Tuesday, November 22, 2022

Komposisi Agama di Malaysia

Komposisi Agama di Malaysia


Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia sebanyak 63.3%. Selebihnya adalah agama lain yang dianuti orang Malaysia adalah Buddha (19.8%), Kristian (9.2%), Hindu (6.5%), lain-lain agama (1.7%) dan tiada agama atau agama tidak diketahui adalah sebanyak 0.5%. Lain-lain agama termasuklah Agama rakyat Cina, agama Sikh, agama Yahudi, dan lain-lain.

Sunday, November 20, 2022

HADIS AHAD DARI SAHABAT TIDAK FAQIH

HADIS AHAD DARI SAHABAT TIDAK FAQIH

 

Dalam Mazhab Hanafi, sesuatu riwayat hadis yang sahih yang sanadnya bersambung serta perawinya siqah; tidak semestinya hadis boleh dibuat hujah.

 

Mereka teliti terlebih dahulu, siapa sahabat yang riwayatkan hadis tersebut. Jika sahabat itu yang terkenal dengan kefaqihan dan ijtihad, maka hadis mereka terus diterima tanpa sebarang bantahan.

 

namun, jika sahabat yang riwayatkan hadis itu tidak terkenal sebagai faqih, seperti Abu Hurairah dan Anas bin malik, mereka tidak terus terima hadis tersebut. Sebaliknya, mereka letakkan syarat: perlu selaras dengan qiyas. Jika selaras, baru diterima. Jika tidak selaras, maka hadis itu tidak boleh dijadikan hujah.

 

Ini pendapat ulama-ulama usul fiqh dalam Mazhab Hanafi seperti al-Surakhsi, al-Bazdawi, al-Nasafi, Abu Bakar al-Jassas dan sebagainya.

 

Adapun pendapat Abdul Aziz al-Bukhari, al-Dabusi, Ibn Malak dll, mereka sependapat dengan metode Usul mazhab Syafie yang anggap, hadis yang sahih sanad tidak perlu dilihat dari sudut darjat seseoranhg sahabat sebagai faqih atau tidak.

 

apatah lagi, Ibn Malak membantah dakwaan bahawa Abu Hurairah adalah sahabat yang tidak faqih.

 

- kitab Manhaj al-Hanafiyyah Fi Naqd al-Hadis, Dr. Kailani Muhammad Khalifah, hlm. 263-265




FATWA ALBANI: ALLAH TIDAK BERTEMPAT

Fatwa Albani bahawa ALLAH tidak mempunyai tempat

 

نقول إن الله منزه عن المكان بإتفاق جميع علماء الإسلام لماذا ؟ لأن الله كان ولا شيئ معه وهذا معروف فى الحديث الذي فى صحيح البخاري عن عمران بن حصين كان الله ولا شيئ معه ولا شك أن المكان هو شيئ أي هو شيئ وجد بعد أن لم يكن وإذا قال الرسول كان الله ولا شيئ معه معناه كان ولا مكان له لأنه هو الغني عن العالمين هذه الحقيقة متفق عليها إه

kami nyatakan bahawa Allah terbebas dari tempat, hal itu berdasar kesepakatan seluruh ulama' Islam. Kerana Allah itu ada, dan tidak ada sesuatupun yang menyertainya, dan ini boleh diketahui dalam hadits yang terdapat dalam sahih al-Bukhari, yang diriwayatkan dari Imron bin Hushoin bahawasanya Allah itu ada dan tidak ada sesuatu pun yg menyertainya.

 

Bukankah tidak diragukan lagi bahawa tempat itu adalah sesuatu, iaitu sesuatu yg ada dari sebelumnya yg belum ada.

 

Dan ketika Nabi mengatakan "Allah itu ada dan tidak ada sesuatu pun yg menyertainya", hal itu punya arti bahawa Allah itu ada dan tidak ada tempat yang menyertainya. Kerana Dia maha kaya atas segenap alam. Ini adalah hakikat yg telah disepakati atasnya"

 

Rujukan: Fatawa Albani, halaman 339.

 




Thursday, October 20, 2022

PERBEZAAN MUHADDISIN DAN FUQAHA' DALAM MELIHAT HADIS

PERBEZAAN MUHADDISIN DAN FUQAHA' DALAM MELIHAT HADIS 

فقہاء کا اصل مقصد حدیث شریف سے مسئلہ کا استنباط ہوتا ہے، اس مقصد کے لیے اتنی بات کا معلوم ہوجانا کافی ھے،  کہ فلان حدیث کا متن تواتر یا خبر مشہور یا خبر واحد سے ثابت ہے، اب یہ حدیث کتنی اور کون کون سی سندوں اور طرق سے مروی ہے؟

 

ان تفصیلات سے فقہاء کی کوئی غرض براہ راست وابستہ نہیں، اس لیے وہ اس سے بحث نہیں کرتے، جبکہ محدثین سند و متن دونوں سے بحث کرتے ہیں، کیونکہ ان کا مقصود ہی احادیث کے متن و اسانید کو جمع کرنا ہے، اس لیے احادیث  کے شمار کرنے میں فقہاء (اصولیین) اور محدثين کا طریقہ مختلف ہے

Dalam melihat hadis, tujuan ahli fiqh adalah untuk istinbat hukum. Tercapai tujuan ini, itu sudah memadai; iaitu, apabila dapat dipastikan matan hadis itu mutawatir, atau hadis masyhur atau hadis ahad;

 

Adapun untuk dipastikan berapa dan jenis sanad dan jalur-jalur periwayatan. Perincian sebegini bukan pemerhatian ahli fiqh. Ekoran itu, hal sebegini tidak menjadi perbahasan mereka.

 

Sementara Ulama hadis pula, sanad dan matan; kedua-duanya adalah perbahasan mereka. Hal ini kerana, tujuan mereka adalah menghimpunkan sanad dan matan hadis.

 

Dengan itu, kita dapati bahawa ada perbezaan pendekatan fuqaha' dan muhaddis.

 

-      Hadharat Maulana Mufti Mujammad Rafi’e Osmani Sahab, Dars-e-muslim, (karachi, Idarah al-Ma’arif, 2012), jld 1, hlm 262-263

Monday, September 12, 2022

HADIS AHAD YANG BERTEMBUNG DENGAN HADIS MASYHUR.

 HADIS AHAD YANG BERTEMBUNG DENGAN HADIS MASYHUR.

 

Saya simpulkan ada beberapa perkara penting;

 

A. Definisi hadis masyhur antara HANAFI dan SYAFIE yang ada perbezaan pemaknaan.

 

B. Status Hadis masyhur yang difahami Hanafi sebagai Qatie, sedangkan ia Zanni dalam pemahaman Syafie

 

C. Apabila ia Qatie, Hanafi meletakkan dilalahnya setahap al-Quran dan hadis Mutawatir. Ini berbeza dengan Syafie yang sedari awal letak di bawah kategori Zanni.

 

Sumber: Rif’at Fawzi Abd al-Muttalib, Tawsiq al-Sunnah fi al-Qarn al-Sani al-Hijri, (Mesir, Maktabah al-Khanji, 1981), cetakan pertama, hlm 228-229





HADIS SAHIH BERTEMBUNG DENGAN AMAL AHLI MADINAH

 HADIS SAHIH BERTEMBUNG DENGAN AMAL AHLI MADINAH

 

Dalam metode mazhab Maliki, sesuatu hadith Ahad yang sahih, jika bertembung dengan amal ahli Madinah, maka hadith ahad yang sahih itu tidak boleh dijadikan sandaran hujah.

 

Maliki beranggapan bahawa penduduk Madinah adalah orang yang paling rapat dengan nabi. Justeru sesuatu amalan yang sabit dalam Hadith hendaklah selaras dengan amal ahli Madinah. Jika bertembung, hadis Ahad (walaupun sahih sanad) tersebut wajar diragui.

 

Dengan sebab itu, terdapat beberapa amalan yang terkenal dalam mazhab Syafie, hanbali dan Hanafi, tetapi ia dianggap sebagai tidak ada dalam mazhab Maliki. Contohnya puasa 6 di bulan Syawal—semua ulama menganggap ia sebagai sunat, tetapi Maliki menganggap ia sebagai makruh.

 

Dalam kitab ini, Dr Rifaat Fauzi mendatangkan kritikan Syafie terhadap pendekatan mazhab Maliki dalam hal ini.

 

Beliau menjelaskan juga bahawa, selain al-Syafi'i, di sana terdapat ulama lain turut sama mengkritik, seperti IMAM AL-LAIS BIN SA'AD yang sezaman dengan Imam Malik malah mereka pernah bertemu, dan IMAM IBNUL QAYYIM melalui kitab beliau I'LAM AL-MUWAQIIN dan IBN HAZM dalam kitab AL-IHKAM. Tidak kurang juga murid Imam Malik dan juga imam Abu Hanifah, iaitu imam MUHAMMAD BIN HASAN AL-SYAIBANI.

 

Antara kritikan yang dilakukan adalah seperti berikut;

 

(a)                Menolak dakwaan Imam Malik bahawa berlaku ijmak dalam kalangan ahli Madinah. Syafie menjelaskan bahawa ijmak yang diiktiraf adalah kesepakatan ulama yang berlaku di seluruh negara, bukan dibataskan kepada penduduk Madinah sahaja.

 

(b)                al-Lais menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang amal ahli Madinah bercanggah dengan amalan sahabat yang berada di luar Madinah.

 

Antara contohnya, Ahli Madinah menjamakkan sembahyang maghrib dan isyak pada waktu malam yang hujan, sedangkan sahabat yang berada di Iraq, syam dan Mesir tidak melakukannya.

 

Malahan Umar bin Abdul Aziz juga tidak melakukan amalan tersebut.

 

(c)                 Hujah Syafie lagi, apabila sesuatu hadis Ahad itu telah berjaya dibuktikan bahawa ia adalah sahih dan sanadnya terdiri daripada para siqah, maka itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa hadis itu boleh dijadikan sebagai sandaran.

 

(d)               Syafie turut berhujah bahawa susunan dalam pengambilan sumber hukum adalah bermula dari Al-Quran, kemudian hadis, kemudian ijmak dan qias.

 

Jika Maliki melihat hadis dengan diikat faktor amal ahli Madinah, susunan itu sudah songsang. Yang sepatutnya dari atas ke bawah, sudah jadi dari bawah ke atas.

 

Sumber: Rif’at Fawzi Abd al-Muttalib, Tawsiq al-Sunnah fi al-Qarn al-Sani al-Hijri, (Mesir, Maktabah al-Khanji, 1981), cetakan pertama, hlm 281-282




IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

  IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI   وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:   إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...