Isu Sifat 20
Ada dakwaan yang pernah kita dengar dahulu. Selagi tidak belajar sifat 20 selagi itu iman tidak sah dan ada yang mendakwa solat tidak berguna selagi tidak mengetahui perkara yang terkandung dalam kalimah syahadah yang merangkumi 20 sifat Wajib, 20 Sifat Mustahil, dan 1 sifat Harus dan 4 sifat Wajib, Mustahil dan 1 sifat Harus bagi Rasul, menjadikan 50 sifat kesemuanya.
Imam al-Sanusi ditanya :
Adakah disyaratkan dalam iman untuk seorang Mukallaf mengetahui makna Lailahaillah dan Muhamad Rasulullah seperti mana yang disebut oleh beliau dalam kitab Akidah Sughra ataupun tidak?
Di sini Imam al-Sanusi ra sendiri menjawab:
Apa yang beliau maksudkan adalah:
Mengetahui semua sifat-sifat tersebut adalah untuk tujuan kesempurnaan iman sahaja, bagi syarat sah iman seseorang ialah mengetahui makna lafaz tersebut secara ijmal yg padanya terdapat pendetailan....
Rujukan
Tali' al-Busyra Ala Akidah al-Sughra oleh Shaykh Ibrahim al-Maliki, Tahqiq Shaykh Nizar al-Hamadi.2012.
No comments:
Post a Comment