةِ الْمَعْنَى أَنَّ
إجْبَارَ النَّاسِ عَلَى بَيْعِ أَمْوَالِهِمْ بِغَيْرِ مَا تَطِيبُ بِهِ
أَنْفُسُهُمْ ظُلْمٌ لَهُمْ مُنَافٍ لِمِلْكِهَا لَهُمْ ، وَوَجْهُ قَوْلِ
أَشْهَبَ مَا يَجِبُ مِنْ النَّظَرِ فِي مَصَالِحِ الْعَامَّةِ ، وَالْمَنْعُ مِنْ
إغْلَاءِ السِّعْرِ عَلَيْهِمْ وَالْإِفْسَادِ عَلَيْهِمْ ، وَلَيْسَ يُجْبَرُ
النَّاسُ عَلَى الْبَيْعِ ، وَإِنَّمَا يُمْنَعُونَ مِنْ الْبَيْعِ بِغَيْرِ
السِّعْرِ الَّذِي يَحُدُّهُ الْإِمَامُ عَلَى حَسَبِ مَا يَرَى مِنْ
الْمَصْلَحَةِ فِيهِ لِلْبَائِعِ وَالْمُبْتَاعِ
Juga,
Ibn Taimiah juga ada menyatakan bahawa penetapan harga ini bukan sekadar harus,
malahan menjadi wajib, kerana ia mengandungi keadilan kepada manusia. (Ibn
Taimiah, Majmuk al-Fatawa, jld 6, hlmn 326)
وَمِنْ هُنَا يَتَبَيَّنُ أَنَّ
السِّعْرَ مِنْهُ مَا هُوَ ظُلْمٌ لَا يَجُوزُ وَمِنْهُ مَا هُوَ عَدْلٌ جَائِزٌ
فَإِذَا تَضَمَّنَ ظُلْمَ النَّاسِ وَإِكْرَاهَهُمْ بِغَيْرِ حَقٍّ عَلَى
الْبَيْعِ بِثَمَنِ لَا يَرْضَوْنَهُ ؛ أَوْ مَنَعَهُمْ مِمَّا أَبَاحَهُ اللَّهُ
لَهُمْ : فَهُوَ حَرَامٌ . وَإِذَا تَضَمَّنَ الْعَدْلَ بَيْنَ النَّاسِ مِثْلَ
إكْرَاهِهِمْ عَلَى مَا يَجِبُ عَلَيْهِمْ مِنْ الْمُعَاوَضَةِ بِثَمَنِ الْمِثْلِ
؛ وَمَنَعَهُمْ مِمَّا يَحْرُمُ عَلَيْهِمْ مِنْ أَخْذِ زِيَادَةٍ عَلَى عِوَضِ
الْمِثْلِ : فَهُوَ جَائِزٌ ؛ بَلْ وَاجِبٌ
Juga,
Ibn Qayyim juga menyatakan keizinan penetapan harga itu adalah ekoran mahu
mencapai keadilan yang diwajibkan oleh Allah supaya dilakukan. (Turuq
al-Hukmiyyah, hlmn 331)
فَالتَّسْعِيرُ هَاهُنَا إلْزَامٌ
بِالْعَدْلِ الَّذِي أَلْزَمَهُمْ اللَّهُ بِهِ
Dalam
perkataan lain, Ibn Qayyim menyatakan penetapan harga ini menjadi satu
kewajipan ekoran menjaga kemaslatan manusia, yang jika tiada cara lain untuk
elak sebarang kerosakan kecuali dengan cara penetapan harga juga. (Turuq
al-Hukmiyyah, hlmn 358)
أَنَّ مَصْلَحَةَ النَّاسِ إذَا لَمْ
تَتِمَّ إلَّا بِالتَّسْعِيرِ .سَعَّرَ عَلَيْهِمْ تَسْعِيرَ عَدْلٍ ، لَا
وَكْسَ وَلَا شَطَطَ ، وَإِذَا انْدَفَعَتْ حَاجَتُهُمْ وَقَامَتْ مَصْلَحَتُهُمْ
بِدُونِهِ : لَمْ يَفْعَلْ
Tuesday, September 6, 2022
AL-BAQARAH 180
AL-BAQARAH 180
كُتِبَ
عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ
لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ
(180)
Kamu
diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan
harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan
cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas
orang-orang yang bertaqwa.
HUBUNGAN AYAT |
|
AYAT 179 |
AYAT 180 |
Dijelaskan hukum Qisas dan kaitannya dengan hukum kematian.
|
Dijelaskan hukum orang yang hampir dengan kematian dan mereka pula ada
meninggalkan harta. Justeru mereka perlu melakukan wasiat.
|
Digalakkan kepada ahli keluarga mangsa bunuh bahawa memberi kemaafan
kepada pembunuh agar dia terlepas dari hukuman mati. Ayat menggunakan
perkataan اخيه, iaitu saudara.
|
Dijelaskan agar menjaga hubungan silaturrahim, walaupun selepas
daripada kematian. Iaitu dengan adanya konsep wasiat harta kepada ibu bapa
dan kaum kerabat. (Usaimin:3/308)
|
[1]
Dari sudut bahasa, wasiat adalah pesanan baik yang disampaikan kepada orang
lain agar dia lakukan, samaada orang yang berpesan itu masih hidup maupun
setelah kematian.
Dari
sudut konteks ayat, wasiat adalah pesanan yang disampaikan agar dilaksanakan
selepas kematian oleh orang yang memberi wasiat. (Shihab:1/397)
[2]
Wasiat dilakukan oleh orang yang hampir dengan kematian. Iaitu apabila ada
tanda-tanda yang dia bakal menghadapi kematian, seperti sakit, maka perlu dia
memberi wasiat hartanya.
[3]
Ayat wasiat diturunkan terlebih dahulu berbanding ayat faraid (al-Nisa’ 4: 7-11).
Justeru, ibu bapa yang telah ditentukan hak faraid, maka mereka tidak termasuk
di dalam kalangan yang menerima wasiat.
Dalam
hadis—daripada Abi Umamah berkata bahawa Nabi saw ada bersabda;
عن ابي أُمَامَةَ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ
حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ» - البخاري, 2870[1]
"Sesungguhnya
Allah memberikan hak kepada mereka yang berhak, terima ke tidak ada wasiat
untuk waris" (Hamka:1/412)
Menurut
al-Imam al-Mawardi, jumhur ulama dari kalangan tabiin menyatakan bahawa,
sebelum turun ayat faraid, wasiat harta untuk kedua ibu bapa adalah wajib.
(Qurtubi:3/99)
كُتِبَ
عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ |
[1] Kalau dilihat dalam kupasan الزجاج, beliau menyatakan bahawa ayat ini adalah عطف bagi ayat sebelum ini. Dalam perkataan
lain ayat ini berbunyi: وكتب عليكم, itu wujud huruf واو
عطف.
Dan
sengaja tidak disebut kerana memendekkan perkataan dalam keadaan manusia sudah
faham, seperti dalam firman Allah:
لَا يَصْلاها
إِلَّا الْأَشْقَى. الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّى" [الليل: 16- 15] أَيْ
وَالَّذِي
[2]
Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan كتب, yang memberi maksud diwajibkan. Dengan ini, orang yang hampir
dengan kematian bahawa wajib dia meninggalkan wasiat yang berkaitan dengan
hartanya.
[3]
Kata Al-Qurtubi, maksud dengan حضركم
الموت, iaitu apabila datang tanda-tanda atau
asbab kematian. (Qurtubi:3/91)
Walaupun
digunakan فعل الماضي, ia
tidak bermakna kematian itu sudah berlaku. Ia juga memberi maksud kematian yang
bakal berlaku.
Ia
sama seperti ungkapan: قد قامت الصلاة, yang ungkapan ini bukan bermaksud solat sudah ditunaikan,
tetapi solat tidak lama lagi mahu ditunaikan.
Demikian juga seperti firman Allah: اذا قمتم الى الصلاه فاغسلوا وجوهكم, ayat
ini bukan menyatakan bahawa berwuduk itu dilakukan setelah masuk solat, tetapi
menyatakan bahawa “jika kamu mahu menunaikan solat”.
Ataupun
melihat kepada firman Allah: فاذا قرات القران فاستعذ بالله
من الشيطان الرجيم, yang ayat ini bukan menggambarkan membaca
الاستعاذة
setelah membaca Al-Quran, tetapi membaca itu sebelum memulai membaca Al-Quran.
(Tahir:2/146)
إِنْ
تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ |
[1]
Sebilangan ulama seperti Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Ibnu Zaid dan Imam Malik;
mereka mengatakan ayat ini Mansukh dengan ayat faraid (surah al-Nisa’ 4:7-11).
Hal ini kerana ibu bapa antara orang yang berhak untuk mendapat hak faraid,
sedangkan ayat ini menyatakan bahawa ibu bapa mendapat hak wasiat. (Qurtubi:
3/101)
Namun
bagi pendapat yang membantah mereka menjelaskan hujah berikut;
(a)
Makna
perkataan ترك خيرا
Apabila
Allah kata تَرَكَ خَيۡرًا,
menandakan wasiat itu hanya berlaku pada lebihan harta yang telah difaraidkan.
Hal ini kerana, perkataan dalam bahasa Arab yang apabila bermaksud harta, ia
merujuk kepada kekayaan dan kemewahan. Seperti kita kata: dia telah
meninggalkan kebaikan; maksudnya, dia telah meninggalkan lebihan harta yang
banyak.
وَمَا
تُنفِقُواْ مِنۡ خَيۡرٖ (272) – البقرة
وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلۡخَیۡرِ لَشَدِیدٌ (8) - العاديات
(b)
Hadis
Aisyah;
Dalam
riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ummu mukminin, iaitu Aisyah ada bertanya kepada yang
mahu melakukan wasiat: "Berapakah banyak harta engkau?"
Dia
jawab: tiga ribu
Aisyah
tanya lagi; berapa orang anak engkau?
Dia
jawab: ada empat orang.
Aisyah
tanya lagi: meremang Allah menyatakan jika engkau meninggalkan Khairan
hendaklah berwasiat, tetapi harta engkau itu sedikit. Sebab itu tinggalkan
harta itu buat anak-anakmu, itulah yang lebih baik.
عَنْ عَائِشَةَ
قَالَ: قَالَ لَهَا رَجُلٌ: إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُوصِيَ، قَالَتْ: «كَمْ
مَالُكَ؟» ، قَالَ: ثَلَاثَةُ آلَافٍ، قَالَتْ: «فَكَمْ عِيَالُكَ؟» ، قَالَ:
أَرْبَعَةٌ، قَالَتْ: «فَإِنَّ اللَّهَ يَقُولُ» : {إِنْ تَرَكَ خَيْرًا} [البقرة:
180] ، «وَإِنَّهُ شَيْءٌ يَسِيرٌ، فَدَعْهُ لِعِيَالِكَ فَإِنَّهُ أَفْضَلُ» -
مصنف ابن ابي شيبة, 30946[2]
(c)
HADIS
ALI BIN ABI TALIB
Dalam
riwayat Al-Baihaqi, Ali bin Abi Talib datang menziarahi kepada maulanya yang
sedang sakit. Maula itu berkata: apakah tidak patut kalau saya berwasiat?
Ali
bertanya: berapa harga yang engkau tinggalkan?
Jawab
Maula: ada tujuh ratus dirham atau enam ratus dirham.
Ali
berkata: ini cuma harta yang sedikit, tidak perlulah kamu berwasiat. Biarkan
saja untuk waris kamu.(Hamka:1/414)
عَنْ عروة بن
الزبير قَالَ: دَخَلَ عَلِيٌّ عَلَى مَوْلًى لَهُمْ فِي الْمَوْتِ فَقَالَ: يَا
عَلِيُّ أَلَا أُوصِي؟ فَقَالَ عَلِيٌّ: لَا إِنَّمَا قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ
وَتَعَالَى: {إِنْ تَرَكَ خَيْرًا} [البقرة: 180] وَلَيْسَ لَكَ كَثِيرُ مَالٍ
" قَالَ: «وَكَانَ لَهُ سَبْعُمِائَةِ دِرْهَمٍ» - مصنف عبد الرزاق, 16351[3]
(d)
Kemungkinan
takhsis
Usaimin
menyatakan, ayat ini tidak boleh mansukh kerana ia memungkinkan takhsis.
Iaitu,
ibu bapa tidak boleh mendapat wasiat jika mereka adalah ahli bagi faraid. Namun
jika mereka bukan ahli faraid, seperti mereka tidak beragama islam atau hamba,
maka mereka dapat hak wasiat. (Usaimin:3/207)
Dari
keempat-empat hujah ini, dapat disimpulkan bahawa konsep wasiat kepada kedua
ibu bapa dan kaum kerabat sepertimana dalam ayat ini tidak mansukh.
Justeru
yang dimaksudkan dalam ayat bahawa ibu bapa layak mendapat hak wasiat adalah
merujuk kepada ibu bapa yang tidak layak untuk mendapat hak faraid, seperti ibu
bapa yang tidak beragama islam atau ibu bapa yang mereka adalah golongan hamba.
Apatah lagi semasa ayat ini diturunkan, konsep perhambaan itu masih diamalkan
lagi. (Shihab:1/398, Hamka:1/414)
Ini
adalah pendapat Al-Dhahhaq, Thawus, al-Hassan dan al-Tabari. (Qurtubi:3/99)
[2]
Menurut Sya'rawi, konsep wasiat diberikan kepada ibu bapa yang tidak beragama
Islam selaras dengan firman Allah;
وَإِنْ
جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا
تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ
أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ
تَعْمَلُونَ (15) - لقمان
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau
mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak
mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan
bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan
orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh).
Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan
kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(sya'rawi:1/758)
PENDALILAN:
dalam ayat ini, Allah suruh manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa,
walaupun mereka tidak beragama islam. Allah suruh berbuat ma’ruf kepada mereka,
walaupun tidak taat kepada mereka ketika mereka memaksa agar mensyirikkan
Allah.
[3]
Perkataan خير dalam ayat merujuk kepada
harta yang banyak. Justeru, berapa kadar banyak harta tersebut?
(a)
700
Dinar ke atas. Ini pendapat Ali, Aisyah dan Ibn Abbas.
(b)
1
ribu dinar dan ke atas. Ini pendapat al-Hasan sepertimana riwayat Qatadah.
(c)
Dari
5 ratus sehingga 1 ribu dinar. Ini pendapat Al-Sya'bi. (Qurtubi:3/93)
[4]
Kadar wasiat hanya 1/3 daripada harta si mati. Tidak boleh lebih daripada kadar
itu. Jika lebih, dia telah menzalimi kepada mereka yang layak menerima faraid. (Hamka:1/414)
Dalam
hadis, dari Abu Said al-Khudri berkata:
عَنْ سَعْدٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَعُودُنِي وَأَنَا مَرِيضٌ بِمَكَّةَ، فَقُلْتُ: لِي مَالٌ، أُوصِي بِمَالِي
كُلِّهِ؟ قَالَ: «لاَ» قُلْتُ: فَالشَّطْرِ؟ قَالَ: «لاَ» قُلْتُ: فَالثُّلُثِ؟
قَالَ: «الثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ، أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ
مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ » -
البخاري, 5354[4]
Nabi
saw mengunjungiku ketika aku jatuh sakit di Makkah. Aku memberitahu kepada
baginda: "Aku memiliki harta. Aku mahu mewasiatkan seluruhnya?"
Baginda menjawab: "Tidak."
Aku
bertanya lagi: "Ataukah setengah darinya?" Jawab nabi:
"Tidak."
Aku
bertanya lagi: "Ataukah sepertiga darinya?" jawab Baginda: "Ya,
sepertiga. Namun sepertiga adalah sesuatu yang banyak. Lebih baik bila kamu
meninggalkan kecukupan kepada ahli warismu berbanding kamu meninggalkan mereka
dalam keadaan miskin dan meminta-minta dari apa yang ada di tangan manusia. (sya'rawi:1/758)
Dari
hadis ini, jumhur ulama menyatakan, tidak harus memberi wasiat harta lebih
daripada satu pertiga.
Bahkan
mereka menyatakan bahawasanya tindakan sebegitu adalah batil. (Tahir:2/151)
Walaubagaimanapun
jika dia tidak mempunyai sebarang kerabat dan ibu bapanya juga sudah meninggal,
Abu Hanifah dan ulama bermazhab hanafi memfatwakan bahawa harus baginya mewasiatkan
semua hartanya. (Tahir:2/151, Qurtubi:3/96)
لِلْوَالِدَيْنِ
وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ |
[1]
Kata Sya'rawi, kebiasaan manusia itu selalu memfokuskan kepada anak berbanding
ibu bapa. Dengan sebab itu, Allah menyatakan dalam ayat ini agar manusia tidak
abaikan kepada kedua ibu bapa mereka dalam hal yang melibatkan wasiat.
(Sya'rawi:1/757)
[2]
Dalam ayat yang lain Ada menyatakan bahawa ibu bapa yang kematian anak akan
mendapat hak faraid sebanyak 1/6. Firman Allah:
یُوصِیكُمُ ٱللَّهُ فِیۤ أَوۡلَـٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ
ٱلۡأُنثَیَیۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَاۤءࣰ فَوۡقَ ٱثۡنَتَیۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا
تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَ ٰحِدَةࣰ
فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَیۡهِ
لِكُلِّ وَ ٰحِدࣲ مِّنۡهُمَا
ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدࣱۚ فَإِن لَّمۡ یَكُن لَّهُۥ وَلَدࣱ
وَوَرِثَهُۥۤ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥۤ إِخۡوَةࣱ
فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِیَّةࣲ یُوصِی بِهَاۤ أَوۡ دَیۡنٍۗ
ءَابَاۤؤُكُمۡ وَأَبۡنَاۤؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَیُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعࣰاۚ
فَرِیضَةࣰ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِیمًا حَكِیمࣰا (11) - النساء
Ayat
ke-11 dari surah al-Nisa’ ini sebagai
takhsis terhadap ayat 180 surah al-Baqarah, iaitu seperti berikut;
(a)
ibu
bapa yang beragama islam dan layak menerima faraid, dia akan mendapat bahagian
daripada peninggalan harta anaknya sebanyak satu perenam. Hal ini dilihat pada
ayat yang ke-11 dari surah an-Nisa.
(b)
Ibu
bapa yang tidak layak menerima faraid seperti dia tidak beragama islam ataupun
seorang hamba, mereka dapat hak wasiat sepertimana yang disebut oleh Allah
dalam ayat yang ke-180 dari surah al-Baqarah.
[3]
Siapa yang dimaksudkan sebagai kaum kerabat di dalam ayat ini? Terdapat
perbezaan pentafsiran ulama seperti berikut;
(a)
Anak-anak.
Ini adalah pendapat Abdul Rahman bin Zaid.
(b)
Semua
kaum kerabat yang selain ibu dan bapa. Ini adalah pendapat Ibnu Abbas dan
Mujahid.
(c)
Semua kaum kerabat mereka yang dapat mewarisi
dan tidak dapat mewarisi.
(d)
Mereka
yang tidak dapat mewarisi harta dari kalangan orang lelaki. (Razi:5/65)
(e)
Usaimin
kata, maksud kerabat adalah adik-beradik dan bapa saudara dan ibu saudara. (Usaimin:3/306)
[4]
Berkata imam mazhab empat dan al-Awza'ie;
مَنْ أَوْصَى
لِغَيْرِ قَرَابَتِهِ وَتَرَكَ قَرَابَتَهُ مُحْتَاجِينَ فَبِئْسَمَا صَنَعَ!
Barangsiapa
yang memberi wasiat kepada orang yang bukan kaum kerabatnya, serta meninggalkan
kerabatnya dalam keadaan mereka memerlukan (keperluan kewangan), amat buruklah
dengan apa yang dilakukan. (Al-Qurtubi:1/102)
[5]
Dari sudut bahasa, معروف bermaksud
adalah perbuatan yang diterima akal, dan hawa nafsu akan menolak. Ia adalah
sesuatu yang disukai dan diredhai dalam agama.
Lawan
bagi makruf adalah mungkar, itu sesuatu yang diingkari oleh manusia dari sudut
akal, walaupun kadangkala diterima oleh hawa nafsu.
Justeru,
maksud dengan بالمعروف dalam
ayat ini adalah:
(a)
agihkan
harta itu secara adil. Hal ini kerana, dengan keadilan akan terhindar rasa
tidak puas hati dari pihak lain.
(b)
Juga
memberi makna, diagihkan harta itu jangan sampai memudaratkan kepada waris,
kaum kerabat atau suami atau isteri masing-masing. (Tahir:2/148)
(c)
Dibahagikan
harta itu berdasarkan uruf syariat. (Usaimin:2/306)
(d)
Agihkan
itu dengan sifat kasih sayang dan Ehsan. (Kathir:1/494)
حَقًّا
عَلَى الْمُتَّقِينَ (180) |
Perkataan
حقا ia memberi makna kewajiban dan
tanggungjawab yang perlu ditunaikan. (Hamka:1/414)
Namun,
dalam kupasan al-Imam Al-Qurtubi pula, apabila Allah mengatakan حقا على المتقين, kelihatan ayat ini mengkhususkan kepada
orang bertaqwa sahaja.
Dengan
ini disimpulkan bahawa, hukum wasiat ini adalah sekadar sunat sahaja. Kalau ia
adalah wajib atau fardhu, sudah pasti akan disebut حقا
على المسلمين. (Qurtubi:3/109)
PENGAJARAN |
[1]
Ibu bapa yang tidak beragama islam tidak dapat menerima Faraid. Justeru konsep wasiat
sebagai cara untuk mengatasi masalah ini; iaitu diwasiatkan agar diberikan
beberapa kadar harta kepada ibu bapa yang tidak beragama islam tersebut.
(Hamka:1/414)
[2]
Ulama khilaf berkenaan hukum wasiat;
(a)
Syafie,
Maliki dan al-Sauri: tidak wajib memberi wasiat sebelum mati. Ia sekadar sunat
sahaja.
(b)
al-Zuhri
dan Abu Mijlaz: wajib berwasiat sebelum mati.
(c)
Abu
Thur: tidak wajib kecuali dia ada hutang, atau dia ada pegang duit orang yang
diamanahkan kepadanya. (Qurtubi:3/94)
(d)
Ibrahim
Al-Nakhaie ada berkata: Rasulullah wafat tanpa nabi berwasiat. Abu Bakar
berwasiat. Justeru, jika berwasiat, maka itu baik. Jika tidak berwasiat, tidak
ada sebarang kesalahan pun. (Qurtubi:3/95)
[3]
Ulamak berbeza pendapat berkenaan dengan orang yang telah memberi wasiat,
kemudian dia mahu menukar wasiatnya;
(a)
Tidak
boleh dia menukar balik Wasiat. Ini adalah pendapat 'Ata bin Abi Rabah, Thawus,
al-hassan, ibn sirin, ibn abi laila, al-Zuhri, Rabiah dan al-Awza'ie.
(b)
Dia
boleh menukar balik wasiatnya. Ini adalah pendapat imam Syafie, imam Abu
Hanifah, imam Ahmad bin hambal. (Qurtubi:3/102)
[4]
Seorang yang sakit, dia memberi wasiat secara isyarat, bukan dengan perkataan
atau dokumentasi; apakah sah wasiat atau tidak?
(a)
SUFYAN
AL-SAURI, wasiat tidak boleh berlaku kecuali perlu dengan sesuatu yang
meyakinkan seperti bercakap ataupun menulis.
(b)
AL-AWZA'IE,
wasiat boleh berlaku secara isyarat. Ia sama seperti seperti hukum wasiat bagi orang
bisu. (Qurtubi:3/110)
[5]
Ada empat syarat untuk berlaku wasiat;
(1)
Taklif;
iaitu wasiat tidak sah dari orang gila atau kanak-kanak.
(2)
Islam; iaitu wasiat tidak sah jika datang dari
orang kafir.
(3)
‘Adalah;
iaitu wasiat tidak sah jika datang dari orang fasik.
(4)
kifayah
dan hidayah; iaitu tidak disyaratkan orang itu merdeka. Jika hamba memberi
wasiat juga hukumnya adalah boleh. (Qurtubi:1/114)
[6]
HUKUM NASAKH
(A)
NASAKH SESAMA AYAT AL-QURAN
Abduh
menyatakan bahawa konsep nasakh itu berasaskan kepada hikmah dan realiti.
Dengan sebab itu, syariat Musa menasakhkan sesetengah hukum dalam syariat Nabi
Ibrahim; syariat Nabi Isa menasakhkan sesetengah hukum yang berada di dalam
taurat; syariat Islam menasakhkan kandungan syariat nabi-nabi sebelum ini.
Diterima
nasakh kerana hukum itu mengandungi maksud maslahah. Sudah pasti maslahah tidak
sama antara satu zaman dengan zaman yang lain.
Di
sana ada pendapat yang mengatakan tidak berlaku nasakh antara ayat-ayat al-Quran.
Abu
muslim Muhammad Al-Asfahani menyatakan, tidak ada konsep ayat al-Quran
menasakhkan ayat Al-Quran. Adapun berkenaan dengan ayat Al-Quran berkaitan
pemalingan kiblat daripada Masjidil Aqsa kepada Masjidil haram, itu bukan
menasakhkan Al-Quran. Kita tidak tahu apakah Nabi Muhammad solat menghadap arah
baitul maqdis itu berasaskan kepada ijtihad ataupun wahyu yang datang selain
dari Al-Quran. Hal ini kerana, tidak terdapat satu dalil dari ayat Al-Quran
yang menjelaskan tentang suruhan solat menghadap arah baitulmaqdis.
Walau
bagaimanapun, majoriti ulama menganggap Al-Quran boleh menasakhkan Al-Quran.
(Manar:2/139)
(B)
NASAKH
AL-QURAN DAN HADIS
Di
sini ada beberapa kupasan berikut;
(a)
Zanni
– qatie.
Adapun
berkenaan dengan Al-Quran dinasakhkan dengan hadis, asas terhadap isu itu
adalah sumber yang Qatie dinasakhkan dengan sumber yang Zanni.
Dengan
sebab itu, Ulama bermazhab Hanafi dan kebanyakan ulama di dalam mazhab Syafie
berpendapat bahawa harus Al-Quran dinasakhkan dengan hadis yang mutawatir.
(b)
Setanding
al-Quran?
Imam
Syafie dalam al-Risalah, menyatakan bahawa tidak harus hukum dari Al-Quran itu
dinasakhkan dengan hadis, kerana tidak ada sesuatu sumber agama yang setanding
dengan Al-Quran.
Dalam
memberi komentar terhadap kupasan Abduh, Rashid Redha menyatakan bahawa setiap
yang datang dari Al-Quran adalah wahyu. Adapun hadis, ia bercampur antara wahyu
dan ijtihad nabi. Dengan itu, kelihatan bahawa hadis tidak boleh menasakhkan
Al-Quran.
(c)
Dilalah
Ada
setengah ulamak pula berpendapat, nasakh yang berlaku antara al-Quran dan hadis
hanya melibatkan kepada dilalah ayat sahaja. Hal ini kerana, hukum yang diistinbatkan
dari Al-Quran sifatnya dalam Zanni, sama seperti hukum yang terhasil daripada
hadis. (Manar:2/140)
(d)
Hadis
dikuatkan dengan ayat al-Quran.
Ada
pendapat lain pula mengatakan, hadis yang menasakhkan hukum Al-Quran perlu
disertai dengan ayat Al-Quran yang lain yang menguatkan maksud hadis tersebut.
Contoh
dalam hal ini adalah seperti ayat ke-180 Surah al-baqarah yang mengatakan
bahawa ada konsep wasiat terhadap kedua ibu bapa, sedangkan di dalam hadis nabi
ada berkata;
فَلَا
وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ – ابو داود, 2870
“tidak ada wasiat bagi waris”
Hadis
ini menasakhkan hukum yang terkandung dalam ayat yang ke-180 surah al-Baqarah,
dalam pada hadis ini telah dikuatkan dengan ayat Al-Quran yang lain yang
menjelaskan tentang ibu bapa mempunyai hak faraid (Surah al-Nisa 4:7-11).
(Manar:2/141)
[1] SANAD:
حَدَّثَنَا
عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ نَجْدَةَ، حَدَّثَنَا ابْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ شُرَحْبِيلَ
بْنِ مُسْلِمٍ، سَمِعْتُ أَبَا أُمَامَةَ
[2] SANAD:
حَدَّثَنَا
أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ شَرِيكٍ، عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ،
عَنْ عَائِشَةَ قَالَ
[3] SANAD:
عَنْ
مَعْمَرٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ
[4] SANAD:
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ،
عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ
IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI
IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ: إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...
-
يقول ابن أبي العز الحنفي : " و #التعصب على نوعين فمن تعصب لواحد معين غير النبي صلى الله عليه وسلم كمالك و أبي حنيفة و الشافعي و أحمد. ...
-
Hubungan mesra Hanbali dan Asy'ari Abu al-Fadl 'Abd al-Wahid bin 'Abd al-'Aziz al-Tamimi adalah seorang ulama Hanbali yang t...
-
Perbedaan antara Kalam dan Lafadz Banyak yang rancu membedakan antara istilah "kalam" dan "lafadz" yang berujung pada ke...