Imam Bukhari pernah dihalang mengajar di Bukhara, iaitu kampung halaman beliau sendiri.
Gabenor pada masa tu, Khalid Bin Ahmad suruh dia keluar dari kampung halamannya, hanya semata-mata dia dituduh kononnya mengajar perkara menyalahi sunnah nabi
Ada riwayat lain kata, bahawa gabenor minta dia datang ke istana untuk perdengarkan hadis kepada gabenor dan ahli keluarganya.
Imam Bukhari kata, kalau dia datang juga, itu dia dah hina ilmu. Jadi, kalau nak belajar, datang kat rumah dia atau masjid dia. Kalau tak suka, nak halang pun tak pe. Yang penting, dia dah tunjuk cara untuk nak dapat ilmu. Jadi, tidak boleh anggap dia sembunyikan ilmu.
No comments:
Post a Comment