FATIHAH 4
مالِكِ يَوْمِ
الدِّينِ (4)
Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
HUBUNGAN
AYAT |
|
AYAT 3 |
AYAT 4 |
Dalam pada Allah menguasai alam, Allah tetap
menampilkan dirinya sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha penyayang.
Walaupun sifat al-Jabbar, al-Mutakabbir DLL wujud juga pada Allah, tetapi
yang diangkat oleh Allah adalah الرحمن الرحيم |
Manusia kadangkala leka dan alpa. Hanya
mengingat sifat pemurah dan penyayang Allah, dibimbangi mereka merasakan
tidak bersalah dalam melakukan dosa dan maksiat. Makanya dalam ayat ini, Allah menampilkan
kekuasaan-nya di alam akhirat. |
[1] Dalam ayat 2, dijelaskan kekuasaan Allah di dunia.
Dalam ayat ini (4) dijelaskan kekuasaan Allah di alam akhirat.
[2] Tuhan memberi infrastruktur di dunia kepada
manusia agar manusia menyembahNya. Itulah sifat al-Rahman Allah. Tiba-tiba,
manusia tidak akur dengan perintahNya, maka memang layak Allah tidak berikan
syurga kepada mereka.
Manusia perlu sedar, setiap manusia akan hadapi semua
ini alam akhirat kelak, iaitu berhadapan dengan kehidupan selepas dari mati.
مالِكِ
يَوْمِ الدِّينِ |
[1]
apabila Tuhan sebut bahawa alam ini ditadbir oleh Allah, manusia juga perlu
sedar bahawa tuhan bukan semata-mata berkuasa di alam ini, bahkan kekuasaan
Allah juga di alam kehidupan selepas dari mati.
[2] perkataan مالك bermaksud pemilik. Ada yang baca dengan ملك, iaitu raja. Hari akhirat kelak, Allah
adalah raja segala raja, pemilik segala pemilik.
Bukan
sekadar di akhirat, bahkan semasa di dunia pun, penentuan pemilikan itu adalah
Allah. Firman Allah;
قُلِ
اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ
مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ
الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26) – ال عمران
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang
memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah
yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah
juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina
sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala
kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[3] Kata Sya’rawi, konsep alam akhirat adalah
MIZAN—pengimbang bagi kehidupan manusia. Orang yang berkuasa, apabila disebut مالك يوم الدين, mereka akan sedar bahawa
semasa di dunia mereka tidak ada ruang untuk melakukan kezaliman.
(Sya’rawi:1/68)
[4] Allah menyebut bahawa alam akhirat sebagai milik
Allah. Kenapa disebut begitu? Apakah alam dunia tidak dimiliki oleh Allah?
Dalam ayat ke-2, sudah dijelaskan kepemilikan Allah
terhadap alam dunia. Namun, dalam ayat ke-2 itu, Allah menyebut pada ayat
lanjutannya dengan sifat AL-RAHMAN dan AL-RAHIM.
Bermakna, dalam alam dunia, Allah memberi ruangan
kepada makhluk di dunia untuk bergerak bebas atas kehendak mereka sendiri.
Namun, pada hari akhirat kelak, manusia tidak ada
kebebasan lagi dalam bertindak. Bahkan, segala pergerakan mereka terbatas dengan
ketetapan Allah. Setiap pergerakan makhluk dalam pemilikan Allah. Firman Allah;
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ
نَفْسٌ لِنَفْسٍ شَيْئًا وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ (19)- الإنفطار
“Di hari sesuatu diri tidak dapat memiliki diri yang lain walaupun
sedikit. Urusan pada hari itu diserahkan kepada Allah”
[5] Asal makna يوم adalah hari. Apabila sebut hari, maka ada
waktu siang dan malam. Apabila ada konsep siang malam, sudah pasti ada kaitan
dengan matahari.
Persoalannya,
apakah alam akhirat nanti ada konsep siang dan malam? Hal ini kerana, antara
kejadian kiamat adalah semua makhluk di alam dunia ini hancur, termasuk
matahari.
Justeru,
perkataan يوم dalam ayat ini merujuk kepada MASA atau
WAKTU, bukan pemahaman hari sepertimana di dunia ini. (Shihab:1/44)
[6]
Kata الدين sering diterjemah sebagai agama, padahal
turut diterjemah juga sebagai pembalasan.
Hamka
menjelaskan bahawa menurut Islam segala gerak-geri hidup manusia tidak lepas
dari lingkungan agama, dan tidak lepas dari salah satu hukum yang lima: wajib,
sunat, haram, makruh dan harus. Semua perilaku ini akan diperhitungkan di
hadapan Allah di akhirat kelak sebagai pembalasan. (Hamka:1/75)
[7] Salah satu maksud
adil adalah sesuatu perbuatan mesti ada pembalasan. Kalau kita buat baik akan dibalas
balik; kalau kita buat jahat, maka dibalas jahat.
Pembalasan ini berlaku
dalam pelbagai bentuk; sama ada semasa di dunia, ataupun ketika di akhirat.
Allah yang maha
Rahman, dia memberi nikmat untuk manusia ada kudrat untuk bergerak secara
bebas. Namun, dengan sifat keadilan Allah, ditawarkan balasan baik kepada orang
yang berbuat baik atas sifat rahimNya.
[8]
Konsep alam akhirat dianggap penting untuk memastikan di dunia ini berada dalam
keadaan aman. Sudahlah Allah mengurus dan mentadbir alam ini رب العالمين, maka dalam memastikan manusia tidak
merosakkan alam yang telah ditadbir oleh Allah, makanya Allah mencipta satu
konsep, iaitu kehidupan selepas daripada mati wujudnya pembalasan terhadap apa
yang telah dilakukan semasa di dunia.
Apabila
manusia memikirkan tentang implikasi kehidupan mereka selepas daripada mati,
mereka tidak akan menjalani kehidupan mereka di dunia ini sesuka hati.
Sebaliknya mereka akan berhati-hati di dalam menjalani kehidupan.
Jika
semua manusia mengambil pengajaran terhadap konsep ini, sudah pasti keamanan
akan tercapai di atas muka bumi.
[9]
Manusia berhenti dari buat jahat ada beberapa factor:
(a)
Kerana dia benci kejahatan.
(b)
Kerana
dia takut implikasi disebalik kejahatan.
Contoh
bagi (a) adalah seperti manusia rasa jijik terhadap najis. Justeru, najis itu
tidak akan di makan, kerana dia merasa jijik.
Contoh
bagi (b) pula, seperti orang tidak rasuah di Singapore, kerana dia takut
ditangkap dan dikenakan hukuman di sana, kerana undang-undang rasuah di sana
amat tegas dan berat.
Islam
datang dengan dua pendekatan ini. Dengan sebab itu, islam menyeru manusia
kepada perkara (a) dengan menanam rasa benci dan jijik terhadap dosa dan
maksiat. Pendekatan (b) pula, islam mengajar dari sudut kepercayaan, iaitu azab
yang dahsyat di alam selepas mati.
Dalam
ayat ini, al-Quran memperkenalkan pendekatan (b); iaitu takut dengan balasan
alam akhirat selepas mati, andai semasa di dunia melakukan kejahatan.
PENGAJARAN |
[1]
Dalam ayat lepas, Allah sebut kekuasaannya yang mentadbir sekelian alam.
Mendengar berkenaan kekuasaanNya, kita rasa takut.
Lalu,
Allah menyebut sifatNya yang Rahman dan Rahim; melahirkan rasa sayang dan kasih
kepadanya.
Di
sini, digabungkan dua perasaan manusia terhadap Allah; iaitu TAKUT (الخوف) dan HARAP (الرجاء). Takut dengan
azabNya, harap agar diberikan syurgaNya; takut dengan kemurkaanNya, harap
dengan kasih sayangNya.
Apabila
dalam diri manusia ada dua sifat ini, manusia akan taat perintah Allah. Segala
perintah itu akan dibalas di hari pembalasan.
Apabila
disebut agama, sudah pasti melibatkan halal – haram; pahala dan dosa. Selain
agama, hal ini tidak dibicarakan. Dengan sebab itu, Allah namakan hari
pembalasan dengan يوم الدين yang asal perkataan الدين bermakna agama.
[2]
Ayat ini merupakan sumber utama agama yang menyatakan bahawa wujudnya alam
akhirat; kehidupan selepas dari mati.
No comments:
Post a Comment