Friday, August 19, 2022

DAKWAAN IBU NABI BERIMAN SELEPAS DIA MENINGGAL DUNIA

 DAKWAAN IBU NABI BERIMAN SELEPAS DIA MENINGGAL DUNIA


Dalam kitab al-Nasikh wa al-Mansukh, Ibn Syahin ada meriwayatkan bahawa Aisyah ada berkata bahawa ketika Haji Wida’, Nabi bersama Aisyah melintas di Aqabah Hajun. Ketika itu, baginda  kelihatan menangis sedih dan susah. Tangisan nabi saw itu menyebabkan Aisyah juga turut menangis. Kemudian, Nabi saw suruh agar Aisyah berhenti menangis. Nabi turun dan dalam beberapa ketika, Nabi datang kepada Aisyah dalam keadaan gembira dan tersenyum. Aisyah pun bertanya kepada Nabi bahawa sebelum itu Nabi terlalu bersedih, tetapi sekarang bergembira pula? Nabi saw pun berkata:


ذهبت لقبر أمي آمنة فسألت الله أن يحييها فأحياها ، فآمنت بي وردها الله عز وجل

“aku telah pergi ke kubur ibuku, Aminah. Aku mohon dengan Allah agar Allah hidupnya kembali, Allah pun hidupkan. Ibuku itu beriman denganku, dan Allah pun matikan dia kembali”


PENJELASAN:


Kisah ini, ditanggapi bahawa Ibu Nabi yang sudah meninggal dunia. Setelah Baginda dilantik menjadi Nabi, baginda ke tempat di situ, maka Allah hidupnya kembali dan beriman dengan Nabi saw.


Dari sudut ini, dilihat bahawa ia bercanggah dengan:


a.                  ayat al-Quran dan hadis yang mengatakan bahawa apabila nyawa manusia sudah sampai ke halkum, maka sebarang iman dan amal solehnya sudah tidak diterima lagi. iaitu firman Allah; 


وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ (90) – يونس

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)"


وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (18) – النساء

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya


فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا قَالُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَحْدَهُ وَكَفَرْنَا بِمَا كُنَّا بِهِ مُشْرِكِينَ (84) فَلَمْ يَكُ يَنْفَعُهُمْ إِيمَانُهُمْ لَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا سُنَّتَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكَافِرُونَ (85) - غافر

Maka ketika mereka melihat azab Kami, mereka berkata: "Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan kami kufur ingkar kepada benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik" (84) Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya. Dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar (85)


hadis pula;


عَنْ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ العَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ» - الترمذي, 3537

Nabi saw bersabda: Allah terima taubat hamba selama nyawa tidak sampai ke halkum”


b.                  Menurut Abu al-Fadhl bin Nasir (guru kepada Ibn al-Jawzi) bahawa Ibu Nabi saw meninggal dan dikebumikan di Abwa’ yang berada antara mekah dan madinah, bukan di Hajun (satu tempat di Mekah). (al-Mawduat:1/283)


c.                   Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at komen:

 

“hadis ini palsu tanpa ragu lagi. Orang yang memalsukan hadis ini ternyata kurang faham serta ketiadaan ilmu. Andai dia ada ilmu, pasti dia tahu bahawa orang yang mati kafir, imannya tidak bermanfaat lagi selepas dia kembali hidup” (al-Mawduat:1/283)


d.                  Turut mengatakan hadis ini palsu adalah Mulla ‘Ali al-Qari dalam kitab “al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Mawdu’ah” (hlm 83).

No comments:

Post a Comment

IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI

  IBN TAIMIYYAH DAHULUKAN QATIE DAN ZANNI   وَالْحَقُّ كَمَا قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَةَ:   إِنَّ كُلًّا مِنَ الدَّلِيل...