Sunday, April 24, 2022

SIGHAH TAMRID JIKA DIGUNAKAN AL-BUKHARI

 

SIGHAH TAMRID JIKA DIGUNAKAN AL-BUKHARI

 

Ada orang kata, jika al-Bukhari guna SIGHAH TAMRIDH, itu bermakna hadis itu doif disebabkan seseorang perawi itu tidak ikut syarat al-Bukhari

 

Ibn Hajar berpendapat, itu dakwaan yang tidak tepat. Hal ini kerana, tidak semestinya al-Bukhari tidak berhujah dengan hadis yang kadangkala tidak ikut syaratnya. Cuma, menggunakan syaratnya, itu adalah syarat yang paling tinggi untuk dia buat hujah.

 

Yang sebenarnya, sighah tamridh pada al-Bukhari tidak dikhususkan bahawa hadis itu doif. kadangkala al-Bukhari guna juga sighah tamridh pada hadis sahih.

 

Hal ini berbeza dengan penggunakan sighah jazam yang ia tidak digunakan kecuali pada yang sahih sahaja.

 

Lihat kitab:

 

وَإِنَّمَا ذَكَرَهُ الْبُخَارِيُّ بِصِيغَةِ التَّمْرِيضِ لِأَنَّ أَبَا نَضْرَةَ لَيْسَ عَلَى شَرْطِهِ لِضَعْفٍ فِيهِ وَهَذَا عِنْدِي لَيْسَ بِصَوَابٍ لِأَنَّهُ لَا يَلْزَمُ مِنْ كَوْنِهِ عَلَى غَيْرِ شَرْطِهِ أَنَّهُ لَا يَصْلُحُ عِنْدَهُ لِلِاحْتِجَاجِ بِهِ بَلْ قَدْ يَكُونُ صَالِحًا لِلِاحْتِجَاجِ بِهِ عِنْدَهُ وَلَيْسَ هُوَ عَلَى شَرْطِ صَحِيحِهِ الَّذِي هُوَ أَعْلَى شُرُوطِ الصِّحَّةِ وَالْحَقُّ أَنَّ هَذِهِ الصِّيغَةَ لَا تَخْتَصُّ بِالضَّعِيفِ بَلْ قَدْ تُسْتَعْمَلُ فِي الصَّحِيحِ أَيْضًا بِخِلَافِ صِيغَةِ الْجَزْمِ فَإِنَّهَا لَا تُسْتَعْمَلُ إِلَّا فِي الصَّحِيح -فتح الباري, ج 2, ص205

 

Monday, April 18, 2022

HADIS SAQALAIN SYIAH ADALAH DOIF

 HADIS SAQALAIN SYIAH ADALAH DOIF


Hadis saqalain ini jadi hujah syiah dalam perkara aqidah.

 

PERTAMA : perkara aqidah sifatnya jazam. Justeru, ia tidak boleh disandarkan dalam keadaan ia ada masalah periwayatan serta bercanggah dengan al-Quran.

 

KEDUA : hadis-hadis saqalain bersifat doif, mungkar dan palsu. Mungkin boleh bawa kat sini tiga matan yang paling popular yang sering puak-puak syiah kemukakan.

 

Daripada Ali bin Abi Talib berkata bahawa rasulullah bersabda:

 

تركتُ فيكم ما إنْ أخذتُم به لن تضلُّوا: كتابَ الله، سببُه بيده وسببُه بأيديكم، وأهلَ بَيتي

 

Hadis ini ada dalam Ittihaf al-Khirah al-Mahirah karya al-Busiri, ia dikeluarkan Ishaq bin Rahywaih, dalam kitab al-Matalib al-Aliyah karya Ibn Hajar, Syarh Musykil al-Atsar karya al-Tahawi.

 

Dalam hadis ini, terdapat seorang perawi bernama KATHIR BIN ZAID yang berlaku perselisihan dalam kalangan ulama statusnya. Imam nasaie kata doif; al-Tabari kata kathir bin zaid tidak boleh dijadikan hujah; ibn Hibban kata, dia banyak buat silap dalam pada sedikit dia meriwayatkan hadis; ibn hajar kata dia saduq yang buat silap.

 

Daripada Zaid bin al-Arqam:

 

إنِّي تاركٌ فيكم ما إن تمسَّكتُم به لن تضلُّوا بعدي - أحدُهما أعظمُ من الآخَر -:كتاب الله، حبْلٌ ممدودٌ من السَّماء إلى الأرض، وعِترتي أهل بيتي، ولن يتفرَّقَا حتى يرِدَا عليَّ الحوضَ، فانظروا كيف تَخلُفوني فيهما

 

Hadis ini ada dalam tarmizi; al-ma’rifah wa al-tarikh; tartib al-Umali.

 

Dalam hadis ini ada perawi bernama Ali bin al-Munzir al-Kufi. Walaupun ada yang anggap dia siqah, tetapi sebilangan hadis jelaskan bahawa dia tidak boleh dijadikan sandaran. Nasaie kata, dia seorang syiah. Ibn hajar kata, dia Saduq yang tasyayyu’. Ibn Hibban kata, dia melampau dalam tasyayyu’. Abu Daud kata, dia syiah hangus.

 

Daripada Jabir bin Abdullah:

 

يا أيُّها الناس، إني تركتُ فيكم ما إنْ أخذتُم به لن تضلُّوا: كتاب الله، وعِترتي أهْلَ بَيتي

 

Hadis ini ada dalam kitab Tarmizi, al-Mukjam al-Kabir (tibrani) dan al-Mukjam al-Awsat (tibrani)

Hadis ini tidak diriwayatkan daripada Jaafar bin Muhammad kecuali daripada Zaid bin al-hasan al-Anmathi.

Zaid bin al-Hasan ini dianggap Abu Hatim sebagai mungkar hadis; al-Zahabi dan Ibn Hajar menganggap dia doif.

 

Jadi, ketiga-tiga hadis saqalain yang kononnya merujuk kepada ahli bait sebagai sumber hukum adalah bersumberkan sesuatu yang tidak jazam. Apatah lagi, semua sanad-sanadnya terbuka kepada kritikan sehingga dianggap lemah.

 

KETIGA : bercanggah dengan al-Quran.

 

Tidak ada satu pun ayat al-Quran yang menyatakan bahawa berpegang teguh dengan ahli bait dalam berhukum. Semuanya menyuruh agar rujuk al-Quran dan al-Sunnah.

 

Contohnya:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59) -  النساء

 

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ (32) – ال عمران

 

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (132) – ال عمران

 

Jelas, al-Quran sendiri tidak pernah mengatakan sumber hukum adalah ahli bait, tetapi hanya dua sahaja, Allah dan Rasul.

RUJUKAN INDUK SYIAH PASAL AHLI BAIT

 RUJUKAN INDUK SYIAH PASAL AHLI BAIT

 

Kerap sangat syiah dalam hal ikut ahli bait, merujuk hadis riwayat imam muslim.

 

Matan hadisnya begini:

 

أَمَّا بَعْدُ، أَلَا أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ، وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ: أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللهِ، وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ " فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللهِ وَرَغَّبَ فِيهِ، ثُمَّ قَالَ: «وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي» فَقَالَ لَهُ حُصَيْنٌ: وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ؟ يَا زَيْدُ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ؟ قَالَ: نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ، وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ، قَالَ: وَمَنْ هُمْ؟ قَالَ: هُمْ آلُ عَلِيٍّ وَآلُ عَقِيلٍ، وَآلُ جَعْفَرٍ، وَآلُ عَبَّاسٍ قَالَ: كُلُّ هَؤُلَاءِ حُرِمَ الصَّدَقَةَ؟ قَالَ: نَعَم – مسلم, 2408

 

Sebenarnya, perbahasan hadis ini betul ke macam syiah dok goreng?

 

Jom kita bahas.

 

Pertama : Secara dirayah hadis ini, ia ada riwayat yang lain yang ada mempunyai sedikit perbezaan makna pada menjelaskan berkenaan isteri Nabi sebagai ahli bait. Ini kerana, hadis ini antara hadis yang diriwayatkan secara makna, bukan secara lafaz.

 

Dalam perkara aqidah, ia perlu dari sumber yang bersifat pasti (qatie), dan tidak boleh terbuka kepada ihtimal dan penafsiran yang pelbagai.

 

Kaedah usul pun ada sebut: “apabila berlaku ihtimal, maka gugur dari istidlal”.

 

Makanya, menjadikan hadis yang terbuka ihtimal, seperti wujudnya bukti bahawa hadis ini diriwayatkan secara makna, mempunyai masalahnya tersendiri yang tidak valid dijadikan sandaran aqidah.

 

Kedua : dari sudut sanad pula, ia bersifat tidak konsisten.

 

Dalam riwayat muslim dan Ahmad, dinyatakan bahawa semasa Yazid bin Hayyan bertanya kepada Zaid bin Arqam, beliau bersama Hushoin bin sabrah dan Umar bin Muslim

 

Dalam riwayat Ibn Abi Syaibah, dinyatakan bahawa Yazid bersama Hushoin bin Sabrah sahaja, tanpa dinyatakan Umar bin Muslim.

 

Dalam musnad Abd bin Humaid dan Sunan al-Darimi pula, hanya disebut Yazid sahaja, tanpa disebut nama dua kawannya.

 

Tahawi pula meriwayatkan bahawa dalam Yazid bersama dengan Hushoin bin Uqbah (dalam riwayat lain sebut Hushoin bin Sabrah)

 

Sebenarnya banyak lagi boleh dikemukakan betapa tidak konsistennya sanad hadis ini.

 

Jadi, macam mana dalam riwayat yang tidak konsisten pun, syiah boleh jadikan sandaran aqidah?

 

Ketiga : Jika diperhatikan pada matan hadis disebut begini:

 

ثُمَّ قَالَ: «وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي»

 

Dalam hadis ini, zaid bin arqam berkata : KEMUDIAN BAGINDA BERKATA.

 

Disebabkan guna kalimah ثم, justeru berlaku ihtimal dalam kalangan ulama terhadap permaknaan hadis ini. apakah ia merupakan gandingan bagi KITABULLAH, ataupun sebenarnya itu adalah satu ungkapan permulaan ayat yang lain.

 

Dalam kalangan ulama hadis menjelaskan, ia adalah ungkapan ayat yang lain, bukan merujuk kepada gandingan dengan kitabullah. Dengan erti kata lain, maksud nabi itu adalah Nabi berpesan agar jangan terlalu melebihkan ahli keluarga Nabi, sama ada dari sudut membenci dan mencintai mereka.

 

Maka disebabkan itu, nabi saw ulang tiga kali pada ungkapan:

 

أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي، أُذَكِّرُكُمُ اللهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي

 

Aku berpesan kepada kamu berkenaan Allah berkenaan ahli Bait.

 

Bermaksud, kalau kamu melampau sayang kepada ahli bait, maka kamu kena ingat kepada Allah; kalau terlalu membenci ahli bait, maka kamu kena ingat kepada Allah.

 

Bermaksud, kena ambil perhatian bahawa Ahli bait adalah manusia biasa, yang boleh juga melakukan kesalahan, dan ada juga tindakan mereka yang betul. Jadi, nilailah sebarang tindakan mereka atas neraca al-Quran. Jangan terlalu melampau dalam mengagongkan mereka; atau menolak mereka.

 

Jelas bahawa hadis ini adalah ihtimal, sedangkan kaedah usul menyebut: “apabila ada ihtimal, maka tergugur dari istidlal”.

 

Jadi disini dapat disimpulkan bahawa, hadis ini bukan dalil bahawa ahli bait sebagai gandingan bagi al-Quran. Maka hujah syiah guna hadis ini, kononnya perlu ikut ahli bait, hakikatnya bercanggah dengan pemaknaan bagi hadis.

 

Keempat : syiah membataskan ahli bait itu kepada keluarga Ali, sedangkan kita sedar mereka tidak masukkan para isteri nabi dan keluarga selain ali sebagai ahli bait.

 

Hal ini bercanggah dengan hadis ini. sebab, dalam hadis disebut bahawa ahli bait itu termasuk para isteri Nabi, keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Abbas dan keluarga Jaafar.

 

Kelima : jika syiah anggap bahawa hadis ini menjadi dalil perlu berpegang teguh dengan ahli bait dengan maksud kepada keluarga Ali.

a.      Bagaimana Saidina Ali boleh berbaiah dengan Abu Bakar? Jika perlu berpegang teguh, pasti Ali kena paksa Abu Bakar berbaiah dengan dia, bukan sebaliknya. apakah mungkin Ali melanggar sesuatu pesanan Nabi? Ini tidak munasabah.

b.       Saidina Husain dan Saidina Hasan berbaiah dengan Muawiyyah. Jika begitu, bukankah mereka juga telah melanggar pesanan Nabi? Ini sudah tidak munasabah.

c.        Muhammad bin Saidina Ali bin Abi Talib, atau dikenali sebagai Muhammad bin al-hanafiyyah, iaitu anak saidina Ali dengan isterinya selepas Fatimah yang bernama Khaulah binti Jaafar al-Hanafiyyah; dia tidak berbai’ah dengan Saidina Ali Zainal Abidih, bahkan dia berbai’ah dengan Yazid. Bukankah anak saidina Ali sendiri menyanggahi ahli bait?

d.        Pelik, syiah anggap imam itu dari jalur Hussin. Kenapa tidak anggap imam itu dari jalur hassan?  Apatah lagi, anak saidina Hasan bernama al-Hasan al-Musanna pernah mengaku kepada imam. Kenapa syiah tidak iktiraf keimaman al-Hasan al-Musanna dari jalur Saidina Hasan, walhal Hasan adalah abang kepada saidina Hussin?

e.       Al-Hasan al-Musanna sendiri pernah menolak keimaman Ali Zainal Abidin. Maksudnya, dia sendiri tolak konsep berpegang dengan ahli bait.

f.        Walaupun al-hasan al-Musanna mengaku bahawa dia adalah imam, tetapi sepupunya sendiri, iaitu Ali Zainal Abidin menolak keimaman al-Hasan al-Musanna. Sebenarnya, siapa imam sebenar?

g.        Zaid bin Ali Zainal Abidin pula, tidak mahu ikut Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin, demikian sebaliknya, walhal sama-sama anak kepada Ali Zainal Abidin. Persoalannya, siapa yang perlu diikut? Apakah masing-masing telah menolak konsep ittrati?

 

Dari perbahasan ini, jelas maksud hadis ini bukan lah bermaksud perlu menjadikan ahli bait sebagai sumber agama. Ini salah satu kedangkalan syiah ketika mempertahankan konsep aqidah mereka.

KALIMAH AHLI BAIT DALAM QURAN BERMAKSUD ISTERI

 KALIMAH AHLI BAIT DALAM QURAN BERMAKSUD ISTERI

 

Dalam al-Quran, tidak pernah kata ahli bait merujuk kepada empat orang yang dimaksudkan oleh syiah; iaitu Hasan, hussin, Fatimah dan Ali.

 

Tetapi, semuanya merujuk kepada isteri.

 

Contohnya:

 

Satu: ISTERI NABI IBRAHIM, SARAH.

 

قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَجِيدٌ (73) – هود

 

Ungkapan عليكم – guna ungkapan jamak muzakkar.

 

Dua : ISTERI KEPADA IMRAN (BAPA KEPADA NABI MUSA)

 

وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ الْمَرَاضِعَ مِنْ قَبْلُ فَقَالَتْ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُ لَكُمْ وَهُمْ لَهُ نَاصِحُونَ (12)  - القصص

 

Kalimah يكفلون guna jamak muzakkar Salim, walhal AHLI BAIT dalam ayat merujuk kepada perempuan, iaitu mak nabi musa.

 

TIGA: ISTERI NABI MUSA.

 

وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَى (9) إِذْ رَأَى نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَعَلِّي آتِيكُمْ مِنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى (10) – طه

 

Ungkapan امكثوا – digunakan jamak muzakkar, walhal ia merujuk kepada isteri nabi musa.

 

Dari ini jelas bahawa aqidah syiah adalah BATIL, apabila menyatakan bahawa rujukan agama islam adalah ahli bait. Lebih batil, apabila anggap mereka boleh mendapat wahyu..

 

Berkenaan penggunaan kalimah wahyu dalam al-Quran, saya pernah tulis panjang lebar suatu masa dahulu. Bahkan ada dalam buku saya bertajuk “membunuh atas nama agama”.

 

Namun, saya biarkan dulu dengan hujah ini untuk nak tengok jawapan puak2 batil syiah jawab.

SAIDINA HUSIN DILAHIRKAN TAHUN 9 HIJRAH

 SAIDINA HUSIN DILAHIRKAN TAHUN 9 HIJRAH

 

Syiah sering mengatakan Saidina Husin dilahirkan pada tahun 5 hijrah. Dakwaan ini batil, dengan alasan berikut:


1.      Dalam riwayat sunni dan syiah sepakat bahawa semasa Saidina Hussin dilahirkan, beliau disambut oleh Ummu al-Fadhl binti al-haris, iaitu isteri kepada al-Abbas. 


Ummu al-Fadhl berhijrah ke Madinah selepas fath Makkah (tahun 8 Hijrah) bersama suaminya, Abbas, iaitu setelah mereka memeluk masuk islam pada tahun pembukaan kota mekah.

3.      Tak munasabah:

a.      Mereka nak sambut cucu nabi.

b.      Nabi izinkan orang kafir sambut cucu nabi.


4.     Dalam hadis pula saheh : sebelum kejadian kelahiran Saidina Husain, Ummu al-Fadhl ada bermimpi bahawa dia nampak salah satu anggota badan Nabi terputus dan jatuh atas riba dia. Nabi ta’birkan bahawa dia bakal sambut kelahiran cucu Nabi, iaitu husin.


·       Tidak munasabah, kalau syiah kata Saidina Husian lahir tahun ke 5, sebab masa itu Ummu al-Fadhl duduk di mekah lagi; belum hijrah ke Madinah dan belum memeluk agama islam lagi. Tambahan pula, sebelum kelahiran saidina Husin, Ummu al-Fadhal bermimpi dan memberitahu kepada Nabi berkenaan mimpinya itu setelah dia memeluk agama Islam.


Jelas bahawa Saidina Husin dilahirkan tahun 9 hijrah.


sila rujuk kitab Bihar al-anwar, jilid 44, hlm 246



SAIDINA HASAN DILAHIRKAN TAHUN 7 HIJRAH

 SAIDINA HASAN DILAHIRKAN TAHUN 7 HIJRAH


a.      Orang syiah selalu cakap bahawa saidina Hasan lahir tahun 3 hingga 4 hijrah. Dakwaan ini batil, dengan alasan berikut:

a.      Saidina hasan semasa di lahirkan, beliau disambut oleh Asma’ binti umais (اسماء بن عميس), isteri kepada Jaafar.

b.      Ketika itu Asma’ berada di habsyah kerana ikut suaminya.

c.       Sahabat yang duduk di habsyah datang ke Madinah selepas perang khaibar (tahun 7 hijrah).

b.      Mana mungkin Asma’ menyambut kelahiran Hasan pada tahun 3 atau 4 hijrah, sedangkan ketika itu Asma’ berada di habsyah.


dsSila rujuk kitab Bihar al-Anwar, jilid 43, hlm 244.


Tuesday, April 12, 2022

MAKNA PERAWI SODUQ

MAKNA PERAWI SODUQ

 

TAHAP

 

Ia ta’dil yang di tahap:

 

a.      Ibn abi Hatim : martabat kedua. (ahmad syakir)

b.      Al-zahabi : martabat ketiga.

c.       Ibn hajar : tahap keempat.

d.      Al-Sakhawi : tahap kelima.

 

DIBUAT HUJAH?

 

1.      IBN ABI HATIM – hadis riwayatnya boleh ditulis, tetapi masih perlu diteliti lagi untuk dijadikan hujah.

 

2.      IBN AL-SOLAH – perlu diuji tahap dhabitnya. Ini juga pendapat AL-NAWAWI, IRAQI, SAKHAWI DAN SAYUTI.

 

3.      ZAHABI DAN IBN HAJAR – tahap saduq:

a.      Siqah hujah

b.      Sabat hafiz

c.       Siqah

d.      Saduq.

 

4.  Kalau bertembung antara perawi siqah dengan saduq, maka hendaklah didahulukan siqah, dan saduq dianggap syaz. Kita akan dengar ungkapan : ( والشاذ راويه ثقة أو صدوق ).

  

5.      Metode IBN ABI HATIM

a.      Kalau ungkapan الصدوق في روايته ، الورع في دينه ، الثبت الذي يهم أحياناً ، وقد قبله الجهابذة النقاد ، فهذا يحتج بحديثه أيضاً

                                                              i.      Dia letak bawah martabat ketiga:

                                                             ii.      Boleh dijadikan hujah lagi.

 

b.      Kalau ungkapan الصدوق الورع المغفل ، الغالب عليه الوهم والخطأ والسهو والغلط ، فهذا يكتب من حديثه الترغيب والترهيب والزهد والآداب ، ولا يحتج بحديثه في الحلال والحرام

                                                              i.      Martabat keempat.

                                                             ii.      Tidak boleh dibuat hujah dalam halal – haram.

iii. Tetapi diterima dalam kerangka fadhail

SAHIH SANAD, TIDAK SEMESTINYA SAHIH MATAN

 SAHIH SANAD, TIDAK SEMESTINYA SAHIH MATAN

 

لا يلزمُ منْ كونِ رجالِ الإسنادِ منْ رجالِ الصحيحِ أنْ يكونَ الحديثُ الواردُ به صحيحًا؛ لاحتمالِ أنْ يكونَ فيه شذوذٌ أو علةٌ.

 

“tidak semestinya rijal hadis yang saheh bahawa hadis itu saheh, kerana kemungkinan pada hadis tersebut ada syaz dan illat”

 

النكت على مقدمة ابن الصلاح، ١: ٢٧٤.

HADIS DAKWAAN UBAIDILLAH MURTAD DARI HADIS IBN LAHI'AH

 HADIS DAKWAAN UBAIDILLAH MURTAD DARI HADIS IBN LAHI'AH


Dia ini ada pertikaian sikit. Dia tidak diangkat tinggi oleh ulama hadis. Dia lemah ingatan. Tp tidak ketara sangat. Sebab tu, hadis jika ada dia, hadis itu hasan.

 

Jika ada ulama hadis besar seperti Malik, al-Sauri, al-Lais bin Sa’ad dan Syu’bah ambil riwayat ibn Lahi’ah pun, itu sekadar mutabaah, atau iktibar atau syawahid, dan tidak berkaitan dengan aqidah dan hukum.

 

Muslim ambil hadisnya sekadar mutaba’ah sahaja.

 

Bukhari tidak ambil riwayat Ibn La’iah kecuali akan disertakan riwayat lain yang disebut perawi yang saheh.

 

Jika hadis dia bercanggah dengan hadis yang lebih saheh, sudah pasti hadis tu tidak boleh diterima. Contohnya, riwayat Ibn Lahi’ah ada menyatakan Ubaidillah bin Jahsy murtad. Ia bercanggah:

 

Satu: Ubaidillah ini orang terlibat perang badar.

 

Dua: Waktu dikatakan Ubaidillah murtad itu, ketika itu Abu Sufyan berjumpa dengan Heraklius. Abu Sufyan cakap sendiri bahawa pengikut Nabi tidak ada yang murtad.

 

 

BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA?

  BENARKAH ALI BIN ABI TALIB KATA SUNNAH ZIARAH KUBUR HARI RAYA? Sebelum ini admin sudah dedahkan bagaimana Jabatan Mufti Negeri Sembilan se...